bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

24 Aug 2010

Berapa Ramai Lagi "Tuah" Yang Mahu Kita "Korbankan"? Berapa Ramai Lagi "Jebat" Yang Mahu Kita Bunuh???

KENYATAAN SEBENAR - "Saya bawa kereta Proton Saga. Ah Chong & Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong & Muthu memiliki kereta Proton Saga tersebut kerana saya tetap pemandunya" berikut analogi yang diberikan oleh Puan Hajah Siti Inshah Mansor (Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman) pada 12 Ogos 2010.


Namun yang dilaporkan dalam laporan polis adalah amat berbeza. Puan Hajah dituduh menyebut "Cina & India penumpang boleh balik ke negara asal, India memakai kalung seperti anjing". Ini satu pembohongan besar dan tuduhan rasis adalah amat tidak masuk akal sama sekali. Siapa yang buat tuduhan ini? 



Menurut seorang sahabat menyatakan seorang guru bernama Maneswaran telah berpakat dengan Asrivani (pelajar tingkatan 6) untuk membuat satu laporan polis. Bapa Asrivani yang merupakan seorang peguam Hindraf telah membuat laporan polis dan telah memutar belit cerita sebenar.



Cerita ini kemudian dipusing dan dikecohkan oleh portal pembangkang untuk menghentam konsep 1Malaysia.





Perbuatan memijak gambar orang Melayu ini tidak rasis pula. DAP tidak pula menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dan mendakwa anak dan bapak ini. Minta maaf pun tidak. Amat tidak masuk akal seorang lulusan Oxford menyatakan analogi kereta sebagai rasis. 



DAP sebenarnya memainkan isu pengetua ini untuk mengalihkan kemarahan rakyat tentang kebiaDAPan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Selain membuat rakyat terlupa tentang tuntutan pemansuhan ekuiti Tony Pua dan kes kecurian pasir di Selangor. Isunya dialihkan ke jauh ke selatan dan utara (Sungai Petani).


 
Ini barulah rasis sebenar. Namun DAP tidak pernah menganggap ini sebagai rasis. Double standardparti yang mendakwa mereka sebagai parti demokratik rakyat.





Namewee menghina azan seperti kokokan ayam dan hanya meminta maaf untuk menutup kesnya. Selepas itu, Namewee tidak pernah serik untuk terus bersikap biadap dan rasis termasuklah di pagesFacebooknya. 



Mengapa tiada pasukan petugas untuk Namewee? Ini tidak sama rata sama adil. Pembohongan demi pembohongan dibuat oleh DAP untuk tutup kesalahan mereka. Namewee dibela habis habisan dan dimaafai tetapi pengetua yang beri analogi kereta tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya. Lulusan Oxford perlu menilai perkara ini secara masuk akal.

DAP membela pula Namewee dalam forum (lihat video ini). Kelihatan dalam gambar adalah Kit Siang dan Tony Pua. Amat tidak masuk akal Tony Pua membela Namewee yang mempermainkan azan. Jika Namewee ditahan, DAP akan cakap tidak adil. Inilah perangai DAP.

DAP SEMEMANGNYA MUSUH DALAM SELIMUT!!!  "MUSUH" NOMBOR SATU NEGARA !!!! MELAYU BUMIPUTERA WAJIB BERSATU!!!

KDN perlu mengambil tindakan yang tegas, jangan dibiarkan "musuh sebenar"  merosakkan keamanan dan kedamaian yang telah kita miliki sejak sekian lama!!! "Pesalah sebenar" perli di "ISA" kan sahaja demi keharmonian semua rakyaat Malaysia!!!

Berapa Ramai Lagi "Tuah" Yang Mahu Kita "Korbankan"? Berapa Ramai Lagi "Jebat" Yang Mahu Kita Bunuh??? Jangan biarkan "kebodohan" kita menyebabkan "sejarah" teragik ini berulang!!!

 

2 comments:

  1. Salam..KOMUNIS sudah bertapak kembali..yang membuka lorong adalah bangsa kita sendiri...
    Demi kuasa mereka tega menggadai agama dan kepentingan maruah bangsa..

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan udanggalah. Kecewa sungguh saya sebagai orang melayu bila melihat melayu pak turut. Menggadai bangsa dan maruah demi kepentingan peribadi.
    Tak kiralah UMNO ker PAS...sedarlah...bersatulah demi maruah agama dan bangsa... Jangan jadi seperti Mesir atau IRAQ tumbang kerana bangsa sendiri...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3