bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

23 Aug 2010

Karpal Tolak Hudud - Menurut TG Nik Hanya "Kenyataan" Peribadi. Lim Kit Siang Sokong Karpal, Soalannya Siapa Berbohong???

Lim menegaskan bahawa hukum hudud dan negara Islam tidak dikandungi dalam Dasar Bersama PR. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — DAP menjauhkan diri daripada soal memperbaharui perbincangan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam dengan menegaskan, kedua-duanya aspek itu bukan dasar Pakatan Rakyat (PR).

Penasihat DAP Lim Kit Siang mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat. “Itu sebab isu-isu ini tidak disebutkan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diumumkan Disember 2009,” kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dasar itu diputuskan pada konvensyen sulung PR, yang dibentuk April 2008, akhir tahun lalu. Di bawah Dasar Bersama itu, PR membuat pendirian akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat, apa-apa perubahan dasar perlu menerima persetujuan ketiga-tiga parti komponen dan tiada konsensus dalam Pakatan Rakyat mengenai undang-undang hudud dan negara Islam (setajat ini),” kata Lim lagi.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini menekankan idea negara Islam disokong dan digerakkan oleh tiga perdana menteri terkemudian — Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Ia bercanggah dengan pendirian tiga perdana menteri terdahulu iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang menganggap Malaysia negara sekular dan bukannya negara Islam.

Kata Lim, kepimpinan MCA, Gerakan, MIC, SUPP dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) yang bersedia memberikan sokongan bulat kepada tiga perdana menteri terakhir, bermula daripada deklarasi 929 Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah negara Islam pada 29 September 2001.

Perbincangan baru berhubung pelaksanaan undang-undang hudud dan negara Islam bermula apabila Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kata Karpal, undang-undang sedemikian “tidak berperlembagaan” dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan.

DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu. “Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,” katanya.

Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. “Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini.

“Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,” kata Karpal.


Komen Isac;

Nampaknya Pas juga telah semakin sekular dalam berpolitik barbanding Umno. Demi kuasa dan sokongan "menipu" dibolehkan??? Mungkin kita perlu merujuk kepada Itihad daripada Ulamak besar Islam dalam hal ini???

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3