bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Mar 2015

GST Terhadap Pengeluaran Wang di MEPS - Kerajaan Perlu Lebih Bijak???

Baru2 ini selepas Kerajaan membuat penegasan bahawa pembelian petrol/diesel di pam-pam minyak dikecualikan daripada GST, viral pula isu yang kononnya pengeluaran wang gaji juga bakal dikenakan GST.

Samada ianya adalah propaganda yang sengaja dimainkan oleh Pakatan Rakyaat demi kepentingan/kelangsungan politik mereka ataupun hanya oleh segelintir rakyaat yang ambil peduli itu soal lain. Yang pasti sebagai kerajaan yang memerintah kerajaan BN perlulah menangani isu ini dengan sebaik mungkin. Perkara2 terlepas pandang sebegini perlu ditangani dan diperhalusi agar tidak timbul rasa ketidak-selesaan di kalangan rakyaat yang akhirnya boleh mengakibatkan ketidak-puashatian sehingga memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyaat dalam PRU 14 nanti.

Berikut adalah diantara komen2 yang bertebaran di dalam media baru dan melalui gadget2 elektronik yang boleh membawa implikasi besar.


Sentara itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad dikatakan berkata, GST yang akan dikenakan kepada transaksi ATM jika wang dikeluarkan melalui MEPS ialah enam peratus daripada kadar caj yang dikenakan MEPS, dan bukan berdasarkan jumlah pengeluaran wang.

"Perkhidmatan yang mengenakan fi atau yuran memang tertakluk kepada GST, contohnya seperti perkhidmatan MEPS.

"Tetapi, kalau pengeluaran wang di ATM bank sendiri tiada apa-apa caj GST," katanya kepada Sinar Harian.

Kadar caj semasa yang dikenakan MEPS kini adalah RM1 bagi setiap transaksi ATM antara bank-bank tempatan.

MEPS dalam laman webnya memaklumkan bermula 1 April 2015, pemegang kad bank tempatan akan dikenakan caj RM1.06, termasuk enam peratus GST bagi setiap transaksi.

Caj berbeza yang dikenakan kepada bank luar negara turut akan dikenakan GST.

Gambar yang dishare tu mungkin betul... Tapi ayat yang ditulis itu salah sama sekali...
Kalau tuan pakai kad maybank... Keluarkan duit kat atm maybank, takdenya dicaj 6%...
Kalau guna kad maybank cucuk kat cimb... Di situ terdapat caj MEPS RM1 bagi setiap pengeluaran... & di sini datangnya CAJ GST... 6% dari caj perkhidmatan pihak MEPS iaitu RM1+6%GST= RM1.06 bukannya 6%. Jika keluarkan duit RM1000. So kat statement akan keluar Rm1001.06.
Bukannya RM1000+6%=Rm1060.

.... 6% dari caj perkhidmatan pihak MEPS iaitu RM1+6%GST= RM1.06 bukannya 6% dari jumlah pengeluaran kita.....

Bagaimana pula charge RM 10.00 untuk servis kad ATM setahun? Juga dikenakan GST 6%??? Jadinya pemilik2 akaun bank akan dikenakan charge RM 10.60 berbanding RM 10.00 kadar semasa???

Persoalan penulis, di antara sebab mengapa Kerajaan berubah daripada SST kepada GST adalah untuk mengelakkan ketirisan dalam permbayaran cukai perniagaan oleh para syarikat dan peniaga juga untuk mempastikan pengamal "black ekonomi" juga tidak dapat lepas daripada membayar cukai. Malah selain daripada GST bakal memberikan hasil kutipan yang lebih tinggi berbanding SST, selogan yang biasa kita dengar SST yang mengenakan charge 15% berbanding GST 6% bakal menjadikan ianya lebih baik buat rakyaat bawahan secara keseluruhan. Satu lagi persoalan mengapa semasa 
penggunaan SST (15%) servis2 ini tidak dikenakan cukai sebaliknya ketika penggunaan GST (6%) pengguna2 perlu membayar??? Alternatif lain, pihak kerajaan boleh mengarahkan pihak bank untuk menyerap kos GST di dalam charge RM 1.00 yang mereka ambil.

Perlu diingat walaupun charge MEPS ini mungkin boleh dielakkan sekiranya penyimpan2 hanya mengeluarkan wang mereka di bank2 di mana mereka mempunyai akaun, jestru pulangan/kutipan cukai kepada kerajaan juga sebenarnya rendah, mengapa kerajaan mengambil resiko untuk memburukkan imej sendiri yang bakal dijadikan modal buat Pakatan Rakyaat memanaskan sentimen menaikkan kemarahan rakyaat??? Jika GST pembelian petrol/diesel di pam boleh dikecualikan mengapa tidak GST di MEPS???

Pakatan Rakyaat akan mempropagandakan bahawa kerajaan BN sebagai penghisap darah rakyaat. Apa tidaknya kerana kebanyakkan pengguna2 ATM adalah golongan menengah dan bawahan yang mengeluarkan gaji bulanan mereka sementara orang2 kaya pula mempunyai alternatif lain seperti menggunakan pengeluran secara tunai, TT, cek dan kad kredit.

Jestru penulis ingin mencadangkan agar dapat kiranya pihak kerajaan mempertimbangkan untuk memansuhkan GST pengeluaran wang di MEPS dan juga terhadap charge RM 10.00 setahun kepada pemilik2 akaun yang menggunakan khidmat ATM.

Malah seiring dengan kemajuan teknologi hijau/pembangunan lestari/sustainable development, ada baiknya jika GST juga tidak dikenakan terhadap penggunaan perkhidmatan pembayaran melalui sistem dalam talian/online banking kerana ianya menyumbang kepada pengurangan pencemaran kerana pembakaran minyak kereta/motorsikal dapat dikurangkan.



posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Pakat ramai2 draw semua duit dalam bank, simpan kat Tabung Haji. Mari boikot bank2 komersil!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3