bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Aug 2010

Mendoakan Guan Eng Dalam Khutbah Jumaat - Benarkah Ianya Hanya Fitnah Umno???

Polis terima tiga laporan berhubung penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah

2010/08/21
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisterimatigalaporanberhubungpenggunaannamaGuanEngdalamdoakhutbah/Article


KLUANG: Polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata siasatan mengenai perkara itu sedang dijalankan.



Komen Isac;

Penulis masih tak dapat nak pastikan samada ia benar atau tidak, tetapi jika ianya fitnah, mereka yang buat laporan polis di atas boleh dikenakan dakwaan kerana telah membuat laporan palsu...

Penulis percaya jika ianya benar ini mungkin kerja mereka yang "memandai" dan isu terpencil bukan arahan dari mana-mana pemimpin tertinggi PR. Tetapi jika sebaliknya, nampaknya ada orang yang bakal dikenakan tindakan kerana ianya bukan sahaja bersalahan dengan adat dan agama, tetapi ia juga berlawanan dengan undang-undang negara.

Seperti biasa, siapa yang fitnah siapa sebenarnya???

Goto: Gambar Hiasan

2 comments:

  1. Nah tu dia dah ada lapuran polis tu ...
    Memang kena pun kerana dia ada kaitan hak dalam Perlembagaan Persekutuan. Pihak yang mengarah memang boleh didakwa. Pehak yang melaksananya juga boleh didakwa. Polis pun janganlah berlembut dan bertolak ansur dalam perkara begini. Dah mencabar Perlembagaan Persekutuan pun tak kan lah nak beri muka lagi. Fulunlah biar semua orang sedar. Kalau tidak akan naik riaklah pihak pihak yang memang nak tukarkan perlembagaan itu. Nak tukar sistem yang sedia ada ini. Jangan sampai terlihat undang undang kita ini lemah.

    ReplyDelete
  2. Salam ISAC-untuk mendapat kepastian hal ini nanti sama-sama kita lihat tindakan polis.Mungkin juga orang/puak yang mendoa father joseph ini akan dijemput ke st. Anne Bukit Mertajam bagi mengikuti kutbahnya pula.mana tahu?.st. anne ini pun dah banyak orang melayu Indon yang beragama kristian pada tiap-tiap minggu.Father josph boleh tolong ampun dosa puak-puak ini.dont worry.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3