bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 Aug 2010

Inkues Mendiang Teoh - Dr. Pornthip Bakal Memberikan Keterangan 18 Ogos???

Inkues Teoh: Peguam tinggalkan kamar koroner
Misteri menyelubungi sambungan inkues kematian Teoh Beng Hock dengan para peguam menemui koroner Azmi Mustapha Abas dalam kamarnya.

Difahamkan, perjumpaan tersebut adalah untuk menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan dengan dokumen.

Bagaimanapun, 15 minit kemudiannya, peguam Gobind Singh Deo meninggalkan bangunan tersebut dan kelihatan berang.

Apabila ditanya, beliau enggan mendedahkan apa yang dibincangkan, kecuali berkata: "Ini adalah salahguna proses mahkamah..."

Gobind tidak mahu mengulas lanjut tetapi berkata beliau perlu masa untuk bercakap dengan keluarga Teoh.

Beliau kemudian pergi berbincang dengan anggota keluarga Teoh yang diwakilinya.
Sementara itu, seorang penyokong yang memegang gambar Teoh, menjerit "Bunuh!" dan enggan bergerak untuk memberi laluan kepada laluan kenderaan di situ.

Pada jam 11.45 pagi, para peguam lain kelihatan keluar dari kamar koroner.

Inkues tersebut telah ditangguhkan kepada 18 Ogos, manakala koroner pula telah memutuskan untuk tidak memanggil dua saksi yang dijadual memberi keterangan hari ini.

Mereka ialah Lee Wye Weng dan Mohd Harun Abdulla, yang telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang yang sama Teoh disoalsiasat.

Bagaimanapun, koroner dikatakan telah memutuskan bahawa "tidak perlu" untuk memanggil mereka sebagai saiksi.

Ini bermakna pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dijangka hadir memberikan keterangan apabila inkues itu disambung.


Komen Isac;

Dengan isu terbaru Tee Boon Hock Vs Ronnie Liu, umum telah menyedari bahawa isu kematian Teoh Beng Hock sebenarnya telah sengaja dipolitikkan!!!

Biarlah Mahkamah Inkues menjalankan tugas mereka, mengapa perlu para peguam berlakon bagai "hero ataupun gengster" filem Tamil? Adakah ianya bertujuan untuk menarik perhatian??? mengalih perhatian???

Pihak peguam keluarga mendiang Teoh baik pastikan saksi mereka Dr. Pornthip hadir pada 18 Ogos ini, jangan asyik cuba untuk "divert" kes ini lagi... Kita mahukan kebenaran dan agar kes ini dapat diselesaikan segera!!!

Janganlah mentang-mentang isu ini memberikan "politics millage" kepada Pakatan Rakyaat ianya sengaja ditokok tambah.... dan dipanjan-panjangkan menjadi seperti "filem tamil"...

Jangan nanti bagi alasan pula tiada tiket kapal terbang untuk Dr. Pornthip hadir memberikan keterangan!!!

1 comment:

  1. jawabnya tunda lagi kot macam kes saiful. masaalah teknikal sebab sayap kapalterbang tercabut masa penyelenggaraan. hehehehe

    Aku Yang Bingai
    Bila Pemimpin Mula Berubah di Tendang Terajang

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3