bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Aug 2010

Parti Mana Yang Sedang Merancang Untuk Menghakis Hak Melayu/Bumiputera Daripada Perlembagaan Negara???

Elak perang besar’

ARKIB : 17/08/2010
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


KUALA LUMPUR 16 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.

“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.

Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan.

“Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat,” katanya.


Komen Isac;

Perjanjian dan persetujuaan yang telah termateri kini mahu ditukar, Melayu/Bumiputera bakal merempat di tanah nenek moyang??? Jawapannya terletak ditangan anda semua!!! Tepuk dada, tanyalah selera....Mahu berputih mata??? Silakan.... Tap perlu bersatu... terus "gadaikan" apa yang kita ada...

3 comments:

  1. Bersatulah Melayu demi tanah air dan bangsa tercinta .... Jangan sampai kita tergadai segala-galanya... Utamakan negara,bangsa dan agama...bukan kepentingan parti politik semata-mata.

    ReplyDelete
  2. salam, ini tidak mustahil kerana ada bangsa melayu yang tiada maruah sanggup menyanjung keinginan DAP untuk menjajah di tanah tumpah darah sendiri..

    ReplyDelete
  3. Melayu akan berkubur disebabkan gila kuasa.........Islam akan dilacurkan untuk kepentingan nafsu serakah pemimpin yang gila kuasa ITU !!!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3