Penulis berasa terkejut dan terperanjat... Tetapi itulah di antara sembang-sembang yang penulis curi dengar daripada perbualan beberapa anak-anak muda Melayu.
Akibat hasutan pembangkang yang telah meracuni fikiran mereka, tanpa usul-periksa mereka menuduh pendaftaran/pemutihan pekerja-pekerja asing yang sedang berlangsung sekarang bakal digunakan oleh BN untuk mempertahankan tampuk kuasa. Bakal digunakan sebagai pengundi-pengundi hantu!!!
Percayalah jika kerajaan tidak berusaha untuk membuktikan bahawa perkara ini hanyalah suatu fitnah, semakin ramai rakyaat akan "diracuni" fikiran mereka dan implikasinya amat buruk bukan sahaja untuk BN tetapi juga buat rakyaat dan negara!!!
Jestru penulis berharap kerajaan BN wajar mempunyai unit "propagandanya" yang cekap demi untuk menangkis propaganda yang dilakukan oleh pihak pembangkang.
Percayalah pembohongan mereka adalah ibarat api yang kecil, tetapi sekiranya tidak ditangani dangan baik dan dibiarkan, ia bakal mengundang malapetaka!!! Kerajaan perlu menangani sesuatu isu dengan baik kerana jika tidak ianya pasti akan disalah-tafsir dan dimanipulasi oleh pembangkang.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.