K'jaan cadang konsep pembangunan semula Kpg Baru | ||
|
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru di ibunegara yang antara lain akan memastikan penduduk serta pemilik tanah tidak perlu berpindah ke tempat lain. Najib juga berkata dalam pembangunan semula itu, ciri kebudayaan Melayu dan legasi kawasan ini akan dikekalkan di mana yang sesuai, sebagai gambaran dan imej unik kawasan ini. Komen Isac; Sememangnya teramat bagus cadangan kerajaan tersebut. Jika cadangan pembangunan tersebut dapat direlisasikan, ianya akan dapat menaikkan nilai hartanah Kg Baru dari hanya sekitar RM 2.9 Billion kepada RM 19.4 Billion. Adalah lebih baik jika pemilik-pemilik tanah di Kg. Baru sendiri dapat memainkan peranan di dalam membangunkan kawasan tersebut dan tentunya dengan kerjasama dari badan-badan kerajaan. Perkongsian ini boleh dilakukan dalam bentuk syarikat maupun koperasi. Bayangkan jika pembangunan semula ini dapat direlisasikan, sudah tentu kita dapat mencairkan RM 19.4 Billion asset milik Melayu/Bumiputera ke dalam pasaran modal. Selain akan dapat menaikkan nilai asset milik Melayu/Bumuputera secara langsung ia juga akan memesatkan lagi pembangunan di Kuala Lumpur, ibukota negara secara amnya. Selain diharap pemilik-pemilik tanah di Kg. Baru ini nanti tidak akan melupuskan keseluruhan equiti mereka untuk mendapat keuntungan segara, penulis juga berharap pihak kerajaan dapat mengggantikan jumlah tanah rezab Melayu yang bakal dimajukan ini di tempat lain agar perlembagaan negara berkaitan tanah rezab Melayu terpelihara. Mudah-mudahan orang-orang Melayu/Bumuputera akan mempunyai bangunan-bangunan pencakar langit mereka sendiri di pusat ibukota dengan terlaksananya projek ini nanti. Juga harapan penulis agar pemilik-pemilik tanah Kg. Baru agar berhati-hati supaya tidak ditipu sebagaimana yang berlaku ke atas pemilik-pemilik tanah di sesetengah projek pembangunan yang terdahulu, bak kata pepatah,"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". |
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.