Perjalanan dan perjuangan untuk melihat hudud dilaksanakan di negeri Kelantan sebenarnya masih lagi panjang dan jauh. Beberapa akta dan fasal dalam Perlembagaan harus dipinda di Dewan Rakyat terlebih dahulu.
Dua perkara yang perlu dipinda ialah Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu.
Secara matematiknya jumlah ahli parlimen Islam yang di dalam Dewan Rakyat, berjumlah 136 orang secara keseluruhan. Walaupun untuk meminda dua akta ini hanya memerlukan sokongan “simple majority” atau 112 orang ahli parlimen bersetuju bagi membolehkan ianya diluluskan tetapi kekangngan parti, kecetekkan ilmu dan iman bakal jadi penentu.
Jumlah 112 undi untuk membolehkan perlembagaan dipinda nampak kecil tatapi bukan mudah hendak dicapai.
136 orang ahli parlimen Islam itu merangkumi :
1) Ahli parlimen UMNO – 87 orang
2) Ahli parlimen PBB – 10 orang
3) Ahli parlimen Bebas, Khalid Ibrahim – 1 orang
4) Ahl parlimen PAS – 21 orang
5) Ahli parlimen PKR – 15 orang
(tidak termasuk Anwar Ibrahim yang kini di penjara)
6) Ahli parlimen DAP – 2 orang
( Ariff Sabri, Raub dan Zairil, Bukit Bendera)
Jadi siapa ahli parlimen Islam yang berani tidak mahu mengundi hudud di parlimen?
Hakikatnya Pas terbahagi dua iaitu golongan Ulamak dan Professional yang diragui ilmu agama dan pegangan mereka. Malah mereka dilihat lebih taat kepada DAP berbanding Presiden Pas. Jestru undi dari MP Pas juga masih belum solid.
2 ahli parlimen DAP iaitu Ariff Sabri dan Zairil pula pasti akan taat kepada pucuk pimpinan DAP. Sementara itu, kesemua 15 ahli parlimen PKR juga dijangka tidak akan mengundi untuk menyokong hudud diluluskan di parlimen.
Undi MP Umno dan gabungan BN pula dilihat agak solid jika Presiden parti memberikan green light. Malah kebanyakkan MP Umno/BN dilihat menyokong hudud kecuali beberapa kerat yang dilihat agak liberal mungkin kerana faktor cetek ilmu ataupun datang daripada keluarga kahwin campur.
Walaupun PKR sebagaimana DAP telah melahirkan hasrat tidak menyokong pembentangan Hudud di Parlimen, Anwar dilihat bernasib baik kerana tidak perlu mengundi.
Yang pasti berani mengundi menolak Hudud, walaupun mengetahui perlaksanaan hukum tersebut adalah wajib, boleh membawa kepada terbatalnya kalimah syahadah seseorang itu dan boleh membawa kepada kufur. Waliyazubillah.
posted from Bloggeroid
"Hanyasanya kata kata org org yg beriman bila diajak kpd Allah (swt) dan RasulNya (saw) utk berhukum antara mrk, mrk mengatakan ; kami dengar dan kami taat. dan mrk itulah org org yg mendpt kejayaan." 24:51.
ReplyDeleteJika tidak sedemikian, kafir, zalim atau fasik (5:44,45,47)
Kena bezakan hudud Allah dan Hudud Kelantan sebelum mempersoalkan akidah orang lain.
ReplyDeleteNampak banyak kepincangan Hudud Kelantan. Contohnya asalnya sudah salah iaitu Hudud Kelantan di buat di rangka di undi oleh rakyat melalui wakil rakyat di dewan rakyat.Tuanku Sultan hanya perkenan yakni tindakan pasif dalam pelaksanaan hudud. Ini bermakna kuasa membuat hudud kini terletak di tangan rakyat sudah dan tugas mutlak Sultan di kekang oleh sistem demokrasi yang kita amalkan.
Kita semua maklaum kuasa pemerintah dan pentadbiran Hudud di tangan pemerintah. (lihat Brunei yang tidak ada kuasa esekutif terletak di tangan rakyat - di Malaysia kuasa eksekutifnya di tangan rakyat - mellaui sistem government - pentadbiran). SUltan Kelantan ialah pemerintah Kelantan. Kelantan tidak di perintah oelh rakyat mellaui wakil rakyat. Rakyat hanya MENTADBIR melalui GOVERNMENT yang di undi oleh rakyat.
Perlu di ingatkan di KELANTAN dan juga di Malaysia tidak ada kerajaan rakyat. Kita bukannya republik. Di Malaysia kerajaan di tangan Raja/Sultan. Rakyat hanya membentuk GOVERNMENT. Perlu juga di sebut terjemahan GOVERNMENT telah di buat secara salah. GOVERNMENT bermakna PENTADBIRAN dari kata akar GOVERN.GOVERNMENT bukan dalam bahasa MELAYUNYA KERAJAAN. KERAJAAN bermakna MONARCHY dari kata akar RAJA/MONARCH.
Sejak bila Rakyat menjadi pemerintah(Kerajaan) di Kelantan? Sejak bila rakyat ada kuasa membuat HUDUD?
Dari asalnya sudah salah HUDUD KELANTAN. Maka adakah salah jika hudud Kelantan di bantah kerana IANYA DI BUAT OLEH RAKYAT MELALUI WAKIL RAKYAT DI DEWAN RAKYAT walhal HUDUD itu TUGAS PEMERINTAH. Lihat di Brunei. Adakah rakyatnya merangka HUDUD? Jawapannya TIDAK. Hudud di BRUNEI di buat oleh SULTAN BRUNEI SENDIRI melalui jawAtankuasa yang di lantik oleh bangiDa sepenuhnya sebagai pemerintah MUTLAK BRUNEI.
Dengan kata lain HUDUD KELANTAN adalah zalim kerana Rakyat KELANTAN secara sengaja melalui wakil rakyat telah mengambil alih kuasa Pemerintah Kelantan/SULTAN melalui sistem demokrasi peringkat PENTADBIRAN (GOVERNMENT) walhal mereka sedar bahawa mereka hanyalah rakyat. Wakil RAKYAT di Dewan RAKYAT tetap tarafnya rakyat bukannya pemerintah maka tidak layak merangka membuat dan mentadbir HUDUD.
.
Maka adakah salah jika di bantah sesuatu yang jelas salah? HUDUD KELANTAN bukan HUDUD ALLAH kerana ianya di buat di rangka dan di tadbir oleh RAKYAT.
Maka silalah hati-hati jika kita hendak membuat andaian atas akidah orang lain kerna isu HUDUD ini lebih kompleks lagi. Bukan setakat isu boleh liwat BINI atau tidak.
Ini belum lagi di sebut sistem Adversarial vs Inquisitorial lagi. Hudud hendaklah di buat secara Inquisitorial bukannya Adversarial macam yang kita amalkan sekarang.
Setujus sangat, jangan sebut saja "hudud" membabi buta kata itu dah cukup Islamik.
DeleteHudud yang dibentangkan Kerajaan Pas Kelantan bolehlah dianggap sekadar pengenalan kepada hudud sebenar dan tidak lebih kepada perbahasan bersifat akademik.
ReplyDeleteUntuk melaksanakan hudud yang digariskan Al-Quran, kita hendaklah benar-benar bebas dan merdeka dalam erti kata sebenar. Bebas dari segi ekonomi, bebas dari segi bersuara dan bebas memilih untuk melaku atau tidak melakukan suatu jenayah yang dikategori di bawah hudud.
Secara ekonominya, kita masih terikat dengan sistem kapitalis dan riba, malah gaji kakitangan kerajaan termasuk para hakim yang arif pun masih dibayar melalui duit hutang berasaskan riba, malah kerusi yang diduduki oleh para hakim juga dibiayai secara hutang ber-riba. Ini kerana secara totalnya negara kita masih terikat dengan riba.. Lihatlah hutang negara semakin membengkak. Bayaran riba@bunga sahaja tak lama lagi menjangkau bersamaan 60-70% jumlah gaji kakitangan awam. Apa kata jika sistem riba ini bertindak-balas terhadap ekonomi kita jika puak-puak pembiaya hutang riba ni menjatuhkan sistem kewangan kita. Akibat terdesak, kita terpaksa membatalkan hukuman ini walhal sudah beberapa individu dijatuhi dan menjalani hukumnya.
Amat baik kita mencontohi Brunei tapi negara ini tidak memerlukan duit hutang sedangkan kita terlalu bergantung kepada hutang berunsur riba dan ekonomi kita bagai telur dihujung tanduk. Bila-bila masa kita menjadi pariah. Kita mencari barokah dengan melaksanakan hudud di sebelah kanan, di sebelah kiri pula memakan duit berasaskan riba.
Perkara yang jadi keutamaan seharusnya membasmi kemiskinan. Dengan tiadanya orang miskin, fakir dan semua rakyat mendapat kesaksamaan dalam mencari rezeki mengikut kepandaian masing-masing, barulah rakyat ada pilihan nak melakukan jenayah atau tidak. Kalau masa tu dah buat juga jenayah, dah tentu dia buat dalam keadaan merdeka dan waras. Jika masih dhaif dan makan pun miss, sukar untuk kita membezakan antara jenayah yang dilakukan secara sukarela dan jenayah atas keterpaksaan akibat kedhaifan ekonomi. Dan kedhaifan ekonomi ni bebannya banyak terletak kepada pemerintah - pemerintah gagal menyediakan ruang dan peluang untuk rakyat mencari keperluan hidup. Dalam erti kata lain, pemerintahlah yang khianat akan amanahnya. Pemerintah yang gagal dan khianat akan amanahnya bukanlah pemerintah yang mempunyai hak untuk menghukum.
Benar seperti ditulis di atas, DUN juga bukanlah pihak yang ada kuasa memutuskan perlaksanaan hudud. Jika nak luluskan hudud perlu undi, apa kata kalau dah diluluskan sekarang dan berlaku pula perubahan demografi penduduk satu ketika nanti yang menyebabkan pengundi muslim berkurang, diundi pula untuk pembatalan..? Walhal hudud adalah hukum yang muktamad dan dari ALLAH. Maha Suci ALLAH dari sebarang sekutu...
alasan yang dangkal :(
ReplyDeletetakut-takut dalam usaha kita membahagi-bahagi hudud Allah dgn hudud Pas dgn niat nak mengatakan bahawa undang-undang jenayah syariah tidak boleh dilaksanakan selama-lamanya di Malaysia membuatkan kita kufur. Apa sahaja yang ditaip di dalam ruang komentar ini menunjukkan di mana kedudukan kita sebagai manusia yang mengaku beriman. Di dalam politik Malaysia yang mana kerangkanya demokrasi, jalan yang ada untuk melaksanakan tuntutan Islam dalam bernegara adalah melalui demokrasi. Tidak ada jalan lain yang lebih baik. Tujuan hudud dilaksanakan adalah untuk MENGURANGKAN KADAR JENAYAH di kelantan apabila dibentangkan pada tahun 1993 di DUN kelantan. tapi apa yang berlaku hari ini, ramai orang termasuk mereka yang mengaku beriman tumpang sekaki untuk melumpuhkan salah satu usaha untuk mengangkat Islam sebagai dustur(perlembagaan) di dalam negara sama ada secara mereka sedar ataupun tidak hanya kerana berasa kagum dengan pandangan2 tokoh liberal ataupun sekular dalam menyatakan pandangan terhadap Islam..wallahuallam.
DeleteRuu355 bukan hudud. Ia cuma nak menaikkan maruah mahkamah islam. Naikkan denda rm500 je rm100k kerana buat maksiat. Naikkan 6 rotan ke 100 rotan. Barulah ada kesan. Barulah maruah islam naik.
ReplyDelete