bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Mar 2011

Mendung Hitam Telah Berlalu - Masa Buat Umno/BN Untuk Bekerja Lebih Kuat!!!

Ibrahim: 'Mendung sudah berlalu bagi BN...'
Hazlan Zakaria
Mac 7, 11
2:53pm

Bukan sahaja BN kini dalam kedudukan yang lebih kuat, tetapi ia juga mampu menyerang balas dan merampas semula kerusi yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat sewaktu tsunami politik Mac 2008.

Ini adalah penilaian ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengenai keadaan politik semasa, dan ia diperkuatkan lagi dengan kemenangan berganda BN dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau and Kerdau semalam.

NONEMendung telah berlalu, begitulah katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, dengan merujuk kepada rangkaian kemenangan BN dalam pilihan raya kecil sehingga kini.

Beliau percaya, satu sebabnya ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah kehilangan penampilannya di kalangan pengundi.

"Ia bukan lagi persoalan sama ada Anwar akan (menawan) Putrajaya atau tidak. Persoalannya ialah sama ada BN akan memperolehi semula majoriti dua pertiganya dan kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan, malahan mungkin merampas semula negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang" katanya.

Ibrahim berkata keadaan semakin bagus bagi BN, terutama jika ia boleh mengelak isu-isu yang boleh membakar hati rakyat seperti saman ekor dan kenaikan harga barangan keperluan “walaupun ia satu fenomena global”.

“Saya percaya jika BN boleh menangani isu-isu ini dengan baik, ia boleh mendapatkan semula sokongan," katanya, sambil berkata, ia adalah penilaiannya dari kaca mata ahli parlimen Bebas.

Ibrahim antara antara mereka yang dibawa oleh BN untuk berkempen bagi gabungan itu semasa pilihan raya kecil Merlimau and Kerdau, yang menyaksikan kekalahan dua calon PAS yang bertanding di kedua-dua DUN tersebut.


Komen Isac;

Maksudnya Umno/BN perlu bekerja lebih kuat untuk mempertahankan dan memperbaiki kelebihan ini!!!

Dahulu Umno/BN ditolak rakyaat bukan kerana mereka lebih sukakan Pakatan, tetapi kerana mereka lihat... Umno/BN seolah-olah telah mengenepikan mereka.

Tetapi kini apabila mereka telah "kenal" isihati Pakatan yang sebenar ditambah pula Umno/BN  dilihat telah kembali menjadi parti yang memperjuangkan kebajikan dan nasib rakyaat dan negara maka tanpa teragak-agak majoriti rakyaat terutamanya orang-orang Melayu telah kembali menyokong Umno/BN.

1 comment:

  1. walaupun dah menang..sikap dan cakap..jgn over sgt
    rakyat dah bijak menilai....kerja mau kuat...
    contohi YB Kamallanthan KKB...!
    itu sebab kaum India..dah mula balik dgn MIC...jujur dlm kerja

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3