Abdul Rahim Sabri
Ogos 23, 10, 1:49pm
http://www.malaysiakini.com/news/140834
Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) akan melancarkan kempen mengutip satu juta tandatangan untuk membantah saman ekor hari ini.
Pelancaran tersebut akan diadakan di bazar Ramadan Pasar Keramat pada jam 5.30 petang ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, yang akan merasmi pelancaran tersebut, berkata barisan exco DPPP serta ketua Pemuda PAS negeri akan turut hadir.
Pelancaran petang ini akan diikuti dengan kempen mengutip tandatangan pengunjung bazar Ramadan tersebut.
Katanya, DPPP melancarkan kempen tersebut sebagai sokongan kepada usaha naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menentang saman ekor.
Ia ekoran kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka yang telah disenaraihitamkan dalam saman ekor.
Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena adalah pengerusi Jawatankuasa Anti-Saman Ekor (Kase).
Ekoran desakan kuat aktivis dan parti pembangkang, kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan mereka yang disenaraihitamkan itu membaharui lesen dan cukai jalan tanpa perlu membayar saman ekor sehingga Februari tahun depan.
Bagaimanapun, mereka tidak dikecuali daripada membayar saman ekor tersebut.
Nasrudin berkata, kempen hari ini akan diikuti dengan pelancarannya di peringkat negeri-negeri bagi merealisasikan kutipan 1 juta tandatangan.
Komen Isac;
Bagai menggalakkan rakyaat melanggar undang-undang!!!
Mencabul undang2 dah jadi sebahagian dari cara hidup pemimpin dan pengikut PAS. Tak heran lagi dah dengan usah2 yg lebih kepada mencari popularity seperti ni. :)
ReplyDeleteMASAALAH YANG LEBIH BESAR LAGI PATUT BAGI PERHATIAN,DAH TADAK MODAL MAHFUZ NI,INI SEMUA GALAKAN UNTUK MELANGGAR PERATURAN,MENINGKATKAN LAGI KEMALANGAN JALAN RAYA.
ReplyDeleteSEPATUTNYA AMBIK TANDATANGAN UNTUK PROTES KEPADA KRJAAN INDONESIA,YANG RAKYATNYA SEMAKIN HARI MAKIN MELAMPAU.DIMANA SEMANGAT CINTAKAN NEGARA YANG TERSEMAT DI HATI KITA.