bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Aug 2010

Amaran!!! Wabak Kencing Tikus Kini Menular di Kedah : 3 Kawasan Perkelahan Ditutup!!!


2010/08/04

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wabakkencingtikus_3kawasanperkelahandiKedahditutup/Article

ALOR SETAR: Tiga kawasan perkelahan utama di Kedah ditutup untuk sementara bagi mengelakkan penularan wabak Phatogenik Leptopspira atau kencing tikus yang melanda beberapa pusat peranginan di negeri ini.

Kawasan berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Marzukhi Md Isa berkata, setakat ini, seorang telah disahkan meninggal dunia akibat wabak itu, manakala empat yang lain disahkan positif kuman Phatogenik Leptopspira.

"Mangsa yang meninggal dunia berusia lingkungan 30-an dan adalah kakitangan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang datang bersama dua rakan untuk berkelah di Lata Bayu.

"Dua rakannya yang positif kuman terbabit, kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Dr Marzhuki berkata, dua lagi ialah pengunjung yang berkelah di Puncak Janing dan mereka sedang dirawat di Hospital Kuala Nerang.

Beliau berkata, pihaknya kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghantar pasukan penyiasat untuk mengambil sampel air dan tanah di hutan lipur terbabit.

"Hasil ujian yang dijalankan turut mengesahkan Puncak Janing dan Lata Bayu positif dicemari kuman Phatogenik Leptopspira.

"Pihak kami meminta jabatan perhutanan daerah menutup sementara kawasan peranginan tersebut untuk kerja-kerja pembersihan dan pencegahan," katanya.

Beliau turut menasihati penduduk sekitar kawasan terdedah wabak berkenaan agar tidak menggunakan air dari sumber air bukit bagi kegunaan harian kerana dikhuatiri dijangkiti virus berbahaya itu. - BERNAMA


Komen Isac;

Biasanya bila ada malapetaka yang melanda negara orang Pas akan kata, itu bala kerana Umno... bla..bla...bla...

Penulis nak lihat apa pula yang dia orang nak cakap bila negeri yang mereka perintah pulak yang ditimpa bala...

Kepada Kementerian Kesihatan sesuatu perlu dilakukan untuk menangani masalah yang dilihat semakin meruncing ini. Pastinya ada sebab mengapa wabak ini menyerang!!! Adakah rakyaat Malaysia telah menjadi semakin pengotor jestru tikus mudah membiak?

Sama-samalah kita menjaga kebersihan sekitar dan berdoa agar "petaka" ini dapat ditamatkan segera, amin...

3 comments:

  1. Memang Allah telah mula menurunkan balanya
    Setelah isu air sekarang isu air kencing pula. Salah UMNO lagi? gegegegege

    Itulah akibatnya apabila umat Islam sendiri tidak mahu memelihari nama Allah!

    SubhanaAllah

    ReplyDelete
  2. apa sangat la kencing tikus..berapa kerat je yg terima musibah nye.. berbanding kencing anuwar juburi...seluruh rakyat melaysia kena musibah nye. lagi bahaya virus kencing anuwar ni.

    ReplyDelete
  3. kencing pas dan kencing dap lagi bahaya

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3