bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

24 Dec 2009

Ini Tidak Adil !!! - Ariffahmi



Dipetik Dari Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/120442
Ariffahmi: 'Ini tidak adil'


Jimadie Shah Othman Dec 23, 09 11:04am
Menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman mendakwa beliau dilayan secara tidak adil berhubung isu peletakan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). "Saya diarah tutup mulut tapi dalam masa yang sama banyak orang yang terus mengulas perkara itu," katanya ketika menghubungi Malaysiakini semalam. Beliau merujuk kepada laporan sebuah akhbar arus perdana Ahad lalu, yang memetik ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kader yang mendesak Ariffahmi melepaskan segera jawatan tersebut.Semalam, Dr Rosli mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ahli jawatankuasa PAS Kelanta, berkuatkuasa serta merta.
Beliau memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa keputusannya itu untuk memastikan imej parti tidak terjejas ekoran perintah Mahkamah Syariah Kota Bharu supaya dia tinggal berasingan dengan isternya keduanya.Sebelum ini pucuk pimpinan PAS telah meminta menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu melepaskan jawatannya dalam PMBK bagi mengalak tanggapan wujudkan kronisme dalam pentadbiran PAS di Kelantan. Ekoran itu, Ariffahmi mengumumkan yang beliau akan menghantar notis esok dan peletakan jawatannya secara rasmi berkuatkuasa Mac depan. Beliau dilaporkan berkata, ia selaras dengan terma dan syarat pelantikannya ke jawatan tersebut serta untuk memberi masa kepada kerajaan negeri mencari penggantinya. Ariffahmi memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataan-kenyataan yang berterusan dari pelbagai pihak, khususnya di dalam PAS, telah mengeruhkan keadaan.






Komen Isac;






Mana ada keadilan dalam dunia ni............Apalagi dalam dunia politik...... Bila orang suka kita, maka dipujinya sehingga melangit....Bila kita dibenci, jangankan muka kita, kesan tapak kaki kita pun orang tak mahu pandang......

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3