bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Jul 2011

Wajah Bakal Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand???



BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, mengaku partinya kalah pilihan raya umum kepada pihak pembangkang yang diketuai adik perempuan bekas pemimpin yang digulingkan, Thaksin Shinawatra.

Keputusan itu akan menjurus Yingluck Shinawatra untuk menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand. Pilihan raya umum itu dilangsungkan lima tahun selepas Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa oleh pihak tentera. Beliau hidup dalam buangan selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah. Yingluck, bagaimanapun, enggan mengisytihar kemenangan sehingga keputusan rasmi diumumkan.


Dengan lebih 80 peratus undi dikira, keputusan menunjukkan Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck akan memenangi 251 daripada 500 kerusi Parlimen, cukup untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. Sumber klik sini.


Komen Isac;

Nampak gayanya... Apabila Yingluck dan parti pro Taksin bakal kembali berkuasa, adakah kemungkinan Taksin juga akan diampunkan???

Apapun ini negara Thailand dan rakyaatnya berhak untuk mewarnakan landskap politik dan undang2 mereka mengikut selera mereka. Bekas Perdana Menteri Abhisit dahulupun menerajui negara tersebut melalui gabungan parti-parti yang "gagal" dalam pilihanraya umum Thai.

Yang jelas parti pro Taksin sememangnya mendapat sokongan majoriti rakyaat Thai dan sebelum ini mereka telah dinafikan hak oleh rampasan kuasa pihak tentera dan juga gabungan parti-parti yang sebenarnya telah "kalah"....

1 comment:

  1. takhsin ni jenis pandai cakap kot.ye lah habis kepentingan negara dijual kat singapork pon rakyat masih syg kat dia..apa pun biarlah thai dgn labu2 nya. seronok juga biar lah pendatang2 ni bergaduh sama sendiri.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3