bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Aug 2010

Harga Ayam Melambung Lagi!!! Umat Islam Perlu Melancarkan Jihad!!!

Kerajaan Sedia Keluar Permit Import Ayam Jika Harga Terus Meningkat
Ahad Ogos 15, 2010
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/8/15/mstar_berita/20100815113218&sec=mstar_berita

JITRA: Kerajaan sedia mengeluarkan permit kepada pengimport ayam bagi menstabilkan harganya jika harga komoditi itu terus meningkat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata bagaimanapun bekalan ayam, telur dan daging untuk keperluan sepanjang Ramadan dan musim perayaan dijamin mencukupi.

Katanya ayam yang dijual sekitar RM7 satu kilogram (kg) di kebanyakan pasar dan pasar raya di seluruh negara sejak umat Islam mula puasa dianggap munasabah kerana ditentukan oleh pasaran walaupun harga di ladang RM4.70 satu kg.


Komen Isac:

Sampai bila kita mahu dibuli??? Saban tahun menjelang Musim Perayaaan, Harga Ayam akan Melambung Lagi!!! Sampai Bila Kita Mahu Dibuli???Ladang-ladang dan peraih ayam daging  yang sebahagian besarnya dimonopoli oleh kaum Tionghua pastinya akan mengambil "kesempatan"  untuk menaikkan harga ayam!!!

Ianya tidak berhenti di situ, malah setiap barangan lain juga tidak akan terkecuali daripata "permainan ini" cuma masa kenaikannya sahaja yang berbaza-beza agar tidak terlalu menonjol.

Selain daripada kerajaan perlu memainkan peranan untuk mengurangkan monopoli ini, para pengguna juga perlu bijak memainkan peranan dan "kuasa membeli" yang mereka ada!!! Orang-orang Melayu/Bumiputera juga perlu memecahkan monopoli ini dan ianya adalah suatu "jihad perniagaan"!!! Jihad ekonomi!!!

Ianya adalah suatu perkara yang wajib!!! Wajib fardhu kifayyah!!! Saidina Uthman r.a. pernah berhadapan dengan perkara seperti ini apabila para peniaga telah menaikkan barangan keperluan sehingga 7 kali ganda.

Para kabilah perniagaan telah disekat daripada memasuki Kota Madinah dan ditawarkan keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda daripada harga pasaran oleh para "penyangak" demi kerana mereka mahu mengawal dan menaikkan harga barangan....

Di dalam "memecah monopoli" ini, Saidina Uthman r.a. telah membawa sendiri satu kabilah perniagannya demi untuk mendapatkan harga yang lebih rendah buat rakyaat Madinah. Apabila hendak memasuki kota Madinah baginda telah ditawarkan sehingga 7 kali ganda harga barangan.

Tetapi dengan tegas baginda mengatakan bahawa beliau hanya akan menjual barangan yang dibawanya kepada sesiapa yang sanggup untuk menawarkan sehingga harga sehingga 700 kali ganda.

Para "penyangak" begitu marah dan ada diantaranya yang mengatakan bahawa baginda telah gila.

Lantas Saidina Uthman membacakan firman Allah s.w.t. mahfumnya,

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh memberikan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.



Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya".

(- Surah al-Baqarah, ayat 2:261-)



Para "penyangak" tadi akhirnya terdiam, Saidina Usthman r.a. lantas memberikan barangan tersebut secara percuma kepada penduduk-penduduk Mahdinah...Akhirnya kepungan dan harga barangan dapat dipecahkan.
 
Kita bukan mahukan barangan percuma  atau bersubsidi, yang kita mahukan adalah para peniaga yang "takutkan" Allah s.w.t. yang tidak menindas pengguna.
 
Bayangkan mereka yang "tidak beragama" ini, harga barang keperluanpun sanggup mereka naikkan dengan sesuka hati, "cekik darah" dan "menyembelih" leher kita dalam diam!!! Orang sebeginikah yang mahu kita "anugerahlan" tampok pemerintahan negara ???
 
Jika ya, nasihat penulis ia ibarat "menggali lubang kubur sendiri"!!!
 
Jika tidak mahu, bukan sahaja "tampok pemerintahan negara yang perlu dipertahankan" malah umat Islam/Bumiputera perlu melancarkan "Jihad Ekonomi"!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
Peniga-peniaga Islam ini sebegini wajar dicontohi, klik sini   dan  sini.

4 comments:

  1. Salam Isac, kerajaan sebenarnya tidak dapat mengawal sepenuhnya kebuasan nafsu pengeluar, pembekal dan peruncit untuk mengambil kesempatan dimusim-musim perayaan....

    Kawan semenjak harga ayam melambung telah bertahun mengambil jalan sediri mengatasinya dengan cara menternak sendiri ayam dgn cara membeli anak-anak ayam daging 10-15 ekor 3 bulan sebelumnya tiba musim Hari raya.... jaga tak seberapa banyak gunakan kos mcm penternak komesil, dlm tempoh itu ayam2 tadi membesar dan boleh disembelih, tak payah risau dgn harga ayam.. cara ini bukan saja utk Hari Raya Puasa malah sampai ke Raya Haji... begitulah setiap tahu kawan buat....

    Kawan rasa, kalau semua masyarakat dpt berbuat demikian, ada kemungkinan harga ayam diseseuatu kawasan tidak akan melambung....

    Maaflah, kalau tuan tak dpt hubungi kawan semasa di Rompin, lain kali hantar sms saja...

    ReplyDelete
  2. Harga ayam naik, yang jual orang melayu sebab nakkan sembelihan halal, yang kerja diladang juga banyak melayu, sebab lebih bersih dan jaminan halal, yang bela dan untung China..jadi tak payah cakap lah suruh orang boikot beli ayam..sebab orang melayu ini ahh.. tak pa beza 20 kupang ja bukan banyak...
    Jadi kalu lah melayu netul-betul berani dan ada teloq, jangan beli ayam dalam bulan puasa ni dan jangan beli ayam untuk juadah hari raya.. baru lah kita tengok kuasa membeli melayu.. sebab orang Cia dah sentiasa ada duit,,... orang melayu pun dah banyak dia beli...
    Cakap lah apa pun memang melayu memang tak pernah dan tak akan sedar diri...

    ReplyDelete
  3. Inilah masalahnya apabila ekonomi dipegang oleh bukan melayu. Cadangan supaya org2 melayu buat satu koperasi di kampung2 bukak ladang ayam sendiri. Minta bantuan kerajaan dari segi teknikal dan pinjaman.

    Kemudian bukak pusat sembelih sendiri dan pasarkan. Mungkin cara ini adalah lebih baik dan berkesan kerana kita dapat mengimbangi dari ekonomi serta ayam yg dihasilkan adalah lebih terjamin dari segi halalnya.

    ReplyDelete
  4. salam ISAC- senang saja nak mengatasi isu ini.cuba pengguna bila ada masa lapang pergi kekampong-kampong servey cari dimana ada orang kampong bela ayam,terus beli dan simpan,bukan tak tahu proses kut?.tak secara langsong kita telah menolong mereka dan mungkin harganya rendah sikit.dapat barang fresh.segala-galanya terjamin.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3