bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

14 Dec 2009

Nazri Oh Nazri....Apa Lagi Yang Dia Mahu???

Dipetik Dari Agenda Daily
Hentam Dr Mahathir: Itu pendirian saya sendiri - Nazri


Ilustrasi Dari Utusan Online


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan kononnya pertelagahannya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai modul kursus Biro Tata Negara (BTN) termasuk menghentamnya sebagai perkauman dibuat atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak."Ada cerita kononya apakah saya ini disuruh oleh pihak atasan, dan ada tohmahan dan tuduhan bahawa yang saya lakukan itu kerana Perdana Menteri suruh."Saya menafikan di sini bahawa itu tidak benar. Apa yang saya buat adalah berdasarkan pendirian saya sendiri," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Kangsar Sabtu.

Komen Isac;

Datuk Nazri ni ada pendirian ke? Dulu beliau, pernah menjadi ayam sambung DSAI untuk menghentam Tun Mahathir..... Pernah berjanji akan "bersara" dari politik, jika tidak mendapat sokongan dipemilihan Umno, pernah marah-marah apabila "hartanya" disiasat oleh pihak berkuasa, katanya sebagai ahli jemaah menteri, dia hanya perlu melapor kepada Tun Abdullah (PM ketika itu), terbaru sambung "gaduhnya" dengan Tun.

"Permusuhannya" dengan Tun Mahathir, sememangnya "isu" lama....

Walaupun berjaya untuk kekal berkhidmat sebagai menteri, di bawah tiga (3) orang Perdana Menteri, ketokohannya pada pendapat penulis tidaklah sehebat mana...Apa pula pandangan pembaca ?


1 comment:

  1. Salam ISAC,

    Nazri semakin tidak matang. Banyak tindakan beliau bertentangan dengan kedudukan beliau masakini.

    Dulu dia pernah menggelarkan pemandu teksi sebagai "wayar putus". Baru-baru ini pula dia telah menyamakan perkhidmatan teksi sama dengan "tandas". Dalam pada itu juga dia telah menggelarkan YABhg Tun Dr M sebagai bapa segala perkauman. Itu antaranya.

    Maka saya berpendapat beliau tidak layak lagi untuk disimpan dalam kementerian tersebut. Dia dan juga Koh Tsu Koon sama-sama racist. Dua-duanya harus dipecat dari JPM.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3