bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Feb 2010

Malang Buat Penduduk Hulu Selangor Kampus UITM Tak Jadi Buat Kat Sana....

Foto: PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mendengar penerangan Pengarah Urusan Puncak Niaga Sdn Bhd, Datuk Hashim Mahjar (empat dari kiri) mengenai pelan UiTM Puncak Alam selepas merasmikan kampus baru institusi itu petang tadi. Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri). - Foto Fariz Iswadi Ismail.



Satu ‘kebijaksanaan’ hingga yang dikendong berciciran
28, 2010 : 08.51 AM
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_72676c7c-7f000010-175b7f90-1fa9bac0



Alahai kesian orang Hulu Selangor.Dengar cerita ramai yang frust menongging bila Kementerian Pengajian Tinggi membatalkan cadangan nak bina Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah. Ini semua gara-gara kecoh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tuntut nak jadi Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor yang merupakan pemilik tanah di Serendah itu. Kata orang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Akibat nak main politik sangat projek besar yang nak tempatkan 5,000 pelajar UiTM itu berpindah ke Jasin Melaka. Dengar cerita orang Hulu Selangor lagi angin satu badan bila mendengar Menteri Besar mereka itu mengakui mengakui rakyat Selangor akan mengalami kerugian besar daripada segi pembangunan sosial kerana pembatalakan cadangan nak bina kampus Uitm di Serendah itu. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled memberitahu cadangan asal pembinaan kampus itu yang sepatutnya didirikan di Serendah dibatalkan ekoran keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan tapak bagi projek tersebut. Nak kata padan muka pun tak guna…nasi dah jadi bubur. Orang Jasin pula senyum tak sudah mendapat khabar gembira itu. Ramai yang mempersoalkan ‘kebijaksanaan’ Tan Sri Khalid hingga projek itu kantoi mengenangkan spill over yang pasti besar dari segi ekonomi segala macam jika projek itu jadi. Inilah bila politik didahulukan dan rakyat kena duduk belakang.-28/1/2010




Komen Isac;


Orang-orang Hulu Selangor boleh tengok dan menelan air liur aje lah.....Undilah lagi Tan Sri Khalid dalam PRU 13 nanti...

3 comments:

  1. Aku nak pesan kat orang selangor sekiranya kalian pergi nak bayar cukai pintu di PBT taupun cukai tanah diPejabat Tanah..kalian kena cakap ni duit sendir ye....nanti pembayaran tu tak boleh dibuat pulak sebab MB gagap kata kalau nak bayar cukai tanah kena guna duit sendiri...kah kah kah

    ReplyDelete
  2. x dapat kat kroni BaBN la ni..tu yg x jadi

    ReplyDelete
  3. okla tu dpt wt kt pnck alam drpd xdpt wt langsung..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3