bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 Jul 2011

Gempar Parlimen Malaysia Bubar??? - Lagi Dakyah Pakatan Rakyaat!!!


Bernama nafi hantar SMS mengenai pembubaran Parlimen
2011/07/09

KUALA LUMPUR: Bernama hari ini menafikan penghantaran teks pesanan kononnya mengenai pembubaran Parlimen pada Isnin ini.

Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong berkata: "Kami kesal kerana beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan keluar dengan menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk memanipulasi minda rakyat dengan matlamat mewujudkan keadaan huru-hara dan kekeliruan sambil merancang niat tersembunyi mereka." "Teknologi mempunyai dua maksud dan adalah lebih baik untuk menggunakannya dengan bijaksana. Ini bukanlah kali pertama pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas saluran penyebaran yang meluas dan nama baik Bernama," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
 
"Kami menggesa mereka yang telahpun menerima SMS kononnya mengaitkan Perdana Menteri dengan dakwaan pembubaran Parlimen pada Isnin ini supaya mengabaikannya sama sekali," katanya.

Yong berkata, Bernama akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebar SMS palsu dan melampau itu. - BERNAMA
 
Komen Isac:
 
Lagi bukti Pakatan Rakyaat sememangnya terdesak.... Mereka tahu jika diadakan PRU sekarang, mereka pasti akan kalah!!! Jestru cara terbaik adalah membuat huru-hara dan propaganda agar rakyaat bangkit menentang kerajaan.
 
Melalui demonstrasi jalanan, untuk "merampas kuasa" demokrasi!!! Merampas hak sebenar rakyaat yang kononnya mereka perjuangkan!!! S
 
ekiranya termakan hasutan ini yang ruginya adalah rakyaat sendiri...
 

3 comments:

  1. Dah tiba masanya kerajaan bertegas..tangkap je berok2 yang dah tidak menghormati Rukun Negara tu.
    Ada pun menyusahkan orang.....

    ReplyDelete
  2. fitnah kau lebih busuk dari tahi kau sendiri. makan lah tahi kau dulu sebelum fitnah PR

    ReplyDelete
  3. walaupun hujan di kl sekarang, knp anwar tidak dipanah petir? sepatutnya pemusnah ketenteraman awam mcm anwar anak beranak serta kengkawan celaka dia harus dipanah petir. itu hukuman ikut selera nafsu nafsi amarah aku pd puak2 jahanam ni. tp semuanya atas kehendak Allah adanya. balasan dari Allah tidak sama spt keinginan hambanya. percayalah, apa yg berlaku hari ini ada hikmahnya tersendiri. mungkin selepas ini umat melayu Islam akan faham bahawa selama ini kita hanya dilaga2kan oleh kafir harbi agar berpecah belah. selepas ini sama2lah kita kembali rapatkan syaf kita. biar berbeza pendapat tetapi sama kiblat..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3