Kelainan Azizan
Dipetik Dari Mingguan Malaysia
Oleh Awang Selamat.
Menteri Besar Kedah, Azizan Razak boleh dianggap lain daripada menteri besar negeri pembangkang. Pendirian beliau tidak menjurus kepada pemikiran sempit beberapa peneraju pentadbiran pembangkang sebagaimana di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
Terbaru, beliau tidak menyertai negeri pembangkang melarang kursus Biro Tata Negara (BTN) di kalangan kakitangan dan pelajar. Biarpun baru menjadi menteri besar, beliau memperlihatkan keterbukaan dan kematangan. Apa yang baik, tidak dinafikan. Pendirian Azizan dalam beberapa isu tertentu juga menarik perhatian. Salah satunya beliau tidak mengikut langkah memulaukan media arus perdana terutama Utusan Malaysia sebagaimana diambil oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang - inisiatif DAP dan PKR.
Beliau dilaporkan pernah berkata, kalau pakatan pembangkang mendakwa mengamalkan kebebasan media atas nama demokrasi sebagaimana dijanjikan pada pilihan raya umum lalu, mengapa harus memulaukan media. Pendekatannya itu secara tidak langsung 'menyelamatkan' imej Pas yang kian merudum ekoran banyak kepincangan termasuk kenyataan pemimpin tertentu yang tidak disenangi rakyat khususnya masyarakat Melayu.
Di kalangan ahli Pas, Azizan dikatakan tidak mudah tunduk kepada rentak DAP dan PKR. Bukan itu sahaja, beliau ada keberanian untuk tidak sependapat dengan pemimpin Pas seperti Nik Aziz Nik Mat atas prinsip kebenaran dan pegangan Islam sebenar.
Awang melihat pendekatan Azizan mencerminkan budaya politik yang tinggi. Rakyat Kedah selesa dengan gaya kepimpinannya. Beliau dilihat tidak riak seperti Nik Aziz apatah lagi bekas MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin yang bersikap kebudak-budakan. Tetapi pada masa yang sama inilah juga cabaran besar kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula Kedah pada pilihan raya umum akan datang. Faktornya bukan Pas tetapi Azizan.
Komen Isac;
Umno/BN perlu bersikap lebih terbuka.....Pemimpin seperti Ustaz Azizan, jika beliau seperti apa yang selalu diperkatakan, sepatutnya beliau "dipertahankan" dan bukannya "dijatuhkan". Orang Melayu perlu lebih bijak di dalam mempertahankan pemimpin dan hak mereka. Umno perlu mencari "sekutu" yang dapat membantu bukannya "sokong" yang membawa rebah.
Mungkin "pemimpin" yang sebenarnya perlu disingkirkan adalah "MP-MP" Umno/BN yang tanpa alsan yang munasabah telah sengaja tidak hadir ke Parlimen tempoh hari, sehingga hampir-hampir menyebabkan Umno/BN menanggung aib yang dahsyat jika pembentangan budget ditolak!!!!!
salam.
ReplyDeleteDari jauh memang jerumun babi pun nampak indah...cuba kita hampiri tau lah kita !!!
Salam,
ReplyDeletetak tahulah, tp dr jauh Ust Azizan mmg ada pendirian tidak tubduk pd DAP.
Melayu bersatu demi Islam
SALAM.
ReplyDeleteSaya hormati pandangan anda,tapi apa yang saya cakapkan diatas pengalaman yang saya lalui dan rasai...yang rasa saja dapat menilai tunduk atau tidak pendiriannya.Allah swt lebih maha mengetahui...
Kalau diikutkan kata N.Ajis, si Jijan Razak ini pun menyokong program yang 'tak Islamik'. Siapa yang bodoh ye?? N.Ajis??? Jijan Razak??? Penyokong2 hamPAS???
ReplyDelete"1PAS, Kelantan DiDahulukan, N.Ajis Diutamakan"