bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Aug 2010

Tuntutan Royalti Minyak Kelantan - Suatu Usaha Mengalih Pandangan Masyarakat Terhadap Kegagalan 20 Tahun Pemerintahan Pas Tanpa Membawakan Apa-apa Perubahan???


http://www.malaysiakini.com/news/141434


Komen Isac;

Ianya tak ubah sepertimana taktik Bung Sukarno "Ganyang Malaysia" (1962-1966), untuk mengalihkan masalah sebenar yang di alami oleh Indonesia ketika itu iaitu masalah ekonomi dan pengangguran yang teruk sebaik tamat peperangan di Timur-timur.

Apa kemajuan yang telah dibawakan oleh Pas sejak 20 tahun pemerintahan mereka? Bina masjid, 3 buah. Masalah bekalan air bersih, masih seperti 20 tahun dahulu. Pembangunan ? Adalah projek-projek sumbangan Kerajaan Pusat.

Masalah penagihan dadah di Kelantan, di antara tertinggi di Malaysia walaupun rata-rata penduduk adalah miskin. Nama jolokkannya "Serambi Mekah", tetapi kadar jenayah masih tinggi. Peluang pekerjaan begitu kurang. Anak-anak negeri terpaksa merantau dan bermaustatin di luar Kelantan untuk mencari peluang pekerjaan.

Duit hasil balak, telah hampir habis... Cara terbaik agar rakyaat Kelantan tidak menyalahkan kerajaan Pas ialah dengan mengalihkan semua kemarahan dan rasa tidak puas-hati rakyaat kepada Kerajaan Pusat dan Petronas!!!

Bila kebencian, amarah dan rasa tidak puas-hati rakyaat dapat ditujukan kepada Kerajaan Pusat dan Petronas, cengkaman Pas di Kelantan akan terus dipertahankan. Rakyaat Kelantan akan bersatu menentang Kerajaan Pusat/Petronas dan akan terlupa masalah utama mereka dan apakah tanggung-jawab Pas kepada mereka.....

Licik juga cara "Tok-tok Guru" ni berpolitik rupanya ya....

10 comments:

  1. Nampak Nik Aziz dah macam mayat hidup.

    ReplyDelete
  2. Kesihan kat TG Nik Aziz... Pas ketandusan pemimpin yang boleh diharap???

    Walaupun dah tak larat tapi terpaksa juga bertahan...

    ReplyDelete
  3. kalau menuntut yg menjadi hak okay la jugak. tapi bila dibaca perjanjian minyak, baca dari muka depan sampai kebelakang, baca terbalik, atas bawah pun tak jumpa yg federal kena bagi royalti ke kelantan kalau lebih 4 batu nautika.

    pas cuma bergantung atas ihsan umno gua musang utk saman. hahaha...

    itu pun atas semangat perjanjian itu dibuat. tapi perkataan semangat tu mana ada dlm terma mahkamah. npk sangat husam mau beli masa....

    kesian rakyat klate diberi harapan palsu.

    adi

    ReplyDelete
  4. balak dah habis duit dah takde !

    ReplyDelete
  5. Demi kuasa
    Demi Dendam
    Demi wang
    Demi.....DAP&PKR
    ku gagahi lurah lurah kebatilan.Apa ke jadahnya penjilat kafir harbi.

    ReplyDelete
  6. dah 20 tahun x de pembangunan..baru terfikir nak buat tuntutan royalti...x payah buang masa biar umno yang bel;a rakyat kelantan..exco tu semua dok buat ape...mana p ulamak politk hampas tu? x keluarkan fatwa lagi ke?? pelik utnuk dia mana de fatwa untuk orang lain berjela punay fatwa dia buat...buang masa aje layan HAM PAS

    ReplyDelete
  7. Dgn pendapatan Kelantan yg x seberapa ditambah lg dgn layanan yg kurang mesra dr pusat adalah sukar utk membangunkan negeri. Saya selalu berfikir kalaulah UMNO/BN di Kelantan dan pusat dibawah PR (layan sama mcm UMNO/BN)agaknya boleh membangun macam S'gnor tak? Pakat2 doakan slps PRU13 ni!! xpelah dok bawah UMNO/BN pun kita pakat tengok berapa lama boleh bertahan.

    Rakyat Kelantan merantau dari tahun 60an (masa ni UMNO/BN) lg bukan sbb x boleh makan tp dh memang sifatnya yg suka merantau & kena ingat juga ramai drpdnya yg berjaya dlm bidang masing2.

    Jenayah adalah subjektif & bukan dibawah k'jaan negeri. Jika isu ni disentuh tempioasnya kat KDN & agensi2 yg berkaitan dibawahnya.

    Apa beza telaga minyak di Kelantan, Trengganu, Sabah & Sarawak? Kenapa hanya Kelantan x dpt royalti? Sebabnya senang PAS yg memerintah, itu je xda pun sbb lain.

    Jd x payahlah dijadikan isu psl pembangunan di Kelantan, kami selesa dgn keadaan skrg wlupun serba kekurangan.

    ReplyDelete
  8. UMNO tak de modal nak tepis fakta isu royalti minyak, jadi komen dibuat macam siol je...Tak payah le tengok Akta Petroleum, kalau betul negeri tak layak dapat royalti, yg bagi kat terengganu 20 tahun lebih tu buat apa. Dr Mahathir jadi PM masa tu makan gaji buta ka? Duit berbilion lesap bagi kat negeri yg tak layak. Karpal Singh pun boleh buat 10 KLCC dgn duit tu.

    ReplyDelete
  9. fikrilah untuk sam-sama kita majukan kelantan. Ambillah apajua yang baik dan buangkan lah yang buruk. Tak inginkah kita tengok negeri ini maju..

    ReplyDelete
  10. Kelemahan Pemerintahan. Itulah sebenarnys sebab mengapa sekarang baru nak saman. Kantung dah kosong sebab tak bawak masuk pelaburan. Tak dapat nak generate ekonomi domestik. Kenapa hanya nak berharap kat "wang royalti" itu. Mcm mana negeri yang takde minyak boleh maju tanpa perlukan "wang royalti". Tak semestinya pemerintahan ulama itu perlu disokong kalu ulama tu tak boleh memerintah. Kalau org mcm MB negeri2 lain yang pandai atau PM mcm tok det pandai memerintah. apa salah kita menyokong. ulama hanyalah gelaran yang tak dapat kita sahkan kebenarannya kerana ilmu dan amal hanya Allah yang tahu. Kalau pemimpin-pemimpin ni tak tunjukkkan dgn memakai serban (seperti ulama)dan duduk dirumah yang kecil dan buruk sekalipun tetapi ilmu dan amalnya diterima Allah. Itu adalah antara mereka dgn tuhannya. Yang penting kita menyokong orang yang boleh memimpin kita. Tak kisah lah UMNO ke PAS ke.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3