Isa Samad, didapati bersalah kerana politik wang, digantung keahlian Umno, hilang jawatan MB, hilang jawatan Naib presiden Umno, digugurkan daripada mempertahankan kerusi ADUN. Kerana kesetiaannya menjalani hukuman dan taat kepada parti serta masih sanggup membantu parti apabila diperlukan dalam PRK Bagan Pinang.
Soi Lek, mengaku beliau adalah lelaki dalam klip video seks. Meletakkan jawatan sebagai Menteri, Presiden MCA digugurkan daripada mempertahankan kerusi parlimen. Kini memenangi semula kerusi Presiden MCA.
Anwar tidak mengaku bersalah dalam kes-kes moral, walaupun telah dua kali dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang hampir serupa. Masih aktif melebel dan menuduh pihak lawan "lebih rasuah", "lebih bejat moral? dan "lebih bobrok" dari komponen parti pimpinannya.
Wan Azizah, walaupun suaminya sering dikaitkan dengan masalah moral, salah-laku seks, liwat, kaitan dengan Yahudi dll. tapi masih "setia" mempertahankan suami tersayang.
Sahrizat kalah dengan Nurul Izah dalam PRU lepas, kini suami dan keluarga dikaitkan sebagai menyalah-gunakan geran NFC dan projek yang "tidak menjadi" selepas menghabiskan geran sekitar RM 250 Juta.
Isa dan Soi Lek telahpun "dihukum"!!!
Anwar, Wan Azizah dan Sahrizat tidak mengaku bersalah dan belum dibuktikan bersalah!!!
Adakah mereka ini akan diterima oleh rakyaat dalam PRU 13 nanti???
Seruan penulis, janganlah kita berat sebelah!!! Jika Shahrizat "perlu dihukum" walaupun bukan atas kesalahan yang beliau sendiri lakukan!!!
Bagaimana pula dengan Anwar dan Azizah??? Adakah anda pasti mereka sememangnya tidak bersalah???
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.