bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Mar 2011

Liwat II - Zaid Ibrahim Setaraf Perkasa???

Isu DNA: PKR kata Zaid rendahkan maruah diri, ‘sudah terlupa’
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
March 16, 2011

Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim telah merendahkan maruahnya seakan Perkasa dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) apabila meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA secara sukarela dalam liwat yang dihadapinya sekarang.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Anwar enggan menyerahkan sampel DNA kerana tidak yakin terhadap ketelusan sistem sedia ada.

“Malang sekali apabila Zaid Ibrahim terpaksa menjatuhkan maruahnya ke tahap serendah Perkasa dan GAPS dalam meneruskan dendamnya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Anwar bukan hanya enggan menyerahkan DNA beliau kerana beliau secara perundangan tidak perlu melakukannya bahkan juga kerana pasukan pembelaan beliau tidak meyakini ketelusan sistem sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Nik Nazmi, pertuduhan liwat terhadap Anwar adalah satu konspirasi yang “dicipta” untuk membunuh karier politik Ketua Umum PKR itu.

“Pendirian Anwar dan Pakatan Rakyat terhadap kes ini adalah jelas, pertuduhan yang dikemukakan adalah konspirasi yang bertujuan untuk membunuh karier politik beliau.

“Dalam tempoh singkat Zaid bersama PKR, beliau giat menegakkan pendirian yang sama, namun pada hari ini beliau nampaknya sudah terlupa,” katanya.

 
 
Komen Isac;
 
Nik Nazmi menggunakan alasan lapuk  lebih 10 tahun lalu.... Jika tidak bersalah, mengapa tidak mahu berikan sampel DNA untuk dibandingkan dengan DNA "Lelaki Y"???
 
Beliau menemplak Zaid Ibrahim gara-gara Zaid meminta DSAI memberikan sampel DNAnya untuk dibuat perbandingan.
 
Bahkan jika mereka meragui khidmat jabatan forensik, mereka boleh menghantar pakar DNA yang mereka "upah" untuk menjadi saksi semasa proses perbandingan tersebut dijalankan....
 
Bukankan itu sahaja cara terbaik untuk membuktikan jika DSAI benar-benar tidak bersalah??? Terutamanya selepas DSAI sendiri enggan untuk menyahut cabaran Saiful (saksi pertuduhan) untuk bersumpah muhaballah....
 

6 comments:

  1. Apa salahnya, Zaid pon ada pandangan peribadi sendiri, lebih-lebih lagi zaid adalah PEGUAM. Nazmi, jawab la tentang topik sebenar "Kenapa anwar takmo kasi DNA" bukannya poosing sana, poosing sini....

    ReplyDelete
  2. DAIII MANAYK PUSING DAAA LU OLANG...ITU ROUND ABOUT DI PERMATANG PAUH PUN BANYAK JUGA ADAAA..LU OLANG SUKA MANYAK MAIN PUSIIINNGGGG DAAAA. LU ALA CAKAP ITU MAHKAMAH TARAK ADIL KAH? DAIIII BETUI KAH LU ALA CAKAP? KALAU LU SULAH MENANG ITULAH KEADILAN KATA LU OLANG..PORRAAAAAHHHH......P LA LULUK ITU NEGARA BURMA SANA..LU TENGOK LA ALA ADIL KA TALAK ADIL??/

    ReplyDelete
  3. Sudah la jgan di layan si luncai ni..

    biarkan di terjun bersama labu-labunya..lagi banyak dia bercakap lag iterdedah keburukan dan kebobrokan pemimpin parti jubur yang disanjungya tu..

    Bukan apa..dia just nak dapatkan attraction jer daripada ketua umum parti jubur yang dia anuti tu jer.. mana tau leh jadi kaya mcm Ass-Mint Ali...

    Org mcm ni bro kita buat x tau jer la..ada x da dia ni pun bukan ada kesan kepada negara..

    ReplyDelete
  4. biaukan je lahabau tu !!!

    ReplyDelete
  5. masa mahkamah di pihak dia, bukan main disanjung dijunjung..

    tapi bila sebaliknya, mula la kata konspirasi..

    puak2 mereka tak nampak lagi ke mainan politik anwar ni??

    tgk pakai mata hati la, kalau mata fizikal tu dah buta sgt..

    ReplyDelete
  6. Aku cadang suruh mamat ni cuba try pak sheikh punya baru tau ..kow atau tidak.ada berani.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3