bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

19 Aug 2010

Terbaru!!! Angkara Twitter, Ezam Bakal Merengkok di Penjara Semula???

Angkara Twitter, Ezam diheret ke JAWI

Jimadie Shah Othman
Ogos 19, 10, 11:28am
http://www.malaysiakini.com/news/140504


Angkara tulisan di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan palsu atau qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aduan tersebut akan dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI petang ini.

"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan).

Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan empat tulisan ringkas Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."


Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shamsul memberitahu, beliau akan hadir ke pejabat JAWI pada jam 2.00 petang ini dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR.


Komen Isac;

Samada tindakan tersebut bijak atau tidak, yang jelas Shamsul AMK (PKR) seperti biasa cuba "mengipas" bossnya...

Apapun pada pandangan penulis tindakan tersebut samasekali kurang bijak kerana ianya hanya akan mengundang "satu lagi perbicaraan kes liwat DSAI" iaitu di mahkamah syariah pula. Pastinya Ezam akan mengemukakan saksi-saksi dan bukti-bukti untuk mempertahankan dakwaan beliau.

Perlu diingat, perbicaraan baru ini akan mengundang konteks yang lebih luas di mana semua saksi-saksi di dalam kes liwat terdahulu juga boleh dipanggil. Pengadilan di mahkamah civil terdahulu dan transkrip mahkamah di mana para hakim mahkamah rayuan  telah berpendapat "salah-laku"/ liwat sememangnya berlaku, juga mungkin boleh digunakan sebagai bahan bukti.

Sebagai seorang peguam Shamsul sepatutnya lebih arif tentang perkara ini, kecualilah beliau juga sebenarnya telah "dibeli" oleh Umno dan sengaja mahu "mensabotaj" bossnya. Kepada rakan-rakan beliau di dalam PKR, PAS & DAP, apa pendapat anda?

12 comments:

  1. kALAU MEMGIKUT HUKUM ISLAM KALAU TIADA EMPAT ORANG SAKSI DIA BOLEH BERSUMPAH. KALAU DIA BETUL TAK PERLU TAKUT, TAKUT HANYA KEPADA ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Si Shamsul ini tak sedar dia telah membuka guni yang penuh dengan bangkai.... bagus sangatlah tu... dia ingat Ezam tu tak bersedia ke ? cukup dah semua bukti, tunggu sajalah pengakuan bersumpah dari Keluarga Anwar dan Wan Azizah.... Allah hu Akbar.............

    ReplyDelete
  3. hebat ezam....sure berlaga lutut anwar nak bertembung dgn ezam....

    hidup ezam.

    ReplyDelete
  4. TAKPE SAUDARA EZAM, BERSUMPAH JE...SAYA NAMPAK SAUDARA EZAM YAKIN BERADA DI PIHAK YANG BENAR....
    TAPI...........MACAM MANA KALAU TAK BENAR??TERPULANGLAH....PALING TERUK PUN KENA SAMBAR PETIR JE....'BERFIKIR DULU SEBELUM BERTINDAK'..Peace!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Isteri peliwat tu patut cepat dipanggil JAWI dan disoal berterusan sampailah dia mengaku.

    ReplyDelete
  6. Anon,
    Kalau ikut Hukum Islam dua-dua kena bersumpah. Yang tertuduh dan yang dituduh. Kalau sanggup bersumpah maka dilepaskan kerana hukuman orang yang menipu dalam sumpahnya adalah datang dari Allah SWT. Kalau tak mahu bersumpah maka hukumannya 80 rotan kerana gagal mengikut syariat Islam. Hehehe

    Isac,
    Aku setuju sangat dengan pendapat ko diperenggan yang terakhir tu. Mantap!

    Kalau repot kata UMNO beli sebab nak sabotaj Bos dia.

    Kalau tak repot UMNO bayar menghalang aniaya Ezam. (Atau boss dia yang kata "SHUT UP!")

    Fening gak sekarang ek? Terperangkap dgn tindakan sendiri. keh keh keh

    Aku Yang Bingai
    Erti Sebuah Kasih Sayang di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  7. Kalau tak betul org tak kata kalau ezam berani mencabar wan azizah bersumpah bermakna betul lah sumpah jangan buat main kalau tak betul kan makan diri dan seluruh keluarga yg sipendek tu main serbu nak bawa ke jawi apa hal kalau kantoi nanti macam mana siapa nak jawab belum bicara dah kalah.

    ReplyDelete
  8. Mana ada saksi sampai 4 orang, orang buat benda tu bukan dikhalayak ramai

    ReplyDelete
  9. aja Petra Kamarudin

    Today, the Associated Press reported, "A Malaysian judge said Monday he considered allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the man who accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy to be true but the relationship did not compromise the case."

    Okay, the issue here is that the court has no doubt that the allegation that deputy public prosecutor Farah Azlina Latif is having an affair with the prosecution’s key witness in the Anwar Ibrahim Sodomy II trial is true. The court is not concerned with whether an affair is going on or not. It is only concerned with whether the affair would compromise the trial.

    In other words, is their any ‘pillow talk’ going on in between the bonking? And the court is convinced there is no pillow talk, just hardcore bonking. So there is no miscarriage of justice and therefore the charge against Anwar need not be dropped.

    Why does the Attorney General not want to confirm or deny the allegation that a member of his team is bonking the prosecution’s key witness? Would it not be easy if he just denied it and solve the entire problem?

    He is not prepared to risk his neck, first of all, because he knows it is true and he knows that if he tries to deny it more shit is going to hit the fan. But more importantly, he is worried that if he denies it then we would bring out another allegation of an affair, this time involving him and Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, the Head of the International Affairs Division of the Attorney General’s Chambers.

    Yes, everyone knows about this affair. It is no secret. The AG and Azailiza make frequent trips overseas together and, to save the taxpayers’ some money, they share a hotel room rather than book separate rooms.

    Aiyah! Prosecution star witness Saiful Bukhari Azlan bonking DPP Farah Azlina Latif. Then Prime Minister Najib Tun Razak aide Khairil Annas Jusoh bonking Saiful Bukhari Azlan. And now the AG himself bonking Head of International Affairs Division Azailiza Mohd Ahad.

    There appears to be a hell of a lot of bonking going on in the Palace of Justice. And with the Chief Justice illegally marrying a second wife in Thailand and then destroying the evidence to escape prosecution, like our Member of Parliament from Sabah, it makes one wonder how they even have enough time to prepare for the court cases.

    ReplyDelete
  10. Yg si Samsul Akin hina Sultan Johor dalam twitter minta supaya baginda turut disiasat kerana murka wajah baginda dalam banner PKR tu apehal ?
    Cukup-cukuplah tu, bulan posa ni.
    MCA + DAP akan bergabung tak lama lagi. Tapi dia lupa UMNO dahpun berpakat dengan PAS n Melayu PKR utk bergabung lepas raya nih...tak percaya saksikan episod suspen penuh tragis ini kelak. Insya Allah

    ReplyDelete
  11. kita lihat dan tunggu apa lagi DRAMA yang dimainkan oleh al-juburi dan balaci-balacinya...bagi ezam pula, inilah masa yang terbaik untuk menamatkan sandiwara ex-bossnya...

    http://www.empayar-pemuda.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Liwat dan Rogol adalah kesalahan jenayah, yang dia nak bawak ke mahkamah syariah kenapa. Kalau perogol pun nak ada 4 orang saksi baru boleh kena dakwa, habis semua perempuan kena rogol.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3