bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Aug 2010

Ulamak Contoh???

“Saya tidak putus asa”
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8044821.asp

SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau tidak pernah putus asa dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang dilihat semakin berpecah dari hari ke hari.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan beliau berusaha menyatupadukan umat Islam hari ini yang kelihatan berpecah kerana parti politik.

"Ini adalah kewajipan saya. Tidak kira parti apa, (mereka) mesti disatukan.

"Seseorang yang memutuskan hubungan sesama Islam, hukumnya haram dan (orang itu) fasik di sisi Allah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau mulanya enggan menjawab soalan Sinar Harian mengenai perkara itu kerana khuatir kenyataannya akan disalahertikan lagi.

Sebelum ini Harussani, yang berusaha menjadi orang tengah dalam usaha ke arah perpaduan antara UMNO dan Pas, dikritik beberapa pemimpin politik, bahkan dalam beberapa blogs beliau dilabel dengan gelaran yang tidak baik, termasuk 'Haramsani'.

Harussani berkata, beliau langsung tidak pernah sedih atau kecewa dengan kritik dalam usaha baiknya kerana sedar dakwah berhadapan dengan cabaran.

"Walaupun dicaci dan dikutuk berterusan, saya tidak pernah berasa sedih. Saya terima ujian Allah.

"Saya berharap dalam bulan Ramadan perkara ini dapat diperbetulkan dan menyedarkan umat Islam yang semakin terpinggir," katanya.

Katanya, beliau tidak mahu melihat umat Islam terpinggir di negara sendiri


Komen Isac;

Ambillah semangat Ramadhan dalam mengusahakan suatu yang baik. demi perpaduan dan kesatuan ummah... Apapun suara-suara sumbang yang menghina dan mencaci beliau, penulis percaya usaha dan seruannya akan tersemat dengan "tinta emas" dalam lipatan sejarah...

2 comments:

  1. Aku memang respect Tan Sri ni sebab tak pernah berputus asa. Walau macam mana orang PAS kata sekalipun dia masih terima siapa saja termasuk orang PAS yang ingin berjumpa dengannya.

    Sememangnya beliau layak menjadi wakil sultan (Mufti adalah wakil Sultan dalam hal-hal keagamaan dan perpaduan)

    YB : Yang Bingai @ Bangang
    Sultan Ibrahim murka lagi di Tendang Terajang?

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan kepada muslimin dan muslimat...

    Seorang lagi yang sama seperti Tan Sri Mufti Perak
    yang usahanya untuk menyatu padukan umat islam di Malaysia ini.Beliau juga orang Perak iaitu Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz.Alamat laman web al barakah.com.org. Untuk info lebih layari laman web dan carilah VCD atau CD ceramah agamanya..Sekian untuk makluman.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3