bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Dec 2009

Jangan Bermain Api! Malaysia Akan Menjadi Seperti Negara Jiran? Letupan Bom di Sana-sini....

Foto: Gambar Hiasan, Mangsa Pengeboman di Luar Negara. Mahukah Anda Melihat Ini Berlaku di Malaysia?


PDRM, Polis Thai Jalin Kerjasama Siasat Penemuan Bom
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan polis Thailand bagi menjalankan siasatan berhubung penemuan sejumlah bahan letupan buatan sendiri di Kampung Gebeng, Pasir Mas, Kelantan semalam.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga turut mengesahkan ada tangkapan yang dibuat namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Beliau bagaimanapun berkata, ianya terlalu awal untuk mengaitkan penemuan bom itu dengan mana-mana kumpulan pengganas memandangkan siasatan sedang dijalankan.



"PDRM serius dalam membanteras apa sahaja jenayah yang boleh mengancam negara dan kini kita sedang menjalankan siasatan bersama 'Jabatan Pasukan Petugas Khas/Counter Terrorism' PDRM," katanya selepas majlis penyerahan cek RM100,000 dari Henikwon Corporation Sdn Bhd kepada PDRM, di sini hari ini.
- BERNAMA



Komen Isac;

Penulis percaya pasti akan ada "suara-suara sumbang" terutamanya dari kalangan pembangkang, yang akan mendakwa perkara ini merupakan satu lagi strategi "kerajaan Umno/BN" untuk mengalih perhatian rakyaat, agar rakyaat berasa takut dan mengendurkan tekanan kepada kerajaan pusat ...


Apa boleh buat.....Dah sememangnya pembangkang di Malaysia ini hanya tahu mengambil kesempatan dan sentiasa mahu menyalahkan orang lain....


Penulis hanya dapat berdoa agar perkara ini dapat dihentikan segera. Pihak kerajaan perlulah mengawal dengan lebih ketat semua pintu-pintu masuk ke negara ini agar kita dapat mengelakkan "pengganas-pengganas" daripada memasukki negara ini. Perlu diingatkan bahawa sekarang ini amat mudah untuk membuat bom, kerana di negara-negara yang sedang bergolak, baja ureapun boleh digunakan sebagai bahan letupan.


Kepada semua pihak (parti politik) yang sedang "bertelagah", berpada-padalah di dalam berpolitik. Janganlah kerana hanya ingin berkuasa semuapun mahu "digadaikan". Jangan sesekali "mengimport" keganasan ke dalam negara kerana implikasinya terlalu dahsyat....

3 comments:

  1. Selagi UMNO memerintah, selagi itulah pasukan polis diperkudakan oleh UMNO. Tak heran selama ini pun polis bertindak ikut telunjuk UMNO.
    Mudah-mudahan ianya akan terjadi di Malaysia kejadian seumpama itu disini.

    ReplyDelete
  2. "Parpu Kari" penyamar ni tak "waras" agaknya kerana mendoakan agar Malaysia dihujani dengan letupan bom macam di negara lain....

    Moga2 polis akan berjaya menangkap orang seperti beliau....

    ReplyDelete
  3. Salam Bro, betul kata tuan..... penyamar parpukari syaitan ini lebih suka melihat Melayu hancur.... itulah dakwah komunis dari DAP yang mereka ikuti selama ini......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3