http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_34b929a7-7f000010-1d956ad0-77931947
OLEH ROSLI ISMAIL
Cakap memang senang, namun dari segi praktikalnya semua orang politik tahu ‘surat sokongan’ adalah satu aset yang sangat berharga bagi mereka. Orang politik apa lagi wakil rakyat boleh merasa diri mereka tak laku kalau tak boleh tenyeh rekomen itu ini.
Itu yang antaranya membuatkan rakyat di kawasan mereka wakili tunggu tepi pagar rumah atau mengetuk pintu tengah malam untuk minta tolong sign surat itu ini termasuk anak nak masuk universiti dan permohonan biasiswa.
Jadi jangan hairan kalau Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Rabu umum Ahli Dewan Undangan negeri dan Ahli Parlimen pakatan rakyat di negeri itu boleh terus dengan amalan keluar surat sokongan.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-3/8/2010
Komen Isac;
Jika surat sokongan adalah untuk membantu rakyaat yang susah, bantuan kemanusiaan, bantuan rumah kebajikan, biasiswa untuk mereka yang miskin, bantuan bencana alam dan lain-lain sememangnya bagus, kerana seperti kata Tun Mahathir, semua rakyaat Malaysia adalah kroni BN, jestru BN perlulah membela nasib mereka. Itu alasan Anwar menyerang kerajaan BN yang kononnya cuma mengkayakan kroni.
Tetapi apabila yang dibela oleh kerajaan boneka Selangor adalah kontraktor ataupun pembekal berketurunan Tionghua untuk mengkayakan kroni dan imbuhan untuk diri sendiri dan sumbangan pilihanraya bagaimana pula ceritanya??? Itu di akui sendiri oleh Teng...klik sini. Nampaknya yang kaya bakal bertambah kaya dan Melayu/Bumiputera akan terus-terusan menjadi bak kata kartunis Zunar, "Papa Kedana".
Bila kerajaan BN banyak membantu kontraktor-kontraktor buiputera semasa di zaman perintahan BN dahulu banyak pula suara-suara sumbang yang kedengaran!!!
Adakah kerajaan negeri Selangor walaupun terdiri daripada lebih ramai exco dan adun berketurunan Melayu/Islam sebenarnya hanyalah suatu lagi kerajaan boneka DAP??? Seperti kerajaan DS Ir. Nizar di Perak dahulu?
Semua keputusan perlu mendapat restu dari mereka (DAP) dan semua tindakan perlu "memenangkan" mereka (DAP)? Apa keputusan yang dibuat mereka (DAP) tidak boleh disanggah!!!
Jika itulah hakikatnya, mungkin inilah kerajaan yang wajib ditumbangkan sebagaimana "fatwa" Pas di tahun-tahun 60an dan 80an di mana antara lain telah mengharamkan mana-mana parti Islam yang "bersengkokol" dengan mana-mana parti kafir untuk memerintah??? Alasan penulis ada benarnya, kerana bagaimana suatu kerajaan yang majoriti ADUNnya di wakili oleh pemimpin-pemimpin Islam tetapi yang membuat keputusan dan yang benar-benar berkuasa adalah parti DAP!!!
Siapa yang mengkayakan kroni sebenarnya??? Renung-renungkan lah.... Kita tukar balik kerajaan pada PRU 13 nanti?
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.