bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

28 Dec 2009

Budaya Samseng DAP Menular Di Pulau Pinang?


Sekumpulan lelaki menyerang anggota Rela dengan menggunakan topi keledar pada kejadian sambutan Hari Krismas di Pulau Pinang. -Foto THE STAR Oleh TAN SHIN CHOW

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/27/mstar_berita/20091226203025&sec=mstar_berita

GEORGE TOWN: Hiruk-pikuk sambutan Hari Natal malam kelmarin bertukar menjadi ganas apabila dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dibelasah teruk dan diserang dengan topi keledar oleh orang ramai yang sedang berpesta di sini. Seorang jurukamera Bernama TV turut menjadi mangsa apabila dia ditumbuk pada bibir dan wartawan bertugas ditolak oleh pengunjung yang asyik berpesta sementara motosikal dan kenderaan yang melintasi Persiaran Gurney itu turut disembur dengan buih aerosol.

Pasukan petugas khas terpaksa campur tangan apabila sambutan yang disifatkan terburuk pernah berlaku di Pulau Pinang itu semakin tidak terkawal. Sekumpulan lelaki yang terdiri daripada 10 orang tiba-tiba membelasah anggota Rela yang sebelum itu menahan rakan mereka kerana menyembur buih aerosol kepada pemilik kenderaan yang lalu dikawasan itu.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 12.30 malam itu, kumpulan lelaki itu bertindak ganas menendang dan menumbuk anggota Rela terbabit dalam percubaan menarik rakan mereka yang dalam lingkungan 20-an dari ditahan. Serangan berlaku apabila anggota dan polis yang berpakaian preman sedang membawa suspek ke balai polis berdekatan.

Komen Isac;

Adakah keganasan sebegini patut dihalalkan kerana mereka mencontohi pimpinan DAP yang menerajui Pulau Pinang? Bak kata pepatah, "bapa borek, anak rintik...."

"Guru kencing berdiri, murid kencing berlari".......Pemimpin berlagak samseng.....asyik melemparkan tuduhan dan tohmahan.....Anak buah betul-betul "samseng".

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3