bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

26 Jul 2011

Bila Peguam-peguam Pakatan Mahu Membela Pembunuh Kejam Norway???

Suspek serangan Norway direman lapan minggu
2011/07/26 (BH)



SEORANG wanita meletakkan jambangan bunga di depan gereja besar Oslo bagi memperingati mangsa yang terbunuh dalam kejadian pengeboman dan tembakan di gereja itu, Jumaat lalu. Kira-kira 100,000 orang berarak ke lokasi kejadian sambil membawa kuntuman bunga ros bagi menunjukkan sokongan terhadap mangsa kejadian yang meragut 76 nyawa itu. - Foto REUTERS. Jul 26, 2011 8:30 am



OSLO: Mahkamah Oslo hari ini memerintahkan Anders Behring Breivik direman lapan minggu selepas mengakui menyebabkan kematian 76 orang dalam serangan bom dan senjata, Jumaat lalu.

Pada masa sama, ribuan rakyat Norway membawa jambangan bunga dengan membanjiri tengah ibu negara Oslo bagi menyatakan perpaduan ketika negara bersedih dengan kejadian pembunuhan beramai-ramai itu. Malah, ayah Behring Breivik turut melahirkan perasaan sedih dengan menyatakan bahawa anaknya itu sepatutnya menamatkan riwayatnya sebaik kejadian itu.

Berita penuh klik sini.


PENYERANG yang membunuh 93 orang di Oslo, Anders Behring Breivik (baju merah) meninggalkan bangunan mahkamah dengan kenderaan polis selepas dihadapkan bagi lanjutan tempoh penahanannya. Breivik akan ditahan selama empat minggu dan dilarang daripada sebarang jenis komunikasi dengan orang luar ketika polis menjalankan penyiasatan terhadap perbuatannya. - Foto AFP. Jul 26, 2011 10:24 am



Komen Isac;



Kalau di Malaysia semua penjenayah mereka pertahankan dan bela!!! Mana tidaknya mungkin penjenayah adalah majikan nombor satu mereka??? Untuk menonjolkan diri sebagai jaguh!!! Kononnya pembela rakyaat!!!

Begitulah layanan orang lain kepada orang Islam dan mereka yang menerima mereka...

Sejarah telah membuktikan bahawa orang bukan Islam akan dilayan dengan adil sekiranya mereka ditadbir oleh pemerintah Islam tetapi sebaliknya umat Islam akan tidak henti-henti ditindas dan "dibunuh" jika mereka berada dibawah permerintahan kufar.

Tetapi di Malaysia, di negara yang kita rela kongsikan bersama kaum-kaum lain... Kini terdapat segelintir orang Melayu Islam sendiri yang berusaha bermati-matian untuk memberikan tampuk kuasa kepada bukan Melayu dan Bukan Islam.

Anda fikirlah sendiri!!!

Dalam PRU 13 nanti, walaupun Umno masih memenangi majoriti kerusi parlimen, tanpa kerusi MCA, MIC dan parti-parti komponen yang lain, Pakatan akan memenangi majoriti mudah dan akan membentuk kerajaan!!!

Ironinya wakil parlimen Melayu/Bumiputera/Islam dalam Pas dan PKR tidak akan dapat menandingi jumlah kerusi yang diperolehi oleh DAP dan Ahli Parlimen bukan  Melayu/Bumiputera. Hasilnya, negara yang penduduk majoriti adalah kaum Melayu/Bumiputera/Islam akan diperintah oleh kaum minoriti!!! 

Pastinya nasib kaum majoriti bakal ibarat, "hanya melukut di tepi gantang".


2 comments:

  1. Isaac,
    Kes-kes bunuh ni tak main laaaa.

    Kalau kes MAIN bukan main-main bela tu. Sampai teruk kredibiliti hakim dicabar. hehehe

    Aku Yang Bingai
    Tindakan DAP Adalah Wajar di TendangTerajang

    ReplyDelete
  2. kat malaysia reman paling maksimum ialah 14 hari, itu pun ada menteri nak mansuhkannya, alasannya terlalu lama dan bercanggah dengan hak asasi manusia, tiba-tiba rumah dia kecah pecah, dia terus diam, manakala di Norway pulak remannya 8 minggu human right tak kacau pun, tak kata mencabul hak asasi kemanusiaan.....pasai apa di malaysia apa yang kita buat semuanya salah....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3