bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Aug 2010

Nasib Melayu Pulau Pinang - Berniaga Bazar Ramadhanpun Dihalang???

Halang Melayu berniaga di Bazar Ramadan tidak adil – TPM

09/08/2010 8:38pm

KUANTAN 9 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang enggan membenarkan peniaga Melayu berniaga di Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) adalah satu tindakan yang tidak adil.

Beliau berkata, tindakan sedemikian amat jauh berbeza daripada apa yang dilaungkan oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang kononnya kepimpinannya mahu membela rakyat.

Katanya, tindakan itu bukan sahaja menyusahkan rakyat malah menindas mereka dan ia satu perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan.

"Kita harap kerajaan Pulau Pinang di bawah (pimpinan) Guan Eng patut mendengar masalah rakyat terutama bumiputera dan pengusaha kecil yang mencari makan “kais pagi, makan pagi” sepatutnya tak ada tindakan yang timbulkan kesusahan pada rakyat.

"Dia (Guan Eng) kata dia berlaku adil. Kalau dia berlaku adil dia kena ambil kira semua perkara. Bagi saya ia satu tindakan yang tidak adil,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategi Biodiversiti-Bioteknologi Pahang di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada bulan puasa ini.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan Jumaat lalu tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan.

Timbalan Perdana Menteri yang kesal dengan apa yang dilakukan terhadap pengusaha kecil berkenaan berkata, berdasarkan laporan yang diterimanya, peniaga berkenaan telah berpuluh-puluh tahun berniaga di tingkat tiga kompleks itu. – Bernama


Komen Isac;

Khalifah Umar Abd Aziz, yang merupakan di antara Khalifah Islam yang paling adil, merupakan cicit kepada Saidina Umar r.a. Di dalam pemerintahannya yang singkat cuma dua tahun 10 bulan, tiada lagi orang miskin yang layak menerima zakat.

Selain menyamakan pemerintahan YB LGE dengan baginda Umar Abd Aziz merupakan suatu perbuatan yang seolah-olah menghina seorang Khalifah Islam yang juga dikatakan seorang wali Allah s.w.t., tindakkan terbaru LGE menghalang para peniaga Melayu berniaga di bazar Ramadhan di bangunan Komtar mungkin akan hanya meningkatkan penduduk miskin di Pulau Pinang.

Mungkin penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin Pas boleh bersabar, tetapi masa akan menentukan, sampai bila kesabaran tersebut dapat dibendung....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3