bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Jul 2011

Untuk Lebih Berjaya, Skuad Harimau Malaya Perlu Belajar Daripada Korea Selatan!!!



(GAMBAR atas) pemain negara kecewa selepas gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 Zon Asia. (Gambar bawah) Pemain Singapura meraikan kejayaan mereka melayakkan diri apabila wisel penamat di tiup di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - FOTO Osman Adnan. Jul 28, 2011 11:39 pm



KETUA pasukan dan penyerang negara, Mohd Safee Sali dikawal ketat pemain pertahanan Singapura, Mustafic Fahrudin dalam perlawanan pusingan dan peringkat kedua kelayakan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - FOTO Mohd Yusni Ariffin. Jul 28, 2011 9:47 pm



PULUHAN ribu penyokong Harimau Malaya memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura malam ini. - Foto Yazit Razali
Jul 28, 2011 9:10 pm



Wajah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menceritakan kesudahan perjuangan Harimau Malaya apabila seri 1-1 (agregat 4-6) dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional
Bukit Jalil, malam tadi.



Penyerang kembar kepada Safee Sali, pemain Harimau Malaya yang diketepikan kerana kecederaan Norshahrul Idlan Talha ditenangkan oleh isterinya ketika menonton perlawanan semalam dari bangku penonton.


Komen Isac;

Tahniah buat Singapura kerana berjaya melangkah kepusingan ketiga, walaupun kemenangan tersebut mereka perolehi hasil menggunakan 5 tonggak "import" dan "tipu-muslihat" iaitu melambat-lambatkan permainan... Apapun itu adalah strategi mereka, lagipun itulah kehidupan sebenar di luar sana, kita sendiri perlu bijak kerana "musuh" akan berbuat apa sahaja untuk "mengalahkan" kita. Jestru jangan alpa dan gunakanlah juga segala kelebihan yang kita ada, "tipu-muslihat", perancangan serta strategi yang ampuh untuk berjaya!!!

Buat Harimau Malaya, anda belum "cukup baik"!!! Itu adalah hakikat!!!

Datuk Raja Gopal juga wajar dipersalahkan, bukan bermaksud untuk digugurkan tetapi sebagai teguran.

Siri kelayakkan Piala Dunia bukannya seperti perlawanan Piala Suzuki AFF maupun kejohanan-kejohanan lain di mana perlawanan-perlawanan diatur secara liga. Sesuatu pasukan boleh melakukan kesilapan kerana peningkatan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya berupaya menutup kesilapan terdahulu.

Tetapi kelayakkan Piala Dunia memerlukan pemain-pemain supaya sentiasa bersedia!!! Jika pembaca masih ingat, pada kelayakkan Piala Dunia 1990 di mana skuad kita telah mengalahkan Korea Selatan di Kuala Lumpur hasil jaringan  Dollah Salleh melalui tandukkan, dalam perlawanan timbal-balik di Seol, Korea Selatan keseluruhan skuad yang kalah di Kuala Lumpur telah mereka gugurkan dan diganti dengan pemain-pemain lain. Hasilnya mereka menang dengan jaringan yang besar dan kita telah kempunan ke pusingan seterusnya.

Apabila jurulatih Ong Kim Swee "menunjukkan" kepada kita bahawa  9 pemain senior yang "diketepikan"  dari skuad Nasional, telah bermain dengan baik untuk Pilihan Malaysia ketika menentang Chelsea tempohari, sewajarnya ia dijadikan berita baik buat skuad negara. Ini kerana mereka dilihat mampu mengisi kekosongan skuad Nasional sekiranya diperlukan. Walau bagaimanapun setelah melihat pertahanan pasukan utama negara "gagal" berfungsi dengan baik ketika menentang Arsenal, Liverpool mahupun perlawanan pertama menentang Singapura di Jalan Besar, kita masih tidak mahu belajar daripada kesilapan lalu.

Perlu diingat Muhammad Muslim, Fadli Sas dan Mahali Jasuli sebenarnya mungkin telah "burn out" kerana mereka telah tidak henti-henti bermain dalam Liga Malaysia, bersama skuad Olimpik mahupun pasukan utama Harimau Malaya. Jestru apabila tanda-tanda sebegini telah dilihat sewajarnya bekas pemain-pemain senior yang menunjukkan kesungguhan dan berada pada tahap prestasi baik seperti Nurhafiz Zamani Misbah, Subramaniam, Amri Yahya dan lain-lain bekas pemain senior lain, yang wajar diberikan peluang. Pemain yang tidak cergas sepenuhnya seperti Aidil (Zafuan Abdul Radzak) walaupun merupakan pemain paling berpengalaman skuad negara ketika ini, wajar direhatkan kerana sebarang kecederaan lain bakal menambah-burukkan kecederaan sediada beliau ia juga boleh merencatkan prestasi skuad negara.

Belajarlah dari kesilapan lalu, untuk lebih berjaya kita tidak boleh terlalu sentimental, sememangnya kita berterimakasih kepada jujulatih dan skuad yang telah membawa pulang Piala Suzuki AFF dan skuad yang memenangi pingat emas sukan Sea sebelum ini. Walaubagaimanapun perjuangan skuad Harimau Malaya bukan hanya terletak kepada skuad sediada, kini kita ada banyak pilihan pemain jestru gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya. "Jangan dah terantuk baru nak tergadah".

Harapan penulis, jangan diulangi kesilapan yang sama, dalam skuad Olimpik Harimau Malaya!!! Harimau Malaya perlu bangkit!!!




8 comments:

  1. SAYA SUKA KOMEN ANDA YANG PROFESIONAL.INILAH NAMANYA BLOGGERS BERWIBAWA.TIDAK SEPERTI SESETENGAH BLOGGERS YANG ASYIK MENYALAHKAN PIHAK LAWAN SEDANGKAN PASUKAN HARIMAU MALAYSIA MEMPUNYAI BANYAK KEKURANGAN YANG PERLU DIBAIKI.SYABAS..

    ReplyDelete
  2. saya rasa team ini macam tak lengkap..there are no chinese yg. terkenal berhati kental.. akan memantapkan lagi pasukan Malaysia jika digabungkan dgn India yg. berlari pantas..dan melayu yg berjiwa penjaring..ada komoponen2 ini diatas padang..perasaan perpaduan kaum dan usaha2 bersepadu lebih jelas dan mendalam terasa dalam sanubari keseluruhan rakyat Malaysia...

    ReplyDelete
  3. SETUJU 110% KOMEN DIATAS...TAHNIAH COACH SPORE KERANA PANDAI ATUR..BACA,,DISIPLIN TINGGI & STRATEGI BERJAYA UNTUK MENANG...TAKZIAH COACH MSIA KERANA GAGAL MEMBINA TEAM YANG MANTAP...PATOT RAJAGOPAL DENGAR NASIB MEMBINA RAKAN2 COACH LAIN UNTUK MEMBAIKI PERTAHANAN & MIDFIELD TAPI RAJAGOPAL ADA BATU DALAM KEPLA..TAK NAK DENGAR..SO..TERIMA LAH HABUAN NYA YANG MSIA MASIH MENANG SORAK AJA...BYE -BYE BRAZIL WORLD CUP...MSIA MISS YOU...UNTUK RAJAGOPAL PLS STEP DOWN... WINE RONNIE

    ReplyDelete
  4. kalah takpe dah adat ada menang kalah TAPI yg menakutkan jgn pula ada pemain terutamanya defend yg MENJUAL game. itu kita tak akan maafkan.

    ReplyDelete
  5. FAM patut buat ujian dadah/air kencing pada pemain singapura.

    Ada yang tak kena!!

    ReplyDelete
  6. Dah tahu pertahanan dan midfield lemah masih nak action.Kepala batu.100% rakyat malaysia tahu lemah kenapa masih tak mahu ubah pendirian?Mentaliti masih seperti katak di bawah tempurong.Hampas masih nak berdemo? begitu lah 2x5 5x2.

    ReplyDelete
  7. Raja Gopal paling bengap....mana Badrrol n Ashaari yg jauh lebih baguih dari Gurusamy, Fakri, Ismail Faruqi...boleh blah Raja Gopal, defend tak langsung belajq dari kesilapan, masih bengap lagi ka Rajagopal....Kunalan paling hancur semalam...masih bengap lagi Rajagopal...ni bukan game persahabatan, ni penentuan next step, Piala Dunia...Piala Dunia Rajagopal...banyak pemain defend senior dari Pasukan Kelantan, Perak, Selangor yg lagi best, naper tak ambik....step down Rajagopal...anda perlu bertanggung jawab sebab KETEGAG...

    ReplyDelete
  8. RAJAGOPAL MEMANG BERSALAH KERANA X NAK DGR PENDAPAT ORG LAIN...90 RIBU PEMINAT HAMPA KERANA KEDEGILAN RAJAGOPAL..SETIAP PENYERANG ADA PASANGAN MIDFIELD NYER KENAPA X AMIK AMRI YAHYA(SAFEE SALI),MAMAT MIDFIED TERENGGANU UNTUK HADI YAHAYA BARULAH DIORG BLEH MAIN....DEFEND PUN GUNA PLAYER YG SAMA PADAHAL DAH TAHU X BOLEH PAKAI..KALAU DIA AMIK SUBRAMANIAM DGN ZAMANI PEMINAT PUN PUAS HATI LAH JUGAK...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3