bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

31 Aug 2011

Bila Mat Sabu Nak Saman Pihak Polis??? Dasar Mulut macam "Bontot Ayam"???



Mat Sabu kata hari tu nak saman pihak polis kerana kononnya beliau telah dengan sengaja dilanggar oleh Land Rover sehingga menyebabkan lututnya cedera dan perlu dibedah dan telah menghalang beliau daripada mengikuti perhimpunan haram Bersih 2.0.

Walaupun rakaman c.c. TV menunjukkan sebaliknya, iaitu beliau telah membonceng sebuah motosikal yang cuba melarikan diri daripada pihak polis dan motosikal tersebut telah melanggar pembahagi jalan dan sebuah kereta peronda polis. Mat Sabu tetap mempertahankan dakwaannya dan bertegas untuk menyaman pihak polis sekirannya tidak meohon maaf.

Tetapi sehingga ke hari ini, saman beliau masih tidak dikemukakan... Adakah karana bulan Ramadhan ataupun sememangnya orang politik seperti beliau cuma menggunakan pendekatan "mengungut" ataupun "mulut macam bontot ayam"???

Sebagaimana Institusi Pembangkang, Merdeka Centre - Hanya Merdeka Pada Nama???

Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.


PKR - Parti Keadilan Rakyaat, meletakkan perkataan "Keadilan" hanya untuk mengabui rakyaat...

PAS - Parti Islam Se Malaysia, meletakkan Islam hanya untuk menipu orang Islam/Melayu.

DAP - Democratic Action Party, nama aje kononnya demokrasi... Tapi parti anak-beranak macam PKR jugak. Nama-nama besar yang dilihat akan menggugat keluarga Lim dan Karpal selalunya akan berakhir dengan penyingkiran.

Bersih - hanya bersih pada nama.... Mengemukakan 8 tuntutan yang kebudak-budakan sementara parti-parti pembangkang yang menyokongnya pula cuba untuk mendaftarkan pengundi-pengundi hantu dan orang yang sudah meninggal dunia.

Parti Komunis Malaya dinobatkan sebagai pejuang kemerdekaan dan anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban mempertahankan balai polis Bukit Kepong di dakwa sebagai talibarut penjajah. Meskipun PAS sedar bahawa Komunis menolak kebebasan kehidupan beragama.

Jestru, aoa yang hendak dihairankan sekiranya kajian "Merdeka Centre" tidak bebas!!! Tidak "Merdeka"!!! Tidak boleh dipercayaai dan sebaliknya didalangi oleh pembangkang untuk propaganda peribadi mereka!!!

Tiada Bukti Penetrasi Tidak Bermaksud Saiful Tidak Diliwat - Akui Pakar Forensik Anwar.



Kebenaran telah "bercakap" sendiri???

30 Aug 2011

Selamat hari Kemerdekaan Yang ke 54 Tahun!!!


Semoga teraju pimpinan negara kekal di kalangan pemimpin yang waras, beriman, bijaksana dan berakhlak mulia, amin....

Berkata Benar Walaupun Pahit - Bukan Flasafah Pas???


Apa yang hendak dihairankan... Selain sudah tidak memperjuangkan negara Islam, ini juga membuktikann Pas juga bukannya memperjuangkan lunas-lunas Islam....

29 Aug 2011

Selamat Hari Raya Aidul Fitri - Maaf Zahir & Bathin

Seorang Lagi "Agen Umno" Dalam Pas???

PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3, malam tadi dalam Buletin Utama.

Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.
Jestru dakwanya, kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu.

"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas. Nukilan
blog sini.
Tiada kebebasan bersuara dalam Pas, walaupun untuk menyatakan kebenaran???

28 Aug 2011

Zakat Guna Dinar/Dirham - Jangan Sampai Fakir dan Miskin Tak Boleh Nak Belanjakan Sudahlah...



MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyaksikan upacara pembayaran zakat menggunakan dinar dirham daripada Abdullah Nawi dari Bachok (duduk kiri) kepada amil Masjid Kampung Laut, Wan Mat Zain Wan Yusof (duduk, kanan) serta Abdul Ghani dari Kazakhstan sebagai pencatat selepas melancarkan Hari Zakat dan Dinar Dirham di Kelantan Trade Centre (KTC), hari ini. - Foto Zaman Huri Isa. Aug 26, 2011 12:32 pm



Jangan Sampai fakir dan miskin tak dapat beraya sebab tak boleh nak menukarkan duit dinar dirham dengan keperluan harian, sudahlah....

Bukan apa takut-takut nanti apa yang berlaku di gereja DUMC berulang pula di Kelantan, negeri dengan jolokkan "Serambi Mekah".

Bukankah lebih mudah jika menggunkan matawang negara yang mudah ditukar dan dibelanjakan di mana-mana?


Anggota-anggota Polis dan Keluarga Bukit Kepung Mati Katak, Komunis Pula Yang Mati Syahid???


Jika anggota polis yang bekerja dengan British untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada fahaman dan anasir komunis yang terang-terangan menolak fahaman beragama dikatakan "mati katak", apa pula hukumnya menggangotai Pas yang bersengkokol dengan DAP yang sekian lama berusaha untuk meminggirkan Melayu/Islam sehingga Pas terpaksa menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam??? Masihkah anda beranggapan "pangkah Pas, masuk syurga???".

Pas kini telah sefahaman dengan DAP di dalam usaha untuk memertabatkan perjuangan komunis sebagai pejuang kemerdekaan... Ironinya Nik Aziz pernah menyamakan Umno dengan fahaman komunis... Nampaknya Pas sudah menjadi semakin "caca-marba"....

27 Aug 2011

Gempar Pakatan Cuba Daftarkan "Pengundi-pengundi Hantu"???


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengesahkan bahawa kira-kira separuh daripada mereka yang cuba untuk mendaftar sebagai pengundi, adalah tidak layak.

Malah, menurutnya, parti-parti politik yang sering mengadu daftar pemilih kotor, cuba untuk mendaftar "orang mati, orang bawah umur dan penduduk tetap".

"Parti-parti politik ini sepatutnya menapis terlebih dahulu orang yang mereka cuba daftar," katanya.

Cakap tak serupa bikin.... berita penuh klik sini.





Semoga Selamat Pulang ke Kampung Halaman dan Beraya Bersama Keluarga Tercinta Dengan Selamat!!!



KENDERAAN dari pusat bandar raya Kuala Lumpur menghala ke arah selatan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan semakin sesak disebabkan orang ramai mula pulang berhari raya ke kampung masing-masing selepas waktu bekerja. (berita lanjut) - Foto Zulfadhli Zulkifli. Aug 27, 2011 3:01 am



26 Aug 2011

Perangkap Had Laju - Polis Trafik Jangan Menempah Maut!!!



LANS Koperal Syamsul Abd Hamid dari Unit Penguatkuasa Trafik Jalan Bandar ketika bertugas untuk mengawasi had kelajuan kenderaan semasa Ops Sikap sempena Hari Raya Aidilfitri di Penchala Link menghala Kepong, hari ini. - Foto Sairien Nafis. Aug 25, 2011 4:29 pm


Nasihat penulis kepada pihak polis trafik, janganlah sampai membahayakan nyawa sendiri. Lihat sahaja foto di atas tu... Seorang polis traffik tanpa jaket keselamatan, tanpa kepongan barrier keselamatan ataupun apa sahaja bentuk alat keselamatan yang boleh melindungi mereka daripada rempuhan maupun memudahkan untuk mereka dikenal-pasti.

Duduk di kawasan "Hidden Island" di kawasan lalu-lintas trafik yang sesak serta berkelajuan tinggi pastinya umpama, "menempah maut".

Chegubard Membuktikan PKR - Parti Kencing Rakyaat???


Begini kah pemimpin yang rakyaat Malaysia dambakan??? Seorang penipu dan tidak bertanggung-jawab seperti Chegubard??? Yang suka, "lempar batu sembunyi tangan???".

Memang kaki kencing!!!

Liwat II: Air Mani Anwar "Bersepah" di Mana-mana???



Pelik bukan? Dalam usaha pihak DSAI cuba untuk menafikan bahawa Anwar telah meliwat Saiful, tetapi mereka sendiri tidak dapat menjawab persoalan bagaimana air mani DSAI boleh berada di dalm dubur Saiful???

Adakah ini bermaksud air mani DSAI boleh didapati dengan muda di mana-mana sahaja? Bersepah-sepah? Ini membuatkan penulis tertanya2... Jika "video lelaki mirip Anwar" yang disahkan tulen itu sememangnya betul adalah Anwar pasti air mani beliau mudah untuk diperolehi....Jika tidak masakan air mani beliau boleh ditemui di mana-mana? Jangan lebih banyak klip-klip video seks yang bakal menyusul pula selepas ini ???

Jestru adakah berbaloi untuk bersolat hajat beramai-ramai demi untuk mempertahankan beliau?


25 Aug 2011

Lynas - MP Pas "Dibeli Umno" RM 2 Juta???


Dr Che Rosli Che Mat,Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor yang juga seorang saintis nuklear sudah membuat pengakuan bahawa beliau terpaksa bercakap benar dalam Buletin Utama TV3 Rabu malam lalu kerana telah tidak tahan lagi dengan penipuan PKR. Pemimpin Pas yang lain juga pastinya terkejut mendengar pengakuan berani beliau mengenai isu kilang Lynas di Gebang, Kuantan yang telah digembar-gembur oleh PKR sebagai tidak selamat dan umpama loji nuklear.

Pastinya Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh akan terpukul kerana beliaulah yang terus-terusan memainkan sentimen bahawa kilang itu tidak selamat.

Adakah rakyaat masih belum sedar bahawa PKR selama ini sememangnya pembohong???

Berita lanjut klik sini.


Lagi Gesaan Mufti Harussani Agar Melayu Bersatu!!!



Artikel penuh klik sini.

Mengapa Harussani menyeru agar Najib yang menyatu-padukan Melayu??? Bukan Anwar dan bukan Muhyiddin???

Hanya mereka yang tidak dapat menilai "hati ulama' veteren" seperti beliau sahaja yang mungkin akan melenting tanpa usul-periksa dan membabi-buta.

Orang lama tegurannya mungkin penuh dengan maksud yang tersirat, jesteru terkadang orang muda mudah tersalah anggap jika dada kurang terbuka dan akal kurang waras.

Mengimbau Kes Liwat I - Tan Sri Harussani Zakaria



“I said that if you sack Anwar you divide the Malays, I also said don’t charge for sodomy...I said if there are no witnesses there would be dire consequences,” added the Perak mufti. Berita lanjut klik sini.

Itu kenyataan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dalam sebuah forum  yang turut disertai oleh Ketua Penerangan Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Fathul Bari Mat Jahya. Forum tersebut telah dipengerusikan oleh bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Apa yang dimaksudkan oleh beliau, anda semua yang bijaksana tafsirkanlah sendiri...

24 Aug 2011

PKR - Keadilan Hanya Ilusi yang Dikabui Persepsi....


Seperti biasa mereka berjaya "menjual" persepsi.... Rakyaat dan penyokong-penyokong terus-terusan digula-gulakan dengan mimpi...dan pelbagai janji kosong...

23 Aug 2011

Liwat II: Update

Hafiz Yatim
Ogos 23, 11
11:13am
http://www.malaysiakini.com/news/173821

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya. Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Hospital Pusrawi Emergency ward 280708.jpg"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

. Bravo Man United!!!

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney menanduk masuk gol ketiga pasukannya tanpa dicabar pemain Tottenham Hotspur pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester, awal pagi tadi. Keputusan United 3, Spurs 0. - Foto AP Aug 23, 2011 6:41 am.

22 Aug 2011

Kes Liwat II: Cakap Berdegar-degar Tapi Anwar Sebenarnya Takut Disoal Pendakwaraya???

AIDCNews – 22/08/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh iaitu kandang yang diduduki selama ini sebagai seorang tertuduh meliwat bekas pekerjanya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini, Ram Karpal, salah seorang peguam Anwar memberitahu anak guamnya, sedang memikirkan salh satu daripada tiga kaedah dalam memberi keterangan iaitu berada di kandang saksi, kandang tertuduh atau berdiam diri.

Jika Anwar berada di kandang saksi, hujahnya lebih kredibel kerana mesti dimulai dengan acara bersumpah dan hujahnya boleh disoal balas oleh pihak pendakwa.

Sebaliknya jika memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, hujahnya dianggap kurang kredibel, tidak perlu bersumpah dan tidak perlu disoal balas oleh pihak pendakwa.

Dan akhirnya Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, yakni dia duduk di atas bangku peguamnya yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon dan tidak memberi peluang pihak pendakwa mencabar kesahihan keterangannya itu

Menurut Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tetapi beliau masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang tertuduh (dock).

Komen Isac;

Inikah pemimpin yang rakyaat dambakan??? Pepatah ada mengatakan, "berani kerana benar, takut kerana salah". Mengapa beliau "takut" untuk disoal-balas oleh pihak pendakwaraya???

Si Saiful yang dihina dan diinjak-injak maruahnya oleh media Pembangkang pun, tidak gentar untuk disoal di mahkamah. Mengapa seorang pemimpin "ulung" dan pakar pemidato dilihat ragu2 ???

Di mana letaknya ketelusan dan keadilan yang selama ini dilaung-laungkan oleh pembangkang?

Saksi-saksi pihak pendakwaraya mereka nak temuduga sebelum perbicaraan, diri tertuduh pulak "dihalang" untuk disoal-balas semasa peerbicaraan...Keadilan konon... Keadilan cara Anwar, semuanya putar-belit dan penuh dengan tipu muslihat!

Kepada penyokong2 Anwar, korang kena tipu ajelah.... Bila mata-hati dah tertutup, begitulah jadinya...










Usaha Pembangkang Memburuk-burukan Kerajaan di Indonesia Bakal Memakan Diri???



Pertamanya semua yang mereka perkatakan adalah fitnah... Lihat sahaja isu cincin yang dikaitkan dengan Rosmah yang bernilai RM 24 Juta. Isu kapal selam... Tunjuk perasaan oleh persatuan "Bendera" dan banyak lagi... Usaha oleh pengkhianat negara yang sengaja mahu menjatuhkan negara demi kepentingan peribadi...

Allah s.w.t. maha kaya... Kerana kita di Malaysia sebenarnya adalah sebahagian daripada dunia Melayu Nusantara... Kini saudara-saudara kita di Indonesia telah sedar, siapa saudara mereka... Pastinya selain daripada fakta dan bukti2 yang nyata, cakap DS Najib yang jelas sememangnya berasal dari dunia Melayu sepatutnya lebih senang/mudah untuk dipercayai berbanding fitnah daripada seorang keturunan kacukkan India yang yang telah terbukti bukannya seorang "lelaki yang baik".




21 Aug 2011

Gereja Berhemah??? Itulah yang Sewajarnya...



Sebagaimana yang telah dipersetujui oleh generasi terdahulu menjelang kemerdekaaan negara, di mana telah terhasilnya perlembagaan negera, semua pihak haruslah menghormati hak semua bangsa dan agama seperti yang telah termaktub agar kita dapat saling hidup rukun dan damai dan menghormati hak satu sama lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan. 

20 Aug 2011

Prof Bari Setuju Jais Boleh Dikritik, Tetapi Mengapa Pihak Gereja Pula Yang Kebal???


Bagaimana lah pihak penguatkuasa undang-undang seperti Polis dan Jais mahu menjalankan kewajipan mereka... Pihak pembangkang Malaysia umpama "pemimpin-pemimpin yang mewakili penjenayah". Merekalah yang terlebih dahulu  akan menundig jari kapada pihak berkuasa yang menjalankan amanah yang diberikan...

Terutama apabila isu yang mereka perjuangkan dilihat boleh memberikan undi dalam PRU 13 nanti...

Sememangnya pihak penguatkuasa perlu ditegur jika berbuat silap, tetapi bagaimanapula pihak "gereja haram" yang terang-terang telah melakukan kesalahan?

Undang2 perlu tegas bukan sahaja untuk melindungi orang-orang Islam, juga gereja dan rumah ibadat lain yang didirikan mengikut terma undang2 dan tidak cuba untuk mengganggu-gugat keselamatan dan keharmonian negara.


19 Aug 2011

Pas - Daripada Negara Islam Tukar ke Negara Berkebajikan dan Terbaru Negara Murtad???

AHLI Pertubuhan PERKASA berkumpul di perkarangan Masjid Negara, hari ini, bagi membantah mengenai isu murtad dan agama. - Foto Yazit Razali..Aug 19, 2011 3:38 pm

Nampanya seperti dakwaan Ibrahim Ali, Perkasa akan mengambil alih ruang yang ditinggalkan oleh Pas di dalam membela aqidah orang-orang Islam di malaysia...

Persoalan yang penulis mahu bangkitkan, apa sumbangan Pas di dalam memartabatkan agama Islam sebelum ini? Selain daripada mencari salah BN dan kerjanya hanya tahu membangkang???

Bina masjid pun seperti yang diakui sendiri oleh Nik Aziz, cuma 3 buah di Kelantan sepanjang berkuasa lebih 20 tahun
...




18 Aug 2011

Pengundi Hantu Adalah Amalan Pembangkang - Mahathir.


Kalau dilihatkan kepada DSAI yang memang suka melontarkan bom asap... Apa yang hendak dihairankan??? Lihat sahaja isu kroni dan politik wang, walaupun ia sebenarnya adalah amalan beliau semasa di dalam  UMNO,  tetapi yang diwar-warkan kepada rakyaat kononnya itu semua angkara Tun Mahathir...

Sehingga rakyaat terhilaf dan telepas pandang siapa sebenarnya yang bersalah sehingga berjaya melepaskan dirinya dan sebaliknya rakyaat menyalahkan Tun Mahathir.

Licik memang licik...

17 Aug 2011

Sah Umno Dalang Pendedahan Isu Murtad di Gereja???



Ada bukti dari sumber-sumber yang boleh dipercayai katanya... Mana buktinya... masih lagi X bagi...jangan jadi macam PKR sudahlah... "lempar batu, sembunyi tangan".

Tuduh Umno dan BN macam-macam, bukti tak bagi.... Wakil Rakyaat mereka keluar parti... Kononnya Umno bayar/beli dia orang tu dengan harga RM 2 Juta.

Rakyat dan penyokong2 yang "cerdik" terus percaya... Nak dedahkan "rahsia sensasi BN yang bakal menggegarkan negara" selepas kemenangan PRK dua bukit + Batang Ai... Sampai sekarang senyap....

Bila kena kat batang hidung sendir... "lelaki itu, kelihatan macam saya tetapi bukan saya". Sekali lagi rakyaat dan penyokong-penyokong percaya bulat2...

Nampaknya Datuk Mustafa ini pun dah terikut-ikut... Nasib engkaulah Labu....

Lagi satu... Isu murtad bagi Pas bukan lagi suatu isu penting, yang penting adalah undi. Jestru jika ada isu yang dilihat merugikan "undi" mereka, yang akan cepat-cepat dijadikan kambing hitam adalah UMNO.

Hadi, Memang Senang Membangkang Berbanding Membangun Sebuah Negara.


Penyakit lama Pas, orang lain semua salah dan aku sahajalah yang betul.... Hujahnya lihatlah apa yang kerajaan negeri telah buat untuk pembangunan negeri Kelantan setelah lebih 20 tahun berkuasa, selain bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat yang sentiasa dimusuhi, diumpat-keji, difitnah malah beberapa kali telah "dikafirkan"???

16 Aug 2011

Agak2 Kalau di Padang Mahsyar Nanti Hanya Dengan Menunding Jari Semuanya Salah Umno, Allah s.w.t. Boleh Terima ke???



Apabila semuanya salah Umno.... Orang Islam dimurtadkan di dalam negeri yang mereka perintah... Dikesan pula oleh sebuah agensi yang mereka sendiri ketuai... Yang salahnya tetap Umno... Yang memurtadkan orang Melayu dan telahpun menyalahi hukum Islam, eknakmen syariat Islam Malaysia dan perlembagaan negara pula yang dipertahankan...

Tak pula kedengaran mereka ini akan memngemukakan saksi, sebagaiman yang selalu mereka ini pekikkan apabila mereka dan sekutu mereka dituduh melakukan kesalahan.... Bila membuat tuduhan tak pulak berikan saksi...

Saman RM 200 Juta Felda Ditolak!!!



Itu pun pembangkang tak habis-habis melebel bahawa Mahkamah menyebelahi BN.... Lihatlah bertapa adilnya mahkamah Malaysia.


15 Aug 2011

Man Utd. Memulakan Musim EPL 2011/2012 Dengan Langkah Kanan!!!

PENYERANG Manchester United, Dimitar Berbatov (kiri) mengawal kemas bola daripada dirampas pemain West Bromwich, Albion's Youssouf Mulumbu pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Hawthorns, West Bromwich, awal pagi tadi. Manchester menang 2-1. - Foto EPA. Aug 15, 2011 11:22 am

13 Aug 2011

Undang-undang Britain Lebih "Islamik" Daripada Kerajaan Pas Kelantan (Serambi Mekah)???


LONDON: Reece Donovan dari timur London didakwa di mahkamah kerana merompak pelajar Malaysia, Mohamed Asyraf Haziq Rossli, menurut seorang jurucakap Polis Metropolitan

Lelaki British yang merompak Asyraf (Pelajar Tajaan MARA) kalau di bawah pentadbiran Pas pasti akan terlepas!!! Tak boleh nak didakwa!!! Ini kerana kata Hj Hadi, pita rakaman video pekak, bisu x boleh jadi saksi kat mahkamah...

Kenyataan yang betul-betul meragukan.... Meletakkan martabat ulamak, "seperti katak di bawah tempurung".

Bersih Tak Sama Dengan Rusuhan di Britain - Pas



Dengan provokasi Suhardi yang kurang mendapat sambutan.... Rempuhan diketuai Tian Chua yang tak berapa menjadi.... Akibat kecekapan pihak polis mematahkan niat mereka (Bersih 2.0). Memanglah "tak menjadi". Bagaimana jika rakyaat Malaysia "seganas" orang UK dan polis kita jugak "lembik" pastinya rusuhan seperti zaman "Reformasi" pasti akan berlaku...

11 Aug 2011

Liwat Dah Menjadi Suatu Trend Masyarakat Malaysia???


Siapa yang nak disalahkan??? Lebih-lebih lagi bila pemimpin2 yang dikaitkan dengan kes sebegini pun "disokong" oleh Pas!!!

Katanya gereja untuk pengamal homoseks juga mahu didirikan...

Rumah urut gay pun dah ada...

10 Aug 2011

Nasrudin Lawan Tokey? Memang Nak kena Mamat Ni???


Kalau tanya kepada penulis, tindakkannya wajar disokong. Nak harapkan pucuk pimpinan Pas, minggu depan baru nak siasat.... Lembab tahap "Gaban".

Kalau ada buktipun dah boleh dihapuskan dengan masa yang sebegitu banyak...

Nasrudin semakin menongkah arus nampaknya, adakah beliau juga akan dilebel sebagai condong ke arah penyatuan dengan Umno???

Kalau tanya Anwar, "nanti kang, tah berapa "juta" pulak dakwaannya yang Umno dah sumbat". Hanya masa yang akan menentukan...

Kelantan dan Selangor Bakal Setaraf???

Artikel penuh klik sini.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan khabar angin sebelum ini bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya itu 'gereja haram'.


Kalau di Kelantan ada banyak kuil Budha yang besar-besar dan mungkin antara yang terbesar di Asia Tenggara, Selangor pula apa kurangnya... Macam-macam ada.... Patung besar di Batu Caves dan kini gereja "haram" di setiap pelusuk Selangor? Banyak manapun jika dengan kebenaran pihak berkuasa taklah menjadi masalah kerana Perlembagaan Malaysa sememengnya menghormati semua agama, cuma agama2 lain juga wajar menghormati perlembagaan negara yang melarang dakyah agama lain terhadap penganut2 Islam adalah dilarang sama-sekali. Hak Islam sebagai agama resmi negara perlulah dihormati.

Kerajaan PKR Khalid Nak Bawa Orang Melayu Kemana???



Jika sebelum ini mereka mencadangkan supaya pungutan zakat di Selangor "dikongsikan" dengan mereka yang bukan beragama Islam, kini agama kristian pula dibiarkan menyebarkan dakyah halus untuk menarik umat Islam murtad.

Kebebasan mutlak anutan Pakatan Rakyaat??? Klik sini.

9 Aug 2011

Nasrudin Tantawi "Pecahkan Tembelang" Pakatan???


Inilah yang sebenarnya PR mahukan... Sengaja mahu menjatuhkan keadibiliti SPR, membangkitkan kemarahan orang ramai dan menyalahkan kerajaan jika mereka kalah di dalam PRU 13 nanti. Isu Bersih, PR diberikan hak mengundi dan lain-lain hanya isu-isu yang sengaja dibuat2 untuk mengalih perhatian rakyaat daripada kegagalan mereka mentadbir empat negeri dan juga isu-isu lain yang tidak menguntungkan mereka.

Justeru isu SRR dilihat boleh dimainkan dan dipertingkatkan sentimennya dari masa ke semasa untuk memancing simpati dan kemarahan orang ramai dengan dakwaan kononnya BN tidak telus dan menyalahgunakan SPR. Fitnah atau tidak itu tidak penting kerana apa yang penting buat mereka hanyalah untuk menjatuhkan BN dengan apa juga caranya.

Tidak kiralah samada dengan jalan halal mahupun haram!!!

Seorang Lagi Pemimpin Pas Yang Bakal "Dipecat"???


Artikel lanjut klik sini.... Nasrudin mungkin terlupa, sekarang ni... untuk pemimpin Pas bercakap berkenaan isu murtad adalah "dilarang" sama-sekali kerana akan merugikan "undi" bukan Melayu bukan sahaja terhadap Pas!!! Bahkan mungkin kesemua parti gabungan di bawah PR juga bakal terjejas teruk...

Beliau juga dilihat sebagai di antara segelintir pemimpin Pas yang selalu menongkah arus saranan pucuk pimpinan Pas, persoalannya sampai bila?

8 Aug 2011

Man United Memulakan Kempen EPL 2011/12 Dengan Langkah Kanan!!!



Pemain Manchester United menjulang trofi Perisai Komuniti dengan menewaskan Manchester City 3-2 di Stadium Wembley semalam. — Foto Reuters 


LONDON 8 Ogos — Manchester United MU yang bangkit daripada ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama menewaskan Manchester City 3-2 bagi menjulang Perisai Komuniti di Stadium Wembley di sini malam tadi Juara Liga Inggeris itu menjaringkan tiga gol berturut-turut pada separuh masa kedua Chris Smalling dan Nani menyamakan kedudukan MU pada awal separuh masa kedua dan Nani sekali lagu menjaringkan gol — gol kemenangan pada masa kecederaan Gol Manchester City dijaringkan oleh Joleon Lescott dan Edin Dzeko.

7 Aug 2011

Dr Hasan Ali - Saya Rela Dipecat, Tunggu Apa Tindakkan Pas!!!



Apa pula tindakkan Pas selepas ini.... Ulamak terkenal Haron Din dah sakit... Ustaz Azizan yang dilihat agak sederhana juga dah sakit.... Ustaz Nasharuddin satu lagi ikon "sederhana" dalam Pas juga sudah diketepikan...

Adakah Allah s.w.t. sengaja mahu menunjukkan sesuatu kepada kita??? Membiarkan "orang2 baik meninggalkan Pas... Meninggalkan Pas di tangan mereka yang "merugikan" Islam??? Untuk memudahkan kita membuat keputusan???

Bukti 911 Angkara Yahudi???

Jika anda menaip Q33NY (kod penerbangan salah sebuah pesawat awam yang melanggar World Treat Centre) - dalam perisian word, dan kemudiannya menukarkan font nya kepada "wingdings" maka gambar di atas yang akan dihasilkan...

Kapal terbang, melanggar dua menara kembar (World Trade Centre??), menyebabkan kematian dan akhir sekali adalah angara Yahudi???

Adakah ini hanya kebetulan???

Apapun sebagaimana "keadilan" yang dibawa oleh PKR/Pakatan Rakyaat dan kes liwat DSAI, isu ini sebenarnya pun terlampau dipolitikkan dan sengaja dibuat andaian2 yang sehingga menimbulkan terlampau banyak persepsi dan teori konspirasi sehingga menenggelamkan isu sebenar.

Untuk makluman nombor penerbangan di atas pun sebenarnya palsu, nombor penerbangan2 yang terlibat, klik sini.

6 Aug 2011

Dah Bayar Zakat Fitrah?

SEBAHAGIAN jemaah Masjid Negara mengambil kesempatan membayar zakat fitrah selepas menunaikan solat Jumaat, hari ini. Kelihatan amil Zakat Fitrah Masjid Negara, Raqib Ismail membacakan doa selepas menerima zakat fitrah daripada pembayar zakat. - Foto BERNAMA. Aug 5, 2011 6:51 pm

5 Aug 2011

Hasan Ali Bakal Dipecat Pas???


Dah banyak kali keputusan dan pendirian beliau walaupun dilihat demi untuk mempertahankan Agama Islam tetapi membelakangkan "semangat setiakawan" dalam Pakatan Rakyaat...

Kemuncaknya beliau digugurkan daripada barisan exco Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini...

Jika kesabaran Pas terhadap beliau telah sampai kepenghujung tidak mustahil beliau bakal dipecat.

Masihkan anda beranggapan Pas memperjuangkan Islam??? Tanpa membina masjid, tanpa menerapkan ajaran Islam dalam pentadbiran dan rutin harian? Terbaru mempertahankan pemimpin yang menghina undang-undang Syariah Malaysia dan memperjuangkan murtad?

Kegiatan Kristianisasi Memurtadkan Orang Melayu??? Hasan Ali Pertahan Jais.


Bila ada isu sebegini, pastinya Pakatan Rakyaat akan menunding jari dan menyalahkan BN, walaupun Jais sebenarnya berada di bawah bidang-kuasa kerajaan negeri yang dipimpin oleh parti PKR.

Ironinya di masa akidah dan kepercayaan umat Islam seperti diinjal-injak, semasa perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran dakyah olah agama lain terhadap penganut-penganut agama Islam, kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR sibuk mencari "milage" politik dan bukannya membuat siasatan!

Sempena hari Jumaat yang mulia dan di dalam bulan Ramadhan yang barakah ini.... Pengujung-pengunjung fikirlah sendiri dengan dada yang lapang.

Adakah perkembangan sebegini baik untuk Islam??? Baik untuk akidah anak-cucu kita??? 

4 Aug 2011

Lagi Fitnah Dari Pas???



PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

Berita lanjut Klik dini.

Nik Aziz kata jangan buat fitnah bulan2 puasa ni...Tapi orang Pas pun sama....

Penulis mahu betulkan Datuk Mustafa, yang liabiliti sebenarnya yang kat atas tu.... Kalau nak tido pergi balik rumahlah... Pergi kempen ceramah pun sempat dia tido...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3