bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Mar 2011

PRK Merlimau & Kerdau Berjalan Lancar!!!

 
CALON Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Roslan Ahmad, 44, membuang undi di SK Merlimau (I), Merlimau, pagi tadi. - Foto Izhari Ariffin. Mar 6, 2011 10:44 am


CALON Barisan Nasional (BN) DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, membuang undi di SK Kuala Tekal, pagi tadi. - Foto Mohd Fadli Hamzah. Mar 6, 2011 9:54 am.



JASIN: Proses pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang berjalan lancar, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


Selepas hanya dua jam pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi tadi, sebanyak 30 peratus daripada pemilih berdaftar di DUN Merlimau dan 36 peratus di DUN Kerdau sudah keluar mengundi.
  
"Saya berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi itu," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Chin Chin, di sini.

Abdul Aziz berharap momentum peratusan pengundi di kedua-kedua DUN itu akan berterusan sehingga mencapai sasaran 80 peratus apabila tempoh mengundi tamat jam 5 petang ini



No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3