Anwar: Ekonomi Malaysia kini retak dan bakal berkecai | ||
http://www.malaysiakini.com/news/125212 |
Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius. "Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini. Najib pada Rabu lalu mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh. 'Malaysia paling lembap di rantau ini' Tambahnya lagi, ini merupakan perbezaan ketara berbanding pencapaian sebelum ini yang meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura. "Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun. "Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi. Komen Isac; Percubaan DSAI untuk menghilangkan kepercayaan kepada Malaysia dan berharap dapat mensabotaj ekonomi negara? Dari situ pelabur akan lari dan rakyaat akan kehilangan pekerjaan, tertekan dan menderita. Ini diharapkan akan membuatkan rakyaat bangun memberontak? Ekonomi moden yang banyak bersandarkan kepada penawaran dan permintaan juga mengharapkan kepada "world and public confident" jika ianya runtuh maka kemungkinan besar akan runtuhlah ekonomi sesuatu negara. Adakah ini yang sedang diusahakan oleh DSA? Melihatkan kepada "gerak kerjanya selama ini" ianya tidak mustahil, pastinya jika startegi ini berjaya dilaksanakan, agenda tersebut akan menjadi 'serampang dua mata" buat DSAI, percubaan "merampas kuasa" dan juga percubaan untuk mengalih perhatian rakyaat daripada perbicaraan kes liwatnya di mahkamah. |
Pada hamba ada rahsia tersembunyi disebalik apa yang dia bentangkan itu: Ini bermakna dia sedang mendesak koncu koncunya diluar sana supaya memberi tekanan keras terhadap ekonomi Malaysia agar mudah dia membakar kebencian dan kemarahan. Kalau boleh dia mahu mencetuskan rusuhan sebelum mahkamah membuat keputusan mengenai kes liwatnya.
ReplyDeleteSetakat nak guna maklumat dari IMF tu baik x payah lah nak buat kenyataan.penasihat RM1 ni bukan boleh pakai pun,harga pun RM1 mcm kualitinya..
ReplyDelete