bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

12 Aug 2010

Azizah Lawan Ezam - Kalau Dah Asyik Tuduh-menuduh Mengapa Tidak Bersumpah Sahaja?

Azizah beri Ezam amaran akan saman jika terus fitnah

August 11, 2010
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Senator Ezam Mohd Nor jika terus memfitnah kononnya beliau pernah meminta bantuan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan itu supaya “menghalang seorang lelaki daripada mendekati” suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata, Ezam terus menabur fitnah berhubung perkara itu terhadap beliau selaku isteri kepada Anwar sejak menyertai Umno tahun lalu.

Ezam dilaporkan menyentuh isu berkenaan ketika ceramah jelajah Umno Selangor baru-baru ini. Selain itu beberapa blog pernah melaporkan Ezam berkata demikian, bantuan yang didakwa diminta oleh Dr Wan Azizah (gambar) sekitar 2006, dua tahun selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

Dr Wan Azizah berkata beliau sebenarnya enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat “hasil menerima upah pimpinan Umno.”

“Walau bagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekiranya beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah,” kata Dr Wan Azizah dalam kenyataan dikeluarkan menerusi blog Anwar hari ini.

Dr Wan Azizah berkata di perkarangan Mahkamah Tinggi semalam, seorang pemberita Berita Harian menyatakan yang dia telah diarah bertanya soalan berhubung tuduhan Ezam yang mendakwa kononnya beliau pernah menelefon mengarahkannya supaya “menghalang (seorang) lelaki mendekati saudara Anwar.”
“Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau,” kata beliau.

“Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama Umno dan tidak sebelumnya,” kata Dr Wan Azizah sambil menambah, beliau tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Anwar seperti tohmahan tersebut. “Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas, sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

“Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,” katanya lagi.


Komen Isac;

Jika masing-masing fikir mereka di pihak yang benar dan tidak "menipu" mengapa tidak mahu bersumpah sahaja? Biar selepas itu rakyaat yang menjadi saksi, siapa yang benar... Ada berani ke???

5 comments:

  1. Ezam memang mencabar ajak bersumpah. Apa lagi nak tunggu dan dalih. Sumpah syarie. Kita tengok siapa kelak yang nak kena tanggong akibat dan menanggong musibah di muka bumi ini lagi. Kita semua nak tengok. Awak ada berani ka ???

    ReplyDelete
  2. Aku rasa sepol lagi patut bersumpah krn hubungan romantisnya dgn Farah!!! itu lbh baik dan kita tertunggu sepol bersumpah junjung Quran...dulu bukan main lg cepatnya dia sumpah!!!

    Ezam ni memang lah GILA...GILA SUMPAH..patutlah mamat ni kena gelar RAJA SESUMPAH!!! sikit2 sumpah, sikit sumpah...tapi kerja SAMPAH!!!


    SAPA NAK CAYA LU EZAM?....MENGARUT LAH!!! TAK HABIS2 CIPTA PUBLISITI MURAHAN!!!

    ReplyDelete
  3. Kalau Nuar pun tak berani bersumpah apatah lagi Zizah, mesti kena taat kat suami..selama ni dia cukup taat, tak bagitau orang apa yang dia tau..

    ReplyDelete
  4. masalah ni terlalu berat, Anwar memang sah agen yahudi, seorang peliwat? mungkin ye, mungkin tidak

    Tapi apa pun, aku harap Anwar lupakan hasratnya nak jadi PM, aku rasa bala akan menimpa Malaysia jika Anwar jadi PM

    Buat deal dengan Najib, bolot lah satu ke dua kontrak mega, takpe, asalkan Anwar lupakan impiannya. Bayar Anwar wang untuk berhenti, murah jika dibandingkan dengan perpecahan Melayu Islam yang amat merugikan ini

    ReplyDelete
  5. bagitulah sebagai seorang isteri mesti menjaga maruah suami nanti dicas derhaka pula.mahu tak mahu mesti telan walau pun terlalu pahit.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3