bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Feb 2010

Guan Eng Kalau Berani Bubarlah DUN!!! - Jangan Nanti Bila Kalah "Undi Tak Percaya" Kata BN Rampas Kuasa!!!!!



Guan Eng: Pakatan tiada cadangan bubar DUN lebih awal

http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=53485-guan-eng-pakatan-tiada-cadangan-bubar-dun-lebih-awal

PULAU PINANG, Feb 17 — Ketua Menteri Lim Guan Eng menolak kemungkinan memohon agar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan lebih awal untuk mendapatkan mandat baru mentadbir negeri. Kata beliau pentadbirannya tidak goyah walaupun berdepan dengan kritikan pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat sendiri khususnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menolak dakwaan kononnya Pakatan Rakyat akan mengadakan pilihan raya lebih awal di empat buah negeri yang dikuasainya sekarang. Menurut Lim, sokongan rakyat kepada mereka masih utuh biarpun berdepan dengan pelbagai masalah.


Beliau ditanya apakah beliau mahu mengadakan pilihan raya negeri lebih awal ekoran tekanan yang dihadapinya daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat sendiri. Tegas Ketua Menteri beliau tidak mahu melatah dengan tekanan daripada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar PKR minggu lalu dan rakannya Tan Tee Beng.


“Itu kita rasa ikut mandat rakyat, mandat rakyat tak terjejas... mandat rakyat masih serupa, kekukuhan kerajaan negeri tak sedikit pun (terjejas) kerana telatah kedua-dua Ahli Parlimen ini. “Kerajaan negeri ditubuhkan atas Adun, bukan atas (kapasiti) Ahli Parlimen, jadi yang nak belah (keluar) adalah Ahli Parlimen.


Komen Isac;

Mana Guan Eng ni tahu bahawa hanya MP Pakatan sahaja yang mahu lompat keluar parti dan ADUN mereka tidak? BN "already have the number, to uniform a new goverment". Pinjam kata-kata DSAI (16 September). Nasihat penulis lebih baik bubarkan sahaja DUN sekarang selagi masih ada peluang, jangan nanti bila DUN bersidang Guan Eng "dipecat" oleh sidang DUN.

Satu lagi, dengan keputusan mahkamah kes MB lawan MB di mana undi tidak percaya terhadap MB ataupun Ketua Menteri boleh dibuat di luar sidang DUN, nasib Guan Eng aka Penipu yang kononnya mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz umpama "nasib telur dihujung tanduk". Bila-bilapun boleh dipecat!!!


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3