Mungkin Rafizi cuma pandai pasal "lembu" ??? Ataupun "mencuri" maklumat "banking" musuh politiknya???
Tetapi lumrah orang Malaysia ni, mereka mengaku semuanya serba-serbi tahu...Bila musim AF, semuanya boleh memberi komen mengalahkan guru vokal.....Bila sampai musim kejohohanan Piala AFF, semua cerita pasal bolasepak mengalahkan Sir Alex Furguson, bila cerita pasal jet pejuang macam lah mereka mempunyai pengalaman sebagai juruterbang berpuluh tahun dengan beribu jam masa penerbangan dan operasi.....Bila bercakap pasal kapal perang..... bunyi macam mengalahkan Laksamana (bersara) aje.... Malangnya jenis2 kapal pun X kenal. Mungkin kerana pada masa ini, segala maklumat dihujung jari.....Tapi kena lah mengambil inisiatif untuk mencari dan bertanya jika X tahu....Jangan main hentam "kormo" aje....Contohnya klik di sini.

Kalau kapal induk pengangkut kapal terbang (battle ship carrier) di atas tu, penulis pun X akan bersetuju..... Ini kerana kita bukannya sebuah negara penjajah yang mempunyai terlalu banyak negara jajahan takluk untuk diawasi .... Malah keluasan laut negara kita juga bukanlah besar sangat untuk menjustifikasikan pembeliannya. Ataupun negara kita adalah negara "polis dunia" yang besar pengaruhnya seperti Amerika Syarikat yang perlu menjaga pengaruhnya dengan mempunyai armada laut dan udara di kesemua 7 lautan di dunia.
Kapal induk/perang pembawa kapal terbang yang di atas itu sesetengahnya boleh menempatkan sehingga lebih 6000 orang askar perlbagai pangkat lengkap dengan juruterbang pesawat pejuang/helikopter/pesawat AWACS dan mampu membawa sekitar 100 atau lebih buah pesawat pejuang, kapalterbang dan helikopter. Klik sini dan sini.
Pesawat2 pejuang yang dimiliki oleh negara kita pada masa sekarang ni pun kalau kesemuanya diletakkan di atas kapal induk di atas pun silap2 X cukup.... :). Tambahan pula memandangkan "runway" untuk "take off" nya pendek tidak semua pesawat pejuang sesuai digunakan di atas kapal induk terutamanya untuk berlepas. Itupun untuk kapal2 induk moden, di mana landasan tempat berlepas boleh didongakkan sedikit untuk memberikan kesan lonjakkan yang diperlukan oleh jet2 pejuang ketika berlepas. Dari segi "landing" ianya kurang bermasalah disebabkan adanya penyangkuk di bahagian belakang pesawat yang akan menyangkut jaringan safety net/cable di atas runway ketika pesaway mendarat bagi menguragkan keperluan jarak brek pesawat2.
Apa yany penulis faham kita cuma mahu membeli sebuah kapal pengangkut....Yang kat bawah ni;
Itupun sebenarnya hasrat tersebut telah tertangguh sejak tahun 2010 lagi.....
Kapal pengangkut diperlukan untuk keperluan logistik seperti membawa bekalan, keperluan ke pengkalan2 laut milik TLDM, mobiliti dari segi membawa kenderaan dan peralatan ketenteraan seperti kereta kebal, landing barge, perisai, trak, meriam ke kawasan pertempuran dan lain2. Ianya juga boleh juga digunakan sebagai pejabat bergerak untuk kerja2 "Search and Rescue" kerana ianya boleh menempatkan (housing) pendaratan beberapa buah helikopter malah boleh juga menempatkan sebuah hospital mini dengan sekitar 60 katil. Sumber klik sini.

Malah jika Rafizi rajin membuat kajian, TLDM sememangnya memerlukan sekurang2nya sebuah kapal pengangkut yang baru kerana kita buat masa sekarang cuma mempunyai dua buah sahaja kapal jenis ini dan umurnya pula telah menjangkau usia 35 tahun (KD Sri Indera sakti dan KD Mahawangsa) sejak KD Seri Inderapura (berusia 45 tahun) terbakar pada 2009 penggantinya masih belum diperolehi. Sepanjang perkhidmatannya di bawah 10 orang pegawai memerintah, KD Sri Inderapura telah menyumbangkan baktinya samada di dalam misi ketenteraan, misi ketenteraan bukan perang dan juga misi kemanusiaan. Pada tahun 2004, kapal ini telah diaturgerakkan ke Acheh bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan selepas wilayah tersebut mengalami kemusnahan teruk akibat dilanda Tsunami.
Selain itu, KD Sri Inderapura juga turut terlibat di dalam beberapa eksesais antaranya Eksesais KERISMAS yang mula dianjurkan pada tahun 1981 pada tahun 1999 dan Eksesais Angkasa dan Samudera (Eksesais ANGSA) yang merupakan gabungan latihan tahunan antara Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang dimulakan sejak tahun 2006.
Pada 19 Ogos 2008, dua buah kapal dagang MV Bunga Melati 2 dan MV Bunga Melati 5 milik syarikat dari Malaysia iaitu Malaysian International Shipping Corporation Berhad- MISC telah dirampas dan anak kapalnya dijadikan tebusan di Teluk Aden berhampiran perairan Somalia oleh lanun-lanun dari Somalia. Insiden ini telah membawa kepada pelancaran Operasi Fajar/Ops Fajar pada 30 Ogos 2008 bagi menyelamatkan tebusan yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Malaysia dan sebilangan kecil rakyat negara asing. Sumber klik sini.
Sebenarnya isu ini telah dibangkitkan sejak lebih 5 tahun yang lalu klik sini dan sini. Sewajarnya untuk seorang akauntan bertauliah yang mempunyai latar belakang pendidikan sebagai jurutera perkara sebegini bukannya sesuatu yang susah untuk beliau fahami!!!
Mungkin niatnya cuma mahu membangkitkan kemarahan rakyaat demi kepentingan politik peribadi walaupun hakikatnya tindakan beliau bakal mengorbankan keselamatan dan kedaulatan negara???
Sapa tak kenal rapijih(bukan nama sebenar) memang bodoh piang.. lulus exam bawa toyol
ReplyDeleteTambah satu lagi kepakaran. Khusus kpd Joe Dol Sg Petani. Dia ni pakar analisis punggong. Besar, kecik, solid dan tuan punya punggong itu terutama Alsyekh Alanwar Aljuburi.
ReplyDeleteHang pun satu gak, igt bidang kejuruteraan tu satu je ke. Dia tu lulus elektrikal. Mana tau pasal kapal. Sebenarnya bab jenis2 kapal tu tak perlukan org kejuruteraan pun, sesiapa pn boleh google. Cuma dlm kes rafizi, dia ada kepentingan lain, ada yg percaya 100% apa dia ckp, ada yg lebih bijak utk google sendiri utk mengesahkn cerita dia tu.
ReplyDeleteRafizi tu buta fakta...
ReplyDeleteRafizi apa tahu. Dia tahu menipu je. Kapal class Mistral Perancis hendak dijual sangat murah dan berbaloi kerana Perancis dilarang oleh NATO untuk menjualnya ke Russia.
ReplyDeleteMemang TLDM memerlukan kapal sedemikian memandangkan wilayah semenanjung dan Sabah Sarawak.
Selain Malaysia, Singapura, Saudi Arabia juga berminat. Pembelian senjata seperti ini adalah direct government to government sama seperti pembelian pesawat, kapal selamat dan peluru berpandu canggih.
Jangan tertipu dengan Rafizi bangang tu.
Aku bayangkan dia macm aku...Walaupun background civil engineering tapi lain2 bidaang kejuruteraan seperti M & E, aeronautical dll. aku minat jugak nak tahu....Selalunya orang X boleh nak kelentong.
ReplyDeleteLagipun org lelaki selalunya minat asset2 perang ni...tak kira darat, laut atau udara.