bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Aug 2010

Terbaru!!! Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Anwar Gugur Kes Liwat - Tuduhan Terhadap Saiful/Farah Hanya Suatu Fitnah???

Hubungan romantis: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Anwar gugur kes liwat

August 16, 2010
TERKINI @ 10:49:08 AM 16-08-2010
 
KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta agar tuduhan liwat terhadapnya digugurkan — kedua dalam satu dekad ini — ekoran dakwaan hubungan romantis antara saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan beliau itu pagi ini.

Anwar membuat permohonan itu pada 2 Ogos lalu.

Ini merupakan kali kedua Anwar berusaha untuk membatalkan tuduhan terhadapnya, dan kali ini beliau mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Saiful dan Farah Azlina.

Dalam penghakimannya Zabidin berkata, pasukan pendakwa tidak menafikan ataupun bersetuju dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pembela dalam afidavit mereka berhubung dakwaan kedua-dua Saiful dan Farah Azlina, dan apa-apa yang didakwa oleh defendan akan diambil kira sebagai benar.
 
Bagaimanapun Mohd Zabidin menjelaskan, afidavit Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat Judy Pereira sudah cukup untuk membuktikan bahawa Farah Azlina tidak akses kepada dokumen siasatan dan perbicaraan dan peranannya hanya setakat mengambil nota prosiding kes.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tuduhan terhadapnya digugurkan. Dalam permohonannya beliau mendakwa bahawa Farah Azlina Latif ada akses kepada kertas siasatan, dan ada hubungan dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Dalam afidavit pendakwa, pasukan mereka tidak menafikan ataupun bersetuju dengan bahawa adanya hubungan, tetapi menekankan bahawa Farah Azlina dan Saiful tiada akses kepada dokumen-dokumen ini. “Mahkamah mendapati tiada salah guna dalam proses pembuktian di sini. Oleh itu, permohonan ini ditolak,” kata Zabidin.

Minggu lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk memutuskan permohonan Anwar selepas peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, merumuskan hujahan terhadap permohonan Anwar bagi membatalkan pertuduhan. Jabatan Peguam Negara telah menafikan dakwaan itu sebelum ini.

Dalam cubaan pertama, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menyatakan dakwaan itu lemah berdasarkan “tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum”, tetapi ia ditolak Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan. Zabidin pada asalnya memutuskan untuk memberi keputusan pada Jumaat, tetapi Karpal Singh meminta beliau supaya bertindak tanpa gentar atau pilih kasih, dan menyatakan bahawa buat pertama kalinya di negara ini, dan kemungkinan juga di negara-negara Komanwel dalam hal berkaitan saksi dan timbalan pendakwa raya mempunyai hubungan.

Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang genap berusia 63 tahun minggu lalu dibicarakan atas tuduhan meliwat Saiful, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Karpal dalam hujahannya untuk meyakinkan hakim membenarkan permohonan bagi menggugurkan pertuduhan, berkata apa jua yang dinyatakan Anwar dalam afidavitnya mengenai hubungan Saiful dan Farah Azlina bukanlah satu dengar cakap tetapi beliau mempunyai pengetahuan peribadi untuk memastikan fakta berkenaan.

Peguam itu berhujah bahawa Hanafiah dalam afidavit balas kepada afidavit Anwar mengenai hubungan itu, terpaksa bergantung kepada beberapa keratan akhbar bahawa Farah Azlina dan Saiful bahawa pada waktu berkenaan tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan


 

Komen Isac;

Biarkan perjalanan kes ini tidak terbantut. Kebenaran perlu ditegakkan, biarlah kedua-duanya tertuduh dan yang menuduh mendapat peluang untuk "membersihkan" diri.

1 comment:

  1. yes yes yes rakyat semua dah tahu nuar ni peliwat..jalankan hukumnan segera.mana pergi pas nak hukumhudud.sula

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3