bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

28 Aug 2010

Tahniah Buat 354 Peneroka Felda!!! Tetapi Benarkah Felda Kalah Perbicaraan Kerana "Disabotaj" Peguambela ???

Peguam gagal hadir ke mahkamah punca Felda tewas

The Malaysian Insider
August 26, 2010
BANDAR SERI JEMPOL, 26 Ogos – Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.

“Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Baharu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil. Felda sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini, katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan itu, Felda telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.

Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan. – Bernama


Komen Isac;

Pertama sekali tahniah buat 354 peneroka yang telahpun memenangi kes saman bernilai RM 11 Juta terhadap Felda. Jika sememangnya Felda telah "menipu" para peneroka tersebut sememangnya "padan" dengan muka Felda. Tetapi jika sebaliknya, apalah gunanya wang belasan juta ( seorang dapat lebih kurang RM 30 ribu) jika ianya bukan "hak" kita....

Dari apa yang penulis ketahui sememangnya Felda membeli hasil peneroka lebih rendah daripada nilai pasaran kerana mereka telah mengeluarkan belanja yang begitu banyak untuk membuka tanah-tanah rancangan tersebut. Walalupun ianya milik kerajaan perlu diingat bahawa sebagai sebuah syarikat ia juga berorientasikan keuntungan.

Telah menjadi lumrah berniaga, siapa yang mahu rugi. Jika itu yang dimaksudkan sebagai "menipu" para peneroka, apa yang dilakukan oleh para peneroka tersebut sebenarnya adalah salah. Tetapi begitulah sikap kebanyakkan orang Melayu, pantang lihat bangsa sendiri membuat keuntungan. Sebaliknya jika para nelayan yang meminjam dengan taukey peraih ikan untuk membeli bot, injin bot dan jaring, mereka dengan rela hati menjual ikan-ikan mereka kepada taukey peraih tersebut walaupun harganya begitu murah. Kerana itu sememangnya suatu perjanjian.

Tetapi dalam kes Felda, penulis tidak tahu ceritanya yang sebenar.

Sekiranya firma peguam yang mewakili Felda sengaja tidak hadir kerana sememangnya Felda bersalah, penulis mengucapkan tahniah!!! Kerana telah bersifat jujur, walau bagaimanapun dari segi etika mereka sepatutnya memaklumkan kepada pihak klien mereka sekiranya tidak mahu lagi mewakili mereka.

Walau bagaimanapun sekiranya Felda tidak bersalah dan firma guaman tersebut telah "mensabatoj" Felda, mereka sebenarnya telah melakukan satu kesalahan terhadap rakyaat Malaysia kerana Felda adalah milik negara. Jestru itu satu siasatan perlu dilakukan kerana ianya telah menyebabkan Felda terpaksa membayar RM 11 Juta di mana ia adalah suatu pembaziran wang rakyaat. Sekiranya firma guaman tersebut bersalah, Felda juga berhak untuk menyaman mereka kerana telah mengakibatkan Felda bukan sahaja kerugian dari segi wang ringgit bahkan imejnya juga kini telah tercalar.

3 comments:

  1. Malang buat felda dan negara amnya. Lepas nie ramai lah pulak peneroka felda yang tidak puashati dengan pihak pengurusan dan kerajaan akan ke mahkamah untuk dapat duit cara yang mudah.

    Aku percaya kes sebegini tidak akan tamat di sini sahaja. Maka jahanamlah negara kita oleh tangan-tangan kita sendiri.

    ReplyDelete
  2. saman saja peguam sebab gagal mematuhi kontrak!

    Aku Yang Bingai
    Indon oh Indon di Tendang Terajang (18SX)

    ReplyDelete
  3. Biar semua peneroka balik kampung apabila Felda dah tutup. Sapa yang rugi? DSAI senyum besar.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3