bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Mar 2011

Bahana Tenaga Nuklear!!!


SEORANG bayi diperiksa tahap pendedahannya terhadap radiasi di Nihonmatsu, Fukushima hari ini berikutan tragedi letupan loji nuklear no 3 di Daiichi Fukushima, semalam. - Foto AP/Kyodo. Mar 15, 2011 4:31 pm.








KEADAAN loji nuklear No 1 dan No 3 Daiichi Fukushima yang masih terbakar dan mengeluarkan asap selepas meletup semalam. - Foto DIGITAL GLOBE/REUTERS. Mar 15, 2011 12:32 pm. 



 

Radiasi loji Jepun terlepas ke atmosfera: IAEA2011/03/15

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RadiasilojiJepunterlepaskeatmosfera_IAEA/Article

VIENNA: Jepun sudah memberitahu badan pemantauan nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa bahan radioaktif terlepas "secara terus" ke atmosfera daripada tapak reaktor nuklear yang terjejas akibat gempa bumi dan ia sudah memandam kebakaran di kolam penyimpanan sisa bahan api di situ.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), merujuk maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Jepun pada 0350 GMT, menyatakan kadar dos sehingga 400 milisievert sejam dilaporkan di loji tenaga nuklear Fukushima.

Ia tidak menyatakan butiran atau perbandingan tahap radiasi tetapi menurut Persatuan Nuklear Sedunia, pendedahan terhadap dos melebihi 100 milisievert setahun adalah tahap yang boleh menyebabkan barah.

“Pihak berkuasa Jepun menyatakan terdapat kemungkinan bahawa kebakaran itu disebabkan letupan hidrogen," menurut IAEA dalam satu kenyataan hari ini. - Reuters


Komen Isac;

Risiko yang perlu dibayar dengan harga yang mahal!!! Walaupun tenaga yang dihasilkannya amat murah, tetapi silap langkah akan mengudang padah!!!

Kerajaan pusat wajar mengkaji semula cadangan TNB untuk menggunakan tenaga nuklear di masa hadapan... "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".

1 comment:

  1. Cuma nak share...teknologi nuklear jepun telah dibina dengan 3 tahap langkah keselamatan. Tapi siapalah yg boleh mengatasi kuasa Allah yg menurunkan bencana gempa dan tsunami dalam masa yg sama dan merosakkan semua sistem penyejukkan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3