bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Jul 2011

Ambiga - Demonstrasi Bersih 2.0 Akan Dibatalkan Jika DYMM SPBYD Agong Menitahkan - Sememangnya Bodoh Atau X Faham Bahasa???

Perhimpunan haram anjuran Gabungan untuk Pilihan Raya yang Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadual diadakan Sabtu ini akan dibatalkan sekiranya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya tidak diteruskan.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya menjunjung titah Seri Paduka terutamanya supaya diadakan perbincangan mengenai tuntutan yang dibawa oleh Bersih.

Bagaimanapun beliau berharap dapat menghadap baginda dalam masa terdekat untuk menyuarakan hasrat yang diperjuangkan Bersih.

Ditanya sama ada perhimpunan Bersih akan dibatalkan sekiranya Tuanku Mizan bertitah agar ia tidak diteruskan, Ambiga berkata: "Ya".

Artikel penuh klik sini.
 
Bukankah ia sememangnya teguran daripada Tuanku agar Demonstrasi Bersih 2.0 tidak diadakan???
 
Itulah caranya orang Melayu melakukan teguran... Walaupun ianya dititahkan oleh DYMM SPBYD Agong iannya tetap diutarakan dengan bahasa yang halus dan berlapik...
 
Walau bagaimanapun bagi orang yang kejam, keras dan busuk hati macam Pakatan Rakyaat mana mungkin tidak akan dapat menyelami hasrat Tuanku.

Apa lagi yang "Achi" ni mahukan? Memang bodoh atau sengaja buat-buat tak faham???


Jika sampai Tunku menitahkan "pengharaman" Demonstrasi Bersih 2.0 nanti dituduh Tuanku berat sebelah....

Bukankah dalam titah Tuanku terdahulu telah jelas;


Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3