KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim berlari selepas menjaringkan gol kedua pasukan negara ketika menentang Taiwan dalam perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Perbandaran Taipeh malam ini. Malaysia mara ke peringkat kedua dengan peraturan gol di tempat lawan walaupun tewas 2-3 apabila agregat terikat 4-4. - Foto Roslin Mat Tahir. Jul 3, 2011 9:13 pm (Berita Harian)
TAIPEH: Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia walaupun tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua di Stadium Perbandaran Taipeh di sini sebentar tadi.
Pasukan Harimau Malaya mendahului pada minit ke 7 melalui sepakan percuma Aidil Zakuan yang di ambil hampir dengan garisan tengah, tetapi akibat kedaan kelam-kabut di hadapan pintu gol Malaysia lewat separuh masa pertama, Taiwan berhasil menyamakan kedudukan.
Di separuh masa kedua Harimau Malaya sekali lagi mendahuli dan giliran Shafiq Rahim pula menjaringkan gol juga menerusi juga memalui sepakan percuma. Apapun selepas di asak hebat oleh pemain-pemain Taiwan, akhirnya Taiwan dianugerahkan 3 sepakan penalti di mana satu darinya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Sharbinee Alwi.
Walaupun kelihatan tidak semua sepakan-sepakan penalti yang diberikan adalah disebabkan oleh kesilapan pemain-pemain kita, kita sepatutnya lebih berwaspada dan mempertingkatkan lagi latihan dan tumpuan menjelang perlawanan peringkat ke 2 dengan Singapura bermula 23 Julai ini.
Mungkin ini adalah suatu rahmat supaya kita dapat mengenali kesilapan pasukan kita, lebih bersedia dan memafaatkan setiap peluang untuk menjaringkan gol di dalam perlawanan-perlawanan yang akan datang.
Apapun Syabas skuad Harimau Malaya!!! Teruskan perjuangan!!!
tahniah Malaysia! lagi info tentang bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak
ReplyDeletetahniah Malaysia! lagi info tentang bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak
ReplyDelete