bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

30 Dec 2011

Kerajaan Pas Kedah Sama Kejam Dengan Pengganas Komunis???


Diberitakan solat hajat berdoa agar dapat diselamatkan Madrasah Salihiah pun tak boleh. Laporan polis telah dibuat klik sini..

Jika benar, tidak kah ianya sama kejam dengan tindakkan komunis???

Patutlah kecoh sedikit hari dulu, Pas mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara....

29 Dec 2011

Dahulu Anwar Disamakan Dengan Nabi Yusuf, Sekarang Disamakan Pula Dengan Imam Mahadi???



Tak ada ke yang nak samakan dia dengan Ayah Pin ? Yang digelar oleh sesetengah orang sebagai King of God???

Panas!!! Harakah "Menipu" Lagi??? Hasan Ali Belum Mintak Maaf Dengan Nik Aziz???


Mungkin ini yang nik Aziz pernah cakap, politik itu tipu muslihat....Jadi tak salah untuk Harakah (lidah resmi Pas) untuk menipu.

Sampai Bila Anwar Nak "Meliwat" Undang2 Negara???


Tidak kah tindakkan ini mendahului mahkamah???

Mencerca mahkamah???

Cuba mempengaruhi keputusan mahkamah???

Sistem Pendidikan Kita Menjurus Kepada Melahirkan Penyokong2 Pembangkang Yang Jumud?



SEBAHAGIAN murid Tahun 1 Inovatif menunggu giliran untuk melawat sekitar kawasan sekolah pada sesi orientasi di SK Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini. Seramai 343 murid Tahun 1 SK Bangsar mendaftar dan dibahagikan kepada 10 kelas. - Foto Aizuddin Saad. Dec 28, 2011 2:01 pm

Semacam ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan kita...Trend golongan muda dan terpelajar kini menjurus kepada "menentang" kerajaan sediada dan menyokong pembangkang.

Samada ianya adalah disebabkan oleh "darah muda" yang memang suka memprotes ataupun sememangnya sistem pendidikan yang ada perlu dirombak?

Ironinya golongan muda yang kononnya "berfikiran kritis" ini cuma akan menyanggah saranan dan keputusan kerajaan tetapi tidak pernah pula hendak bersuara mengapa segala tohmahan dan fitnah yang dilontarkan oleh pembangkang terhadap pihak kerajaan tidak disertakan dengan bukti-bukti yang nyata!!!

Sebaliknya walaupun bukti-bukti yang menjurus DSAI terlibat dengan kes meliwat Saiful, video seks dan lain-lain ditolak mentah-mentah oleh mereka. Tidak kah mereka pernah terfikir mengapa DSAI tidak mahu bersumpah muhaballah???



28 Dec 2011

Setakat Melawat Kawasan Bencana, Sesiapapun Boleh.....



MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (dua dari kiri) melawat kawasan hakisan di pesisir Pantai Irama di Bachok yang diancam hakisan berikutan angin kencang dan kejadian ombak besar sejak lima hari lalu, hari ini. - Foto BERNAMA. Dec 28, 2011 3:45 pm


Setakat melawat aje lah....Selepas memerintah lebih 20 tahun dan menggunakan RM 600 Juta dana yang diberikan oleh kerajaan pusat, masalah air masih juga tidak selesai2.... Katanya akan mengambil masa lagi 17 tahun....

Pastinya kos pembinaan benteng/tembok pemecah ombak yang lebih mahal harganya akan mengambil masa beratus2 tahun untuk dibina oleh kerejaan negeri pimpinan Pas.



Sokong Bebaskan Anwar Dari Tuduhan Liwat 901??? Semua Rakyaat Dibelakang Anwar???


AMK wajar minta Anwar bersumpah demi membersihkan namanya!!! Bersumpah bahawa beliau tidak pernah meliwat Saiful.


Bersumpah bahawa lelaki dalam video seks itu bukan dirinya!!!


Bersumpah bahawa lelaki yang ke pangsapuri dengan Eskay "melanggan" wanita birahi bukan dirinya!!!

Jika itu boleh dilakukan.

Jangan kata bebaskan beliau daripada dakwaan meliwat Saiful???

PRU 13 pun beliau pasti menang besar dan bakal merampas Putrajaya!!!

Persoalannnya, "ada berani ke???"

27 Dec 2011

Yang Mana Satu Karpal dan Yang Mana Satu Ramasamy???



Mungkin foto di atas boleh diibaratkan seperti "pertelagahan" di antara Karpal Singh dan TKM2 Pulau Pinang Dr Ramasamy...

Persoalannya siapa buli siapa???

Kalau ditengokkan daripada segi "montel" kedua-dua pun montel...

Mungkin yang kuning tu "Karpal", sebab dia lebih gagah dan "perkasa" maklumlah Pengerusi DAP...

Kereta Banjir Untuk Dijual???

RIBUAN kereta tersadai di Kilang Automobil Honda di Taman Perindustrian Rojana, Ayutthaya, Thailand, susulan banjir besar lalu. Honda akan memusnahkan 1,055 kenderaan yang diterima 8 Oktober lalu menerusi pendekatan mesra alam termasuk memampatkan rangka serta mengitar semula bahagian yang diperbuat daripada aluminium dan getah. - Foto Reuters. Dec 27, 2011 4:24 pm


Nasib baik baik orang-orang Jepun ni boleh diharap.... Kalau sesetengah pengeluar harus kereta tu semua di "refurbish" dan dijual semula. Kalau kena macam tu nasik engkau lah labi....

Bila dicerita pasal "kitar-semula", rata-rata pemimpin-pemimpin Pakatan terutamanya dari PKR adalah mereka yang "kecewa" samada ditolak oleh rakyaat atau parti pada asalnya....

Jestru mereka di "rebranding" menonjolkan diri dengan entah apa-apa isu dan yang jelas hanya memburuk-burukkan BN dan akhirnya diterima rakyaat...

Begitu mudah rakyaat cuba mereka perbodohkan...

Tegang-Urat Mustafa dan Hasan Ali Hanya Main Wayang???


Adakah ini bermaksud, sebenarnya puak pro "perpaduan" dalam Pas sengaja menghangatkan isu ini demi untuk menarik perhatian dan sokongan "akar-umbi" parti???

Terutamanya apabila puak "pro Anwar" dilihat kini telah mendominasi Pas???

Jangan lupa bahawa puak pro Ulamak dalam Pas termasuk Hj Hadi juga sebenarnya lebih cenderung kepada usaha untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, cuma halangan besar mereka adalah Mursyidul Am nya iaitu Nik Aziz, tidak bersetuju.

Jestru jika apa yang berlaku ini hanyalah "main wayang" dalam Pas, ianya mudah untuk difahami.

Man United Terus Mengganas!!! Berbatov Jaring Hatrik!!!

PENYERANG Manchester United Dimitar Berbatov (kanan) menyumbat hatriknya ke gawang Wigan Athletic dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford malam tadi. Keputusannya Manchester membelasah Wigan 5-0. (Keputusan Liga Perdana Inggeris) - Foto AFP. Dec 27, 2011 2:23 am

Nampaknya sekarang Man United berkongsi mata dengan Man City yang masih menerajui EPL dengan hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan gol sahaja...

Go..go...go Man Utd go!!! Dengan prestasi yang mengancam pasti Alex Ferguson akan menyambung kontrak Berbatov!!! iaitu penjaring terbanyak musim lalu yang berkongsi dengan Carlos Teves.

26 Dec 2011

Kebebasan Media - Harakah Mendahului Ketidak-bebasan Bersuara???


Itu komen Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor. Klik sini.

Itu belum termasuk fitnah-fitnah yang mereka hamburkan.... Sebagai lidah pengarang parti yang mengaku memperjuangkan Islam, pastinya ianya sesuatu yang memalukan agama Islam itu sendiri...

Masuk Mahkamah Tempat Paling Selamatpun Bawa Bodygurd Ramai2???



Itu baru jadi ketua pembangkang....

Apa nak dihairankan jika Najib ke Mekah diberikan kawalan ketat oleh tentera/polis Arab Saudi???



25 Dec 2011

Bukti Foto Menunjukkan Wan Azizah Sememangnya Tak Percayakan Anwar???


Kenapa dalam foto di atas, ketika Anwar dilihat sedang menghulurkan tangan untuk berjabat dengan sipemunya tangan tu, tiba-tiba... Wan Azizah pula yang dilihat begitu bersungguh untuk mendahuluinya???



Owh.... Yang ampunya tangan tu "marka" rupanya  patutlah Wan Azizah cemburu.... Yelah bini siap pakai sarung tangan.... Tapi si suami pulak pantang "jumpa"....

Gambar Anwar Kena Skodeng?

Nampak aja...dia bila orang ambil gambar dia....

Buat muka hensem tu....

Sumber klik sini.

24 Dec 2011

Walaupun Tidak Akan Menyertai Umno Dr Hasan Ali Lebih Senang Dengan Utusan Berbanding Harakah???

December 24, 2011



EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali membaca kenyataan akhbar ketika mengadakan sidang media mengenai kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda UMNO di kediamannya di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA. Dec 24, 2011 1:34 pm


KUALA LUMPUR, 24 Dis — Bekas perusuhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menegaskan tidak wujud sama sekali istilah media Umno atau media musuh sambil menyifatkan akhbar rasmi milik parti Islam itu bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.

Malah Hasan juga berkata media dalam negara tidak memberi liputan negatif kepada parti dan dirinya termasuk ketika menyiarkan laporan berhubung polemik yang berlaku baru-baru ini.
“Bagi saya, tak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk kerajaan. Dan Umno sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media Umno. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.

“Bagi saya, siapa yang dapat menyebar luas dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas, jadi ia pilihan saya. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini,” katanya pada sidang media di sini. 

Khir Toyo Didapati Bersalah, Bumi Mana Yang Tidak Ditimpa Hujan???



BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik ketika tiba di perkarangan Mahkamah Shah Alam, hari ini. Khir Toyo didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan, tujuh tahun lalu. - Foto Fariz Iswadi Ismail. Dec 23, 2011 12:25 pm

Begituilah adilnya undang-undang di Malaysia.... Walaupun anda mungkin pemimpin besar daripada parti pemerintah anda tetap akan dibicarakan dan melalui proses undang-undang.
 
Ironinya jika ini berlaku kepada pemimpin-pemimpin Pakatan pasti akan melenting sekiranya mereka yang dituduh dan dibicarakan di mahkamah!!! Apalagi sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah!!! Kononnya mereka tak pernah membuat silap dan salah dan yang bersalah hanyalah  Umno!!!
 
Kononnya sekiranya mereka didakwam semua itu hanyalah konspirasi, pendakwaan berpilih dan sabotaj oleh UMNO!!!
 
Harapan penulis agar rakyaat dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata...
 
Buat Dato' Khir, dunia belum kiamat... Peroses mahkamah masih belum selesai sepenuhnya... Muhasabah diri, berdoa dan bertawakallah sesungguhnya hanya Allah s.w.t. sebagai sebaik-baik tempat bergantung....


23 Dec 2011

Bukti Bahawa Pas Memperjuangkan Islam???


Pas sering mendabik dada kononnya mereka menjuarai isu memertabatkan Islam...

Walaupun hakikatnya sepanjang lebih 20 tahun memerintah Kelantan hanya sebuah masjid yang mereka dirikan...

Pemimpin2 mereka juga dilihat sering bercakaran... Ada yang cuba benar2 memperjuangkan Islam dan ada pula yang sebaliknya... Ironinya golongan yang bersengkokol dengan "kafir harbi" lebih disenangi oleh pucuk pimpinan parti...

Adakah percakaran sebegini juga handak mereka kaitkan dengan sunnah para sahabat???


Lelaki "Gay" Berbaju Melayu, Bersamping Songket dan Bertenggolok - Suratan Atau Kebetulan???



Sumber klik sini.

22 Dec 2011

Selepas Berpuluh Tahun Perjuangkan Parti - Ustaz Nasha dan Dr Hasan, Dilabel Sebagai Pensabotaj Parti???

Harakahdaily   
KUALALUMPUR, 22 Dis: PAS hari ini memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini yang dilihat membazir masa parti.

“Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Melihat situasi pilihanraya umum yang semakin hampir, PAS kata Tuan Ibrahim tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj sama ada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti.

“Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai team player untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni.

Seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah-karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu dipercayai membalas kenyataan Hasan yang mempertikai dasar-dasar parti yang diputuskan muktamar dan Majlis Syura.



Komen Isac;

Mereka dilabel sebegitu hanya gara-gara mempertahankan akidah umat Islam yang dikristiankan...

Hanya kerana cuba untuk mempertahankan sebab utama Pas ditubuhkan, iaitu bagi mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Bukankah Nik Aziz dan Haji Hadi yang sepatutnya dilihat sebagai "petualang" sebenar yang telah menukar dasar perjuangan penubuhan parti demi memenuhi untuk mencapai cita-cita politik mereka???

21 Dec 2011

Apabila Pas Mengutamakan Pemimpin2 Yang Memperjuangkan Komunis dan Kristian???


Maka mereka yang memperjuangkan Islam dan akidah orang Melayu seperti mana Dr Hasan dan Ustaz Nasha akan terpinggir...

Pas mengharapkan kepada pemimpin-pemimpin seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Salahuddin.... Rasanya para pembaca sekelian lebih mengenali siapa mereka....

20 Dec 2011

Merdeka!!! Baru Habis Exam Semalam!!!


Alhamdulillah!!!

Tapi letih dan stress nya Masya allah!!!

Maklumlah dah tua2 tua ni sambung belajar... Penat sungguh!!!

Tapi apa yang baiknya, jawapan assignment dan exam kita tak sama dengan pelajar lain kerana kita boleh masukkan dan hubungkan dengan pengalaman kita bekerja selama ini....

Bayangkan dah 21 tahun bekerja sebagai professional....

Kepada sesiapa di luar sana, kalau ada peluang sambung belajar jangan lepaskan peluang tu!!!  Kalau dah tua baru nak start balik X sempatlah nak buat Phd sebelum umur mencecah 50 tahun....

Diam tak diam penulis dah habiskan 4 semester tinggal lagi dua... Sem depan dah start thesis...

Semoga posting kali ini dapat membakar semangat anda di luaar sana untuk sambung belajar!!! Tak kisahlah apa peringkat sekalipun!!!

18 Dec 2011

Jika Pemimpin Yang Mempertahankan Akidah Orang Islam "Dipinggirkant" Apa Lagi Yang Kita Nak Harapkan Daripada Pas???


Artikel lanjut klik sini.

Jika mereka yang memperjuangkan perpaduan Melayu dan Islam sebagaimana yang diwajibkan dalam Al-Quran ditekan seperti Dr Hasan dan Ustaz Nasha, apa lagi yang kita magu harapkan daripada Pas???

17 Dec 2011

UMNO Semakin Mendekati Golongan Ulamak dan Umaraa - Baik Bubarkan Sahaja Pas???

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan peserta Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam di ibu negara, semalam. Najib mengumumkan kenaikan elaun Pegawai Penyelia Masjid Daerah (PPMD) semua 141 daerah seluruh negara. (berita lanjut) - Foto Effendy Rashid. Dec 17, 2011 8:15 am

Rasanya saranan penulis ini ada benarnya. Masa kan tidak, ini kerana mereka yang memperjuangkan perpaduan, pembelaan nasib orang2 Melayu, Raja-raja Melayu dan memartabatkan Islam dalam konteks yang lebih luas semakin dipinggirkan oleh Pas.

Pas pun dilihat sudah tidak lagi memperjuangkan hudud dan negara Islam... Bahkan pemimpin-pemimpinnya juga sesetengahnya dilihat diselubungi masalah moral dan kebejatan duniawi. Permasalahan yang berkaitan dengan Islam tidak lagi mereka juarai gara2 kerana takutkan kepada PKR dan DAP.

Jestru apabila Umno yang selama ini telah banyak berjasa dan berusaha ke arah memartabatkan Islam, apa perlu untuk kita menukar kerajaan.

Harapan penulis, dengan pewujudan majlis Ulamak dan Umaraa ini akan dapat memimpin kerajaan sedia ada dengan lebih berkesan. Amin...


16 Dec 2011

Isu TKM2 Pulau Pinang Lawan Karpal - Sifat Munafik dan Hipokrit dalam DAP.




 Apabila isu ketidak puas-hatian Prof Dr Ramasamy terhadap Karpal Singh sehingga melibatkan demonstrasi dan protest dalam mesyurat parti, Karpal melenting!!! Kononnya kedua2 cara tersebut tidak boleh dipakai dan di praktikkan untuk kesejahteraan parti....

Penulis cuma nak tanya, bukankah demonstrasi terhadap projek-projek kerajaan selama ini sebahagian besarnya adalah angkara DAP???

Bukankah demo "Bersih", Bersih2 dan protes PPSMI di jalanan mendapat sokongan kuat daripada DAP??? Bukankah tindakan mereka tersebut boleh ditafsirkan sebagai mengganggu-gugat keselamatan dan kemakmuran negara???

Mungkin wajar kita seru Karpal yang sebelum ini pernah menyarankan supaya Anwar Ibrahim, "bertaubat !!!" agar beliau tidak berkelakuan sebagai seorang "munafik"!!!!

Kerana apa??? Saranannya sebenarnya "terkeluar" dari norma-norma yang dipraktikkan oleh beliau sendiri....

14 Dec 2011

Anwar Semakin Kurus - Satu Lagi konspirasi???

Adakah beliau sengaja mahu "mengempiskan" perutnya supaya tidak lagi kelihatan sama dengan perut lelaki mirip beliau yang menjadi pelaku utama video lucah???

Ataupun adakah ianya sebagai bersediaan jika ada video-video lucah lain yang dikeluarkan selepas ini, maka persamaan dengan dirinya boleh ditolak mentah2???

Ataupun adakah sememangnya beliau sudah tak tertahan dengan tekanan kes liwat II ???

Liwat II - Setakat Cuma Buat Penafian Tanpa Bukti Macam Mana Nak Lepas???


Klik sini.

Bila diberi peluang membela diripun, melakukannya dri kandang saksi tanpa boleh disoal-jawab....

Jestru hujahannya hanyalah ibarat kata-kata yang keluar dari paruh burung belatuk, yang tadak membawa apa-apa makna... Cuma melemparkan tohmah dan fitnah yang berapi-rapi kononnya semuanya adalah konspirasi sedangkan apa yang keluar itu tidak lain hanya fitnah untuk menyelamatkan diri....

Wahai Nurul Izzah, Anwar Sendiri Berani ke Nak Bertanding di Kawasan Mejoriti Bukan Melayu???


Yang jelas kaum India pun sudah tak percayakan beliau lagi.... Kalau kaum Cina menyokongnya pun itu adalah kerana beliau dilihat sebagai pemimpin Melayu yang mudah untuk "diperkuda". Dengan "rahasia" Anwar yang digenggam kemas oleh Karpal dan DAP, pastinya jika Anwar menang pun, beliau bakal terus "ditonggang"....

13 Dec 2011

Liwat II - Pendakwa Dakwa Anwar Gagal Sanggah Keterangan Saiful!!!


Dalam CCTV bahawa Anwar membongkok tanpa memperlihatkan sebarang kesakitan? Tidak sebagaimana yang didakwa oleh Dr Hoogland??? Anwar mengalami sakit belakang yang kronik???

Samada Hoogland kena tipu dengan Anwar, atau kedua2nya cuba nak menipu???


Peguam Anwar Dakwa, Najib Dalang Liwat 2 !!!!


Atau pun apa yang sebenarnya mereka cuba nak mempengaruhi mahkamah??? Secara tidak langsung mereka sebenarnya berfikiran bahawa semua orang berperangai seperti Anwar  yang dipercayai  adalah dalang di sebalik isu memfitnah dan mengaitkan Najib dengan misteri pembunuhan Alantunya???

Anwar Berbaju Istiadat ke Mahkamah, Mengapa Wan Azizah Tak Pakai Sama???

Tu dia... "The Boss" dah datang...


Sengaja nak main wayang????

12 Dec 2011

Sah!!! Dr. Hasan Ali Perjuangkan Perpaduan Pas & Umno!!! Apa Pula Kata Pok Nik???

Disiarkan di Buletin Utama (TV3), Datuk Dr Hassan Ali berkata beliau akan memperjuangkan;

1)Perpaduan orang Melayu.
2)Nasib orang2 Melayu.
3)Institusi Raja2 Melayu
4)Keadilan berteraskan Islam.

Tambah beliau lagi beliau tidak perlukan pengiktirafan DAP, PKR mahupun sesiapa sahaja atas "perjuangan" yang beliau lakukan.

Tambahnya lagi sekiranya diperlukan oleh PM, Dato' Sri Najib untuk menyumbang ke arah perpaduan umat Melayu, beliau tidak akan teragak-agak untuk membantu.

Allah hu akbar!!! Itulah semangat yang patut ada dalam diri setiap orang Melayu/Bumiputera.

Hakikatnya di Malaysia, Orang Melayu mestilah beragama Islam...

Peguam Anwar: Wujud keraguan munasabah, keterangan Saiful perlu dinilai semula

TERKINI @ 03:40:45 PM 12-12-2011
December 12, 2011
 
KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mereka berjaya menimbulkan “keraguan munasabah” dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang selain dapat ‘mematahkan’ keterangan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam hujah penggulungan kes peringkat pembelaan, peguam utama Karpal Singh memfokus ke atas soal kredibiliti Saiful sambil menegaskan keterangan-kerangan saksi utama itu tidak boleh dipercayai.

“Kredibiliti SP1 (Saiful) perlu dinilai semula oleh mahkamah memandangkan ia mengambil tempat di seluruhan kes,” kata beliau sambil menambah, di akhir kes pembelaan mahkamah harus mempertimbangkan sama ada kes ke atas tertuduh telah dibuktikan melampaui keraguan.

“Dapat dikemukakan oleh pembela, berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan,” kata Karpal.

Karpal menekankan, Saiful ada mengatakan bahawa perbuatan diliwat pada 26 Jun 2006 berlaku dengan “laju dan rakus.”

Ini menurut Karpal, telah berjaya dicabar oleh saksi pakar pihak pembela Dr Thomas Hoogland, yang mengatakan bahawa seorang yang dalam usia Anwar tidak mungkin boleh melakukan perbuatan yang digambarkan oleh saksi utama.

“Apa yang berlaku di lantai bilik tidur berhubung kejadian liwat yang didakwa oleh SP1 tidak ditimbangkan dengan teliti oleh mahkamah ini,” kata Karpal.

Tambah beliau, Dr Hoogland juga ada mengatakan bahawa Anwar tidak mungkin boleh melakukan aktiviti sedemikian tanpa melalui kesakitan yang teruk ekoran masalah artritis dan kerosakan saraf dialaminya.

Oleh itu katanya, keterangan Saiful di peringkat itu menimbulkan keraguan dan tidak boleh dipercayai, sekali gus menjejaskan tuduhan yang dibawa ke atas Anwar.


Komen Isac;

Yang jelas keterangan Dr Hoogland telah terbatal apabila melihatkan bagaimana Anwar sejak dibebaskan daripada penjara melalui jadual hariannya yang ketat den padat dengan begitu "hebat". Bak kata Nurul Izzah, "Papaku Hebat!!!".

Itu belum termasuk rakaman cc tv Anwar membongkok di lif menuju ke pejabatnya dan juga klip video seks yang disahkan 99% tulen!!! Sesuatu yang perlu dibuktikan bahawa lelaki tersebut bukan Anwar!!!

PRU 13 Sekiranya Pakatan Menawan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan...



Alamat anak-anak mudanya akan terpaksa berhijrah keluar ke negeri-negeri di bawah pemerintahan BN untuk mencari pekerjaan dan negeri-negeri tersebut juga bakal senasib dengan negeri Kelantan yang dibelengu masalah bekalan air bersih yang berpanjangan...

Lebih 20 tahun memerintah masih tak boleh nak selesai-selesai...

Ugut Chegubard Bergambar Dengan Awek??? Apa Dia Nak Takut??? Nik Aziz Pun Sama Juga???



Pas dah semakin liberal.... Kalau dulu ramai pakai purdah... Beli barang dekat supermarket di Kelantan pun kaunter asing2...Untuk lelaki dan perempuan... Sekarang program Pas pun, nak ambil makanan dah boleh "berkongsi" tempat yang sama...Muzik pun dah ok... Manalah perginya semua fatwa2 yang dahulunya telah digunakan untuk "mengkafirkan" Umno???

Mungkin gadis tu cucu saudara Nik Aziz agaknya....

Tapi yang Chegubard tu pulak dengan siapa? Anak sedara ke???

11 Dec 2011

Dapat Layanan Istimewa, Guan Eng Bakal Menyertai BN???


Selaman itu bermula kira-kira jam 3.45 petang sebaik rombongan pemimpin pembangkang itu tiba di kapal pengiring KD Lekiu sebelum diberi taklimat dan kemudiannya dipindahkan ke KD Tun Razak mengguna bot tempur, Rigid Invertible Boat (RIB) sebelum timbul semula di permukaan kira-kira jam 5.10 petang.Selain Guan Eng, turut menyertai sesi selaman khas itu ialah Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman dan tiga wakil media, termasuk krew Majalah 3 bagi merakamkan acara berkenaan.Manakala, 27 wakil media tempatan lain turut dibawa menaiki kapal pengiring, KD Jebat dan KD Lekiu dari kelas 'frigate' bagi melihat sendiri bagaimana aset pertahanan strategik itu beroperasi dalam melindungi kedaulatan perairan negara.  

Malah, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP antara individu bertuah yang diberi peluang merasai sendiri pengalaman 'menyelam' bersama KD Tun Razak pada kedalaman 55 meter di perairan Langkawi, kira-kira 40 batu nautika dari Jeti Awana Porto Malai. (Berita Harian)


Lim Guan Eng menggunakan peralatan kapal selam KD Tun Razak sempena pameran LIMA hari ini. ― Foto ihsan Pejabat Ketua Menteri (Malaysian Insider).

Dalam politik semuanya mungkin dan tiada yang mustahil!!! Mengapa Guan Eng yang diberikan pengiktirafan?
Jika tidak mengapa bukan Tony Pua dan Nurul Izzah yang dibawa???
Masih ingat dengan pembukaan kota Mekah???
Bagaimana Rasulullah s.a.w. memuliakan Abu Sufian, sebagai ketua Arab Myusrikin Mekah ketika itu, di mana sesiapa yang berada di Masjidl Haram, rumah ibadat, rumah Abu Sufian dan juga di rumah sendiri dijamin selamat???
Politik baginda berhasil dan penentangan orang2 myusrikin begitu sedikit.
Bayangkan apa akan jadi kepada DAP tanpa Guan Eng??? Nak harapkan Karpal dan LKS ??? Sampai bila???





KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (dua dari kanan) mendengar taklimat Pegawai Pemerintah KD Tun Razak, Komander Baharudin Wan Md Nor (kiri) di dalam kapal selam berkenaan yang berada di luar perairan Langkawi, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman (dua dari kiri) dan Timbalan Ketua Menteri 2, Prof Dr P Ramasamy (kanan). - Foto BERNAMA. Dec 10, 2011 2:28 pm (Berita Harian)



10 Dec 2011

Demi Parti, Shahrizat Wajar Berundur???


Apa salahnya Shahrizat berundur sebagaimana Chua Soi Lek??? Bukankah tanpa jawatan pun beliau masih boleh menyumbang dan berjuang untuk parti???

Inilah masanya untuk beliau menunjukkan kesetiaan kepada parti. Memang betul, ada yang mempersoalkan adakah isu NFC akan selesai sekiranya beliau berundur??? Dan jawapannya sudah tentu tidak.

Tetapi, ini akan membuktikan bahawa beliau berjiwa besar dan perjuangan parti untuk agama, bangsa dan negara addalah lebih utama. Siapa tahu bila isu ini selesai beliau boleh kembali bertanding sebagaimana Dato' Dr. Chua Soi Lek dan Tan Sri Isa Samad.

9 Dec 2011

Fitnah Kapal Selam Tak Boleh Menyelam - Kerana Nak Merasa Naik Kapal Selam???



Petang ni Guan Eng dan dua timbalannya dapat peluang menyelam dengan kapal selam milik TLDM. Klik sini. Bukan mudah orang awam memperolehi peluang sebegini. DYMM SDB Yang Dipertuan Agong pun mungkin belum merasa.... Ini cuma setakat buat fitnah dah dapat naik kapal selam dan merasai pengalaman menyelam dengannya.

Tidakkan kos perjalanan "cruise tersebut" bakal ditanggung oleh rakyaat??? Adakah ia perlu dan adil buat rakyaat??? DAP ni selalu aje mengata orang, tapi bila mereka yang buat boleh pulak???

Si Nurul dan Tony tu pun sengaja buat fitnah sebab nak mencuba pengalaman baru ke???

Lagi Harakah Didapati Bersalah Kerana Memfitnah - Kat Mana Pok Nik Nak Letak Muka ???


Lagi akhbar parti Islam didapati bersalah kerana memfitnah!!! Cerita lanjut klik sini.

Dunia akhir zaman... Mengaku kononnya mahu menegakkan Islam, tetapi memperlihatkan wajah mereka yang sebenar??? Adakah ini suatu petunjuk daripada Allah s.w.t.??? Sebagaimana hudud Pas "menghalalkan" perbuatan liwat terhadap golongan isteri??? Hanya masa yang bakal menentukan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3