bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Aug 2010

Isu Dalaman DAP Selangor - Tan Lawan Teng...Jawatan Kuasa Disiplin DAP Vs Speaker DUN/Pengerusi Selcat Siapa Lebih Berkuasa?

Teng beri syarat pada JK disiplin DAP
Lee Way Loon
Ogos 2, 10
12:39pm
http://www.malaysiakini.com/news/138921


ADUN Sungai Pinang Teng Chang Kim tidak akan menghadiri siasatan jawatankuasa disiplin DAP jika beliau dipanggil atas kapasitinya sebagai Speaker DUN Selangor dan pengerusi jawatankuasa mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat).

"Saya perlu memelihara maruah DUN Selangor, speaker dan pengerusi Selcat," katanya dalam sidang akhbar di pejabat speaker hari ini.

"Tidak mungkin bagi saya menghadiri siasatan tersebut atas kapasiti saya sebagai Speaker DUN Selangor dan pengerusi Selcat, walaupun jika saya akan dipecat kerananya," tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedia bekerja sama dengan jawatankuasa disiplin jika beliau dipanggil sebagai pemimpin parti atau ADUN Sungai Pinang.

Teng merujuk kepada kenyataan pengerusi jawatankuasa disiplin parti itu, Tan Kok Wai (kanan) semalam seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Tan dilaporkan sebagai berkata: "Jadi, kali ini pengerusi Selcat akan dipanggil oleh jawatankuasa disiplin untuk menjelaskan perkara itu."

Teng membidas Tan kerana tidak profesional dan tidak boleh membezakan antara perkara yang membabitkan parti dan kerajaan negeri.

"Selepas enam penggal menjadi ahli parlimen, Tan tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut," katanya.

Teng juga berkata, beliau berhak mengkritik keputusan jawatankuasa disiplin, dengan alasan bahawa para pemimpin Pakatan Rakyat juga selalu mengkritik penghakiman kes menteri besar Perak dan speaker Perak.


Komen Isac;

Haru jugak tu... Macam mana Jawatan Kuasa Disiplin Parti boleh membicarakan Speaker DUN dan Pengerusi Selcat .

Walaupun Teng ahli DAP tetapi jawatannya sebagai Speaker DUN dan Pengerusi Selcat yang dilantik oleh Pakatan Rakyaat (gabungan parti-parti pembangkang) jadi jawatan tersebut seharusnya dihormati.

Sepatutnya Teng dibicarakan/disiasat oleh Jawatan Kuasa Disiplin PR bukannya Jawatan Kuasa Disiplin DAP kerana tentunya jawatan Teng dalam Pakatan Rakyaat adalah lebih tinggi...daripada jawatan kuasa disiplin parti DAP.

DAP ni semuanya nak main harung aje ke? Tak nak ikut protokol ataupun undang-undang?

1 comment:

  1. siapa menang atau kalah, silap2 besok ada juga yang nak kaitkan umno/bn..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3