http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
Gambar diatas bukanlah Saiful Bukhari Azlan dengan Farah Azlina Latif,bekas anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ini adalah gambarnya bersama tunangnya Janna Mohd Zaki yang tersebar luas menerusi internet semasa dakwaan kes liwat mula bergegar dulu.
Setelah soal dokumen perubatan Saiful dan beberapa isu teknikal lain melengahkan perbicaraan kes liwat itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa alih perhatian pula kepada usaha terbaru Anwar untuk mengugurkan dakwaan terhadapnya mengunakan dakwaan kononnya Saiful ada hubungan intim dengan Farah.
Berbagai isu sampingan timbul ketika semua orang menunggu proses perbicaraan sebenar untuk tahu Anwar liwat atau tidak Saiful.
Makanya pagi Isnin mahkamah itu terpaksa buang masa lagi mendengar hujah pasukan peguam pembela Anwar dengan pasukan pendakwa atas dakwaan yang dibuat menerusi laman web Raja Petra Kamaruddin yang kini menjadi buruan polis kerana lari dari satu perbicaraan di mahkamah.
Karpal Singh mahu Saiful dan Farah dipanggil bagi keterangan di mahkamah atas dakwaan berkenaan.Dakwanya belum ada dalam sejarah negara ini atau di negara Komanwel seorang Timbalan Pendakwa Raya mempunyai hubungan degan saksi utama.
Dalam hujahnya, Karpal berkata adalah menjadi tanggungjawab hakim untuk mendapatkan kebenaran sama ada Farah atau Saiful ada mempunyai hubungan sulit kerana kedua-duanya tidak mengemukakan affidavit membidas dakwaan itu.
Peguamcara 11,Datuk Mohd Yusof menyangkal hujah Karpal dan mengatakan tuduhan itu tidak berasas. Katanya persoalan pokok ialah sama ada Saiful telah menggunakan Farah untuk mendapatkan maklumat.
Yusof memberitahu mahkamah bahawa tuduhan yang dibuat oleh anak guam Karpal adalah berasaskan daripada khabar angin.
Katanya mereka mempunyai affidavit daripada penolong pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira yang menafikan sebarang kebocoran maklumat.
Yusof berkata peguambela tidak menjawab affidavit yang dikemukakan oleh Hanafiah dan Jude dan lantas menganggap perkara itu sudah selesai.
Karpal pula mengatakan apa yang dinyatakan Anwar dalam afidavitnya adalah benar dan bukan khabar angin. Katanya, apa yang dikatakan oleh Anwar bahawa Farah mempunyai akses kepada maklumat itu juga adalah benar.
Anwar diwakili Karpal Singh, Sankara Nair, Marissa Christopher Fernando dan pasukan pendakwa diwakili Yusof, Hanafiah, Noordin Hassan, CK Wong dan Noorin Badaruddin.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan membuat keputusan samada hendak memanggil atau tidak Saiful dan Farah beri keterangan pada jam 2.15 petang ini.
Anwar dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail hadir di mahkamah.- 9/8/2010
Komen Isac;
Bicara dalam bicara... Adakah pernah berlaku dalam dunia ini, perbicaraan tertangguh gara-gara fitnah melalui surat layang ataupun dakwaan di blog-blog???
Mungkin jika sampai kes tersebut digugurkan barulah "keadilan telah" terlaksana, itu mungkin pemahaman oleh penyokong-penmyokong tegar PR... Anda bagaimana???
"Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya. Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, penulis yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS"
ReplyDeletecerita dulu2 ni telah bersuara sendiri samada tuduhan mereka-mereka ni berkredibiliti atau tidak... yg nyata, dna tidak boleh ditipu
Looks like the prosecution and the judges are helpless to proceed with the case. It has been years now. These learned defence are always one step ahead of them.
ReplyDeleteI belive the British have some sort of laws to end this charade from going for ever...Being a Malay I am disappointed with my Goverment.
Tak de repot polis ke pasal surat layang tu? sapa yang buat? Atau sengaja dibuat-buat?
ReplyDeleteAku Yang Bingai
Bila Pemimpin Mula Berubah di Tendang Terajang
lepas ni saiful boleh jadi calon umno...
ReplyDelete