Katanya selepas beberapa siri perbincangan rasmi dan tidak rasmi di kalangan ahli Pakatan Rakyat, PAS akhirnya bersetuju menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, lapor The Malaysian Insider.
Pengarang analisis dan rencana portal itu, Zulkifli Sulong, bagaimanapun, melaporkan tiada persetujuan dicapai antara PAS, DAP dan PKR sama ada presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau timbalannya Azmin Ali yang akan menjadi menteri besar baharu.
Zulkifli yang juga bekas Ketua Pengarang Harakah turut mengesahkan PAS tidak akan mencalonkan individu dari partinya sebagai MB walaupun parti Islam itu dan DAP masing-masing memegang 15 kerusi dewan undangan negeri di Selangor berbanding 14 dipegang PKR.
“Kita pada dasarnya bersetuju dua perkara iaitu menukar Khalid dan penggantinya bukan PAS tetapi kita masih belum sepakat siapa pengganti itu,” kata pemimpin kanan PAS berkenaan kepada The Malaysian Insider.
Akibat tekanan kalangan Pakatan Rakyat, PKR dilaporkan bersetuju menukar Khalid selepas Aidilfitri dan sumber parti mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih isterinya untuk jawatan itu.
Foto: YB Ir. Mohd Haslin Hassan dalam bulatan hijau.
Foto: YB Ir. Mohd Haslin Hassan ketika melawat jeti Tanjung Sepat sebelum jeti tersebut
runtuh dan menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan sekitar Jun 2013 yang lalu.
Sumber klik sini.
Komen Isac:
Sejarah pernah mencatatkan ayahanda kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, iaitu Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah menolak calon2 MB yang dicadangkan oleh Umno kerana Al Marhum mahukan seorang calon MB yang bukan sahaja bersih....tetapi mestilah kelihatan bersih....
Bahkan perlantikkan sebegitu bukannya asing buat negeri Selangor kerana menurut cakap2 orang politik DS Khir Toyo juga berpeluang menjadi MB atas sebab yang sama.
Adakah sejarah akan berulang sekali lagi???
Adakah Tuanku Sultan Selangor rela ber MB kan Wan Azizah yang dikatakan calon "boneka" ataupun Azmin yang hubungannya dengan Anwar diragui???
Jika ya ....Walaupun mungkin Pas tidak menamakan calonnya sebagai MB.... Apakah mustahil buat Tuanku Sultan Selangor memilih calon MB pilihannya sendiri???
Calon berpendidikan tinggi seperti YB Ir. Mohd Haslin Hassan, calon muda yang pastinya enegertik, pragmatik, dinamik dan kelihatan bersih pastinya bukan sesuatu yang mustahil bukan???
Jika benar....Penulis juga akan tumpang gembira kerana bekas junior dan kawan lama yang tidak pernah berjumpa sejak tamat pengajian di kolej dilantik menjadi MB Selangor....
Macam mana kalau Sultan selangor tak setuju dan masih mau khalid ibrahim?
ReplyDelete