http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8015197.asp
NEW YORK - Sebuah gereja di Gainsville, Florida merancang untuk menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001.
Promosi upacara itu turut dimuat turun ke dalam laman sosial Facebook dan menjemput penganut Kristian untuk bersama-sama memperingati mangsa yang terkorban dalam kejadian 11 September lalu.
Paderi Terry Jones menulis sebuah buku bertajuk :Islam is of the Devil: yang memburuk-burukkan agama Islam dan turut disiarkan di dalam laman sosial Youtube.
Konsul Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengumumkan, kempen itu akan memberikan 100,000 salinan al-Quran kepada seluruh penduduk dan pemimpin kebangsaan negara itu.
CAIR juga meminta penganut agama Islam untuk mengadakan majlis makan malam "berkongsi al-Quran" sepanjang Ramadhan bermula pada bulan ini.
Persatuan Kebangsaan Agama Kristian (NAE) mendesak gereja itu untuk membatalkan upacara tersebut kerana ia boleh menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua agama tersebut.
NAE turut meminta penganutnya untuk mempercayai dan menghormati serta tidak merendahkan martabat penganut agama lain.

Komen Isac;
Bertapa bertuahnya kita kerana dapat hidup aman dan damai di bumi Malaysia ni... Amerika Syarikat sepatutnya menggunakan ISA untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.
Walaupun akta "Patriot" yang mereka guna-pakai, dilihat lebih keras daripada ISA di Malaysia tetapi bagi kes yang dirasakan tidak menggangu-gugat keselamatan negara ianya tidak akan digunakan lebih awal. Dalam kes ini mungkin kerana umat Islam adalah golongan minoriti maka sensitiviti mereka tidak diambil-peduli.
Ironinya apabila umat Islam bertindak balas kelak, bila berlaku kekecuhan dan rusuhan kaum yang mungkin akan mengakibatkan pengeboman, pelaku pastinya ditahan di bawah akta "patriot".
Soalan penulis mengapa negara yang begitu maju dan hebat seperti A.S tidak mahu bertindak bijak dengan "mematikan api kemarahan" sebelum api itu dinyalakan? Pastinya langkah pencegahan adalah paling penting!!!
Sebab itulah ISA perlu dikekalkan di Malaysia!!!
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.