UMNO PP protes guna nama KM dalam khutbah
19/08/2010 8:17pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm
KEPALA BATAS 19 Ogos - Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Foto: Hiasan-DS Egr Nizar di Mimbar
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.
Beliau berkata, tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
"Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini hari ini.
Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.
Selain itu Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.
"Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya. - Bernama
Komen Isac;
Sejak 20-30 tahun lalu, seperti ada gelombang baru dalam masyarakat Melayu yang dipelopori oleh ustaz-ustaz muda yang mempertikaikan bacaan doa khusus ke atas DYMM Sultan dan kaum kerabatnya semasa doa selepas khutbah kedua dan selepas solat Jumaat.
Antara alasan yang diberikan adalah, apabila mendoakan pemimpin negara secara "umum" DYMM Sultan dan kerabat-kerabatnya sebenarnya telahpun termasuk dalam doa tersebut.
Satu lagi alasan yang kurang sedap didengar ialah sesetengah mereka mendakwa mendoakan sesetengah kerabat diraja yang kononnya "bergelumang" dengan dosa hanya akan mengundang murka Allah s.w.t. sejauh mana benarnya penulis serahkan kepada Allah s.w.t. dan hak masing-masing. Yang penting kita ikhlas dan berniat baik untuk semua orang.
Cuma yang penulis hairankan, jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh berita di atas, bagaimana kita dengan mudah mendoakan kesejahteraan pemimpin kufar dalam doa kedua khutbah Jumaat, dan apa hukumnya? Apakah hukumnya kita "meredhai" pemerintahan kufar? Mengapa tidak biarkan sahaja kita tujukan doa-doa tersebut kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri? Dari segi perlembagaanpun mereka merupakan pemerintah tertingggi..

Uastas Kufar akan mendoakan pemimpin kufar.
ReplyDeletePinjam bahasa sendir Tun M; Bukankan kewajipan rakyat mendoakan kesejahteran pemimpin-pemimpin mereka?
agbr47: Agama tungang langgan.
Tunggu FartWa Nik Ajis
ReplyDeleteAku Yang Bingai
Erti Sebuah Kasih Sayang di Tendang Terajang
Parti sesat tu dah halalkan, lepas ni kalau suruh baca khutbah pun PAS akan bagi...pastu majlis korban, LGE boleh sembelih lembu tu sambil ditunjuk ajar oleh penggubal fatwa dari PAS...
ReplyDeletedengan PAS, ape pun boleh...tiada yang tak boleh melainkan boleh belaka...
pas,dap bodoh
ReplyDelete