bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Jul 2011

Nik Aziz Perlu Berguru Lagi Atau Sememangnya Beliau Menolak 20 Sifat Wajib Allah s.w.t.???







Yang penulis pernah diajar oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang tak mempunyai "title" Tok Guru, sebab akan lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. ke alam inilah maka ia (alam)diwujukan oleh Allah s.a.w.

Nur "Muhammad" telah wujud awal sebelum baginda dilahir lagi. Sebab itu jugalah Nabi kita itu digelar "kekasih" Allah.

Mungkinkan TG Nik Aziz beranggapan usia Nabi Muhammad yang hanya menjangkau 63 tahun itu tidak bersebab? Mengapakah Allah s.w.t. hanya meminjamkan kepada kita Nabi Muhammad s.a.w. pada kadar waktu yang sebegitu singkat?

Sedangkan Allah s.w.t. berkuasa memanjangkan umur umatnya sehingga ada yang menjangkau seribu tahun...

Sebaik sahaja Islam telah lengkap diturunkan, “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan telah aku lengkapkan ke atas kamu nikmat-Ku, dan telah Aku redha Islam sebagai agamamu” (al-Maidah:3) dan selepas khutbah terakhir, Rasullullah s.a.w diambil kembali.

Tidakkah semua perancangan Allah itu menunjukkan betapa sayangnya Allah s.w.t. terhadap baginda. Hakikatnya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, perlantikannya sebagai nabi dan rasul serta kewafatannya semuanya telah berada di dalam ilmu Allah s.w.t. sejak azali lagi.

Mengapa Nik Aziz seolah-olah tidak menyedarinya???

Ada banyak blog sebelum ini yang membuat posting mendakwa Nik Aziz tidak mempercayai kepada sifat 20 wajib, 20 mustahil dan 1 mustahil Allah s.w.t. sebagaimana yang diwajibkan oleh 4 mazhab ahli sunnah wal jamaah...

Sebelumnya penulis tidak percaya... Tetapi mungkin video di atas adalah buktinya.

Yang jelas di antara  20 sifat yang wajib bagi Allah s.w.t iaitu "ilmun"  dan "ilman" yang bermaksud maha tahu dan maha mengetahui segala-galanya. Adalah bersalahan dengan sifat tersebut sekiranya Allah hanya tahu dan mengambil keputusan untuk melantik Muhammad s.a.w sebagai Nabi serta Rasul ketika umur baginda mencapai 40 tahun. Bahkan ia juga bertentangan dengan satu lagi sifat wajib Allah, iaitu Iradah = menentukan. Takkan Allah pun macam manusia menentukan sesuatu hanya apabila "mahluk" yang diciptaNya melakukan sesuatu??? Pastinya itu juga bercanggah dengan Qada' dan Qadar Allah s.w.t. Itu adalah rukun Iman tu. Tak percaya walau kepada satu daripada rukun Iman  maka keislaman boleh terbatal.


20 Sifat Allah s.w.t.


1. Wujud = ada
2. Qidam = sedia
3. Baqa' = kekal
4. Mukhalafatuhulilhawadits = bersalahan dengan segala yang baru
5. Qiyaamuhu taala binafsih = berdiri dengan sendirinya
6. Wahdaniyah = esa [ Tunggal ]
7. Qudrat = kuasa
8. Iradah =  menentukan
9. Ilmun =  tahu
10. Hayat = hidup
11. Samak = mendengar
12. Bashar = melihat
13. Kalaam = berkata-kata
14. Kaunu Qadiran = berkuasa
15. Kaunu Muridan = menentukan
16. Kaunu 'Aliman = mengetahui
17. Kaunu Hayyan = hidup
18. Kaunu Sami'an = mendengar
19. Kaunu Bashiran = melihat
20. Kaunu Mutakalliman = berkata-kata


Kita kena banyak bermuhasabah diri. Berilmu belum tentu alim, beramal belum tentu betul, tua belum tentu berilmu, mengajar belum tentu boleh dipakai!!!

13 comments:

  1. Salam,

    Qiyaamuhu binafsih = berdiri dengan sendiri (Independent).

    hazbu.

    ReplyDelete
  2. bro kene mengaji lg bro...sifat wajib n mustahil ni diasaskan oleh abu hassan alashaari dan mansur al maturidi zaman lepas para sahabat dh tabiin...jdi masa zaman sahabat kira mcm mana yg tk blaja bnde ni?...tkn tk islam kot...

    ReplyDelete
  3. Rasulullah SAW mengambil masa hanya 23 tahun untuk menyebarkan Islam. Wahyu Allah yang terahkir ialah ' Hari ini Aku sempurnakan Islam sebagai ugama kamu'. JELAS.
    Perkara pertama yang Rasulullah SAW lakukan sebaik sampai ka Madinah ialah membina masjid.
    Perkara pertama yang Rasullah SAW lakukan apabila baginda kembali ke Mekah ialah memusnahkan berhala dikeliling ka'abah.
    Nik Aziz mengakui sejak menjadi MB Kelantan, beliau tidak membina satu pun masjid. Sebaliknya di Kelantan hari ini terbena banyak patung sama ada yang berbaring dan yang duduk. Malah ketinggian patung tersebut melebihi ketinggian kubah masjid.Hari ini Nik Aziz sudah menjadi MB Kelantan melebibi 21 tahun.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan,
    Zaman sahabat memang xde belajer sifat 20 ni. Tapi zaman sahabat pun tak belajer bab feqah, tauhid, usul, furu', tafsir, aqidah. Jadi, xpayah la kita belajar ni semua sebab sahabat x belajar?

    Zaman sahabat mereka ada sumber rujukan mutlak iaitu Rasulullah. Semua perkara ni memang dah ada cuma x di bahagi2kan je mengikut kategori di atas. Semakin banyak ulama memperkemaskan bab2 tersebut utk mudah difahamkan mengikut bahagian oleh org2 awam yg tak hafal hadith, x hafal al-quran dan tidak mempunyai daya kefaham yg menakjubkan seperti para sahabat. Macam matapelajaran sekarang la, ada sejarah, ada sains ada matematik. cuba campur semua sekali, x bercelaru otak nak memahaminya.

    Sifat 20 pun bukannya direka2 oleh imam abu hassan al-ashaari, tetapi bersumberkan sifat2 Allah yg Allah zahirkan dlm Al-Quran. Imam Abu Mansur Al Maturidi mengkategorikan kpd 13sifat dan kemudian dipecahkan kepada 20 oleh imam abu Hassan AlAshaari mengikut kategori sifat tersebut. Ianya semata-mata untuk mentauhidkan Allah dan menyucikanNya dari sebarang sifat yg tidak layak bagiNya. Kedua-dua imam ini mempunyai rantaian guru-guru yang ramai dan menadah ilmu direct dari mereka. Bukannya mcm ulama2 sekarang yg mengaji cara universiti, ada doctor ada phd mengaku muhaddith, muffassir, mujtahid tapi guru pun berapa kerat, ilmu pun diambil dengan bahan bacaan. Rasulullah dah pesan, ambil ilmu dgn guru, kalau setakat baca buku, syaitanlah gurunya. Tu yg mcm2 pentafsiran dan hukum2 keluar ikut hawa nafsu dan akal fikiran sendiri yg dangkal

    ReplyDelete
  5. saya sejak dulu lagi sependapat dengan Tun M tentang orang tua kutuk ni..

    Nik Aziz bukanlah ulamak dan tidak layak diberi gelaran murshid atau tok guru kerana beliau adalah ahli pas totok yang belajar agama biasa dan mencari makan dengan berpolitik. Itu saja. Tetapi ketaksuban sebilangan melayu islam bodoh telah mendewa2kan nik azis..maka jadilah beliau seorang yang riak, ujub, bodoh lagi sombong..kualiti dan karisma sebagai pemimpin ..zero, pengetahuan memerintah...sangat lemah. Mudah diperkotak-katikkan..

    ReplyDelete
  6. nik aziz ni jangankan rasululluh...ALLAH pun dihinanya...lidah wahabinya pernah menyebut..Allah mencarut,Allah memaki,Allah samseng.....mahasuci Allah dari semua itu walau dgn hujah apa pun puak2 pas cuba ppertahankan kenyataan nik aziz itu....benarlh kata2 tun mahathir..pas gunakn islam untuk kepentingan politik...pd sy pas adalah pelacur politik....alharammu walhalalku

    ReplyDelete
  7. ayat tu ngam tuju kpd Nik Aziz.. kerana dia tu siapa? pemerintahannya korup..apa kemajuan diberi kepada kelantan? anak kelantan majukan diri diluar kelantan kerana negeri sendiri tak mampu memberikan kemajuan. air suam berwarna coklat sahaja mampu disediakan.. kerana konsep aslam bersyukur dengan apa yang ada. napa tidak bersyukur dengan pemerintahan kerajaan sekarang? tiada hidup merempat bangsa dan agama. yang merempat tu orang yang sendiri malas mengurus dirinya sendiri. Melayu suka salahkan orang lain.!

    ReplyDelete
  8. little nicky ni memang IQ tahap tadika pasti je jadi jangan lah kita kutuk sangat si tua dari kelantan tu sebab dia pun OKU orang kurang uppaya dari segi pemikiran lah kan, kesian si tua tu. Bolih jamin orang lain masuk syurga tetapi pernah ke dia jamin diri dia setelah mati masuk syurga Allah swt?

    Fikir fikirkan lah........

    ReplyDelete
  9. Anon 11:50,
    Kita boleh makan nasi dgn memasak beras yg sudah diproses atau kita pergi menanam padi dan tunggu 6 bulan bg padi 2kali setahun, baru boleh makan,tapi kalau tak kena cara tumbuh lalang!
    Begitulah ilmu tauhid aliran Asya'irah dan . Maturidiyyah. Ianya adalah ilmu aqidah yg sudah diproses disaring dan disucikan drp segala kekotoran berasaskan AlQuran, hadits Ijma' sahabat dan tabi'in.
    Adapun jika anon 11:50 mahu makan nasi dgn menanam padi, silakan, tetapi mestilah cukup ilmu didada drp tafsir, usul tafsir, mustholah hadis, nahu, shorof, nasikh dan mansukh dsb.Jangan nanti beri'tiqad mcm puak2 mujassimah yg mengatakan Allah duduk bersila diatas Arasy.... sebelum ada Arasy Allah beristiwa kat mana? Bg aliran Asya'irah mustahil Allah bersifat dgn sifat makhluk.

    Saya sekeluarga makan beras cop Jelapang.

    ReplyDelete
  10. BAGUS2, ORG YG ADA ILMU WAJIB BERKONGI ILMUNYA BARU LAH ADA KEBERKATAN

    ReplyDelete
  11. Makin Tua kadang2 makin angkuh, bongkak, ujub, riak......

    ReplyDelete
  12. Sifat 20 tidak pernah ditetapkan oleh 4 mazhab muktabar ... ianya adalah kedah yang diasakan oleh Abu Hassan Asshaari yang dtg kemudian dari itu ... penulis blog ni pun kena pegi mengaji balik ... jangan memalukan diri sendiri dan duk sedap kutuk orang je ...

    ReplyDelete
  13. Memang sifat 20 itu tidak ada, direka oleh orang Tarekat, yang benar adalah SIFAT ALLAH DALAM ASMAUL HUSNA.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3