Isu khutbah: Khatib Zakaria mahu saman
August 26, 2010
Mengikut Zakaria, isu khutbah di Pulau Pinang merupakan hal kecil yang sengaja
diperbesarkan oleh ahli politik. . — Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Khatib Zakaria Ahmad memberi tempoh dua hari kepada beberapa individu, akhbar arus perdana dan sebuah stesen televisyen membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan tindakan saman berhubung kontroversi doa khutbah nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.
Jelas Zakaria, beliau dan peguamnya sudah mengenal pasti dua akhbar arus perdana, sebuah stesen televisyen dan beberapa individu yang mungkin dikenakan tindakan undang-undang berhubung perkara itu.
“Kalau dalam sehari dua ini mereka tidak meminta maaf, saya akan bertindak,” kata beliau.
Zakaria mendakwa pihak-pihak berkenaan telah memutarbelitkan fakta berkaitan doa khutbah ke dua solat Jumaat yang dibacakannya di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang.
“Terdapat sebilangan pihak cuba menjatuhkan reputasi saya seolah-olah saya jahil dalam agama Islam. Ini soal maruah.
“Mereka mengeluarkan kenyataan dan berita yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai,” kata Zakaria.
Zakaria berkata beliau mengambil keputusan mahu saman demi menyedarkan pihak terlibat supaya tidak mengulangi kejadian sama membabitkan orang lain.
“Lebih-lebih lagi sekarang kita berada dalam bulan Ramadan,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Ketika ditemui wartawan kelmarin, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan ia tidak salah di sisi agama.
“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.
“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya.
Komen Isac;
Penulis tak beranilah nak komen banyak-banyak, takut nanti kena saman pulak......Cuma mungkin dari segi hukum tak salah, tapi "tak pernah dibuat orang". Dalam khutbah Jumaat pulak tu...
Bila Rasullullah s.a.w. pun tak pernah buat.... Bukankah itu suatu bidaah? Bidaah yang meragukan lebih baik jangan buat.... Kecualilah bidaah tu yang boleh memberikan manfaat pada umat Islam, contohnya supaya supaya bersatu, seperti membuat aktiviti agama secara berkumpulan dengan bacaan tahlil, bacaan Yaa sin pada malam Jumaat dan Nisfu Shaaban juga Berzanzi yang itupun bagi sesetengah dari kita menentangnya.... Bukankah hairan apabila tiba-tiba bidaah yang macam ni boleh pulak?????
Sebab itulah kita sebagai orang Islam ni walaupun ilmu agama setinggi mana pun... Perlu selalu bermusahabah diri... Kadang-kadang tanpa sedar kita "terpesong". Memang bagus kerana Khatib Zakaria ni mengaku kesalahannya... Tetapi tak perlulah Khatib Zakaria mempertikaikan teguran yang diterimanya. Mana ada dalam dunia ni mengaku salah tapi tak salah? Buangkan sikap sombong dan takabur jauh-jauh...
Sememangnya pahit bila kita ditegur, apa lagi bila kita rasa ilmu kita lebih tinggi dari orang yang menegur. Tapi itulah lumrah kehidupan.... Manusia sememangnya tidak sempurna... Lapangkan dada dan bukakanlah minda, ambillah iktibar dari kesilapan yang telah dilakukan..... Begitulah juga perasaan orang lain yang ditegur dalam ceramah-ceramah agama, jika ianya tidak dilakukan dengan berhemah dan sopan.
sendiri berak.... nak salahkan orang lain.... ni tak betul punya orang..... kadangkala kita perlu muhasabah diri....
ReplyDeleteKlu betullah seperti apa yg dikatakannya, maka inilah salah satu contoh org yg bodoh sombong, mengaku yg mendoakan si kafir tu tak salah cuma tempatnya aje yg tak betul jadi perbuatan tu dah jatuh salah le. Ingat kat dlm masjid tu semua org nak mendoakan si kafir tu ke,
ReplyDeleteapa punya manusia, benang basah nak ditegakkan, klu kat tempat aku org tua2 macam dia ni, org panggil org tua kulit.(kulit je tua akal takde.)
Pelik tapi benar.Mengaku salah tapi tak salah.Saya ni ada master pengajaran Bahasa Melayu Pertama.Kepala saya jadi pening bagaimana hendak mentafsir ayat ini.Oh Tuhan,berilah aku kekuatan untuk menghadapi spesis Melayu jenis ini agar agamaku tidak tergadai.Amin......
ReplyDeletelembu..berak merata2 nak salahkan orang pulak..dasar jubo loose..siap nak saman tuan empunya lagi...hahahaha..dasar otak kemetot
ReplyDeletemengajurkan solat hajat dan berdoa (dalam masjid)untuk kemenangan orang bukan islam semasa pilihanraya kecil di kuala kubu bharu.....takda timbul isu pulak....KAN.....
ReplyDeleteAnonymous, 26 August 2010 16:43 sila add bawah ni untuk jawapan anda;
ReplyDeletehttp://sejarahmelayu.blogspot.com/2010/08/kebodohan-malik-kassim-memilih-peluru.html
Ramai sangat Ustaz semua dah pandai sangat ke
ReplyDelete