bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

23 Aug 2010

Antara Doa Supaya Guan Eng Mendapat Hidayat, Doa Bala Najib dan Doa Pecah Perut!!!

"Saya doakan Guan Eng diberi hidayah peluk Islam"

TAIPING – Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru.

Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.

Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.

“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan dan menyifatkan kontroversi yang timbul sebagai mainan politik semata-mata.

"Saya terbuka dan bersedia menjawab serta menjelaskan perkara sebenar di sebalik isu hangat itu. Bagi meredakan keadaan ini, penjelasan di atas diharap dapat menerangkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya.






Doa pecah perut: “Tak tahu nak kata apa” kata Muhyiddin

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_33.htm
04/12/2009 7:45pm

PUTRAJAYA 4 Dis. — “Tak tahu nak kata apa”, itulah reaksi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan mendoakan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) “pecah perut” berhubung isu bayaran royalti minyak.

Beliau berkata, kenyataan sedemikian langsung tidak mencerminkan sifat keIslaman dan terperanjat kerana ia keluar dari mulut seorang yang bergelar Mursyidul Am.

"Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak.

"Itu sudah diputuskan oleh Kabinet. Jadi, saya tak tahu nak kata apa kerana ini bukan pertama kali, berulang-ulang kali,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini hari ini. - Bernama



Komen Isac;

Mengapa LGE, daripada parti DAP yang selama ini dilihat begitu "anti" kepada orang Melayu, hak  istimewa bumiputera, negara Islam dan perlembagaan negara, diberikan "layanan istimewa", sebaliknya salam "perpaduan" Umno ditolak mentah-mentah bahkan dihamburkan caci-maki, doa bala malah doa "pecah perut"!!!

Semua ini kerana mengikuti "sunnah" Rasulullah s.a.w. ??? Jangan berikan gambaran yang salah tentang Islam dan peribadi baginda Rasullulah s.a.w. Jangan cemarkan sunnah Rasullullah s.a.w dan Islam...

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3